Good Friends Are Always Close To The Hearts – Part 1

Fikir punya fikir, dapat juga aku selesaikan ‘hutang’ dengan dua orang teman maya aku ni. Mulanya, aku di’tanda’ oleh Puan Intan kita, lepas tu, Bro Anwar pula yang ‘tanda’. Aku dengan senang hatinya memberi sedikit pandangan tentang blog mereka berdua. Kiranya macam review ringkas.

Terima kasih kepada kedua-duanya sebab sudi memberi kerja rumah dan idea kepada aku. Tak dapatlah aku nak mengelat sebab dah diberi tugasan penting walaupun hari ni cuti (ada kaitan ke? hohohoho)

Harap, review ringkas dari blogger amatur ni, dapatlah diambil mana yang berguna, serius aku memang tak reti nak komen-komen pasal blog. Maka, terimalah bahagian pertama review ringkas untuk teman blogger kita ini.

1. Apakah nama pena yang sesuai diberikan untuk;

  • Blog IntanKuTerpilih.com? —-> Aku rasa, nama pena yang dipilih sudah cukup serasi dengan nama domain yang diguna. Tiada cadangan baru dan melainkan tuan empunya blog ingin menggunakan nama sendiri sebagai nama domain.

2. Apakah perubahan yang perlu dibuat untuk blog IntanKuTerpilih.com?

a. Lihat paparan ini.

"blogger intankuterpilih"

Ada 3 benda yang masih menggangu iaitu;

  • Ketiadaan ALT Image Tag —-> ini kalau tak silap, masa kita masukkan gambar, ada ruang ALT Image yang kita boleh tetapkan.
  • Jumlah link yang lebih dari 100 —-> katanya, google hanya membaca 100 link yang pertama saja, jadi untuk mengelakkan lebihan link keluar dari blog, boleh saja alihkan@buang terus link tersebut atau buat muka surat baru dan letak semuanya di situ. Lagi satu, kalau boleh, satu entri kalau nak cantik, hadkan kepada hanya 3 link yang dipautkan ke link orang lain. Kalau kita tak kisah, letak saja. Aku tak kisah, kalau ada 10, semua aku letak…hehehe
  • Masa loading yang lambat —-> bergantung juga kepada kelajuan sambungan internet kita, tapi kadang-kadang saiz imej yang besar dan jumlah link yang banyak juga mengganggu proses loading blog kita.

b. Selain itu, macam yang Bro Anwar dahpun sebut iaitu pasal kehadiran pautan bookmarks yang banyak. Rasanya ada yang digunakan untuk verify blogkan? Mungkin boleh diubah ke muka surat baru. Hanya cadangan saja šŸ˜€

c. Kalau akak tak nak guna Entri Terkumpul tu, mungkin juga boleh buatkan satu peta laman bagi blog ini. Lebih mudah untuk dijejaki oleh spider enjin carian dan juga pelawat blog ini. Kalau berminat, boleh guna ini.

  • Muaturun Plugin Sitemap Generator
  • Buat satu page baru (namakanlah peta laman atau apa saja)
  • Buka page yang dibuat tadi dan “copy and paste” kod ini (pastikan ditukar kepada HTML bukannya visual) <!– ddsitemapgen –>.
  • Siap!

d. Boleh dikurangkan bilangan entri terkini daripada 15 kepada 10 sahaja.

e. Pasal Alexa widget tu, ada yang berpendapat, kalau letak benda di blog, lagi cepat nilai Alexa kita akan turun. Sama macam teknik guna add on Alexa di Firefox. Sejauh mana benarnya, tidaklah dapat aku pastikan.

f. Akak letak dua benda yang sama iaitu cara untuk melanggan entri terkini melalui feedburner.

g. Ruang sembang tu, kalau akak nak guna yang jenis bertempek kat tepi tu pun, ok juga. Walaupun ada yang kata, shoutbox dah tak relevan, aku tetap rasa masih nak guna (Bro Anwar dah pasang dah…hehe )

3. Apakah komen anda terhadap blog IntanKuTerpilih.com?

Tiada komen lebih-lebih pasal blog ini. Yang pastinya, satu hal yang cukup menarik ialah pemilik blog ini mampu meringankan beban jika anda ada masalah berkaitan cinta. InsyaAllah, Puan Intan kita sudi untuk memberikan idea dan pandangannya.

4. Sila tag 10 orang

Bab yang menanda ni yang lemah ni…hehe…

*** Versi kemaskini: Aku tak nak ‘tag’ mana-mana blogger, kalau ada yang sudi, bolehlah tolong ‘menandakan’ diri sendiri dengan memberi komen tentang blog amatur ini….aci tak? ;D

Ā® hafizmd – maaf kalau ada yang tersalah bahasa…hanyalah dari seorang teman yang masih belajar merangkak…