‘Barracuda’ vs Garuda

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Yeahhhhhh! Skuad Harimau Malaya akhirnya layak ke akhir bola sepak Sukan Sea selepas mereka berhempas pulas hingga saat akhir untuk tewaskan Myanmar 1-0. Namun, harga yang perlu dibayar untuk ke akhir agak besar juga bila beberapa tonggak utama tak dapat beraksi di pentas akhir nanti.

Antaranya ialah kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar (2 kad kuning), Syahrul Azwari, Izzad Faris (cedera) dan Fandi Othman yang masih 50-50 tahap kecergasannya.

Namun, lebih menarik ialah….

Pengorbanan mereka yang akan terpaksa menunggang ‘Barracuda’ terlebih dulu untuk ke Stadium Gelora Bung Karno untuk bertemu Skuad Garuda malam esok. Kalau dulu skuad senior yang terpaksa menaiki Barracuda (kereta kebal) sebagai ‘kenderaan rasmi’, kini giliran adik pula yang merasa.

Sedikit info pasal Barracuda;
PhotobucketCrew : 2 + 10
Armament :
Main : 1 x 7.62mm machine gun (optional)
Combat weight : 11,200 kg
Length : 6.14 m
Width : 2.47 m
Height : 2.32 m
Powerpack : 168 hp Daimler-Benz OM-352 diesel engine
Maximum road speed : 100 km/h
Range : 870 km

Tak kisahlah apa yang terjadi, sama-sama kita doakan semua skuad Harimau Malaya tak gentar malah bertambah berkobar untuk menyentap suara penyokong fanatik Indonesia. Moga perlawanan akan bermula dan berakhir dengan keadaan yang selamat.

Skuad Harimau Malaya juga bakal menaiki penerbangan khas pulang ke tanahair untuk persiapan kelayakan Olimpik menentang Syria sejurus tamat perlawanan malam esok. Memang boleh tahan penat juga mereka. Sokongan kami tetap untuk kamu semua!

®hafizmd – yakin Harimau Malaya mampu menang 2-1

Rujukan: www.kaskus.us