Kamu yang terbaik…

Alhamdulillah.

Aci lagi ke? Bolehlah ya, walaupun lambat sikit, aku tetap nak ucap Selamat Tahun Baru Masihi 2011. Apa yang penting, kita sedar yang umur kita sudahpun bertambah satu angka lagi walaupun kita makan kolagen tiap-tiap hari, kononnya tak nak bagi kulit kita berkedut. Umur, tetap juga meningkat! Mana boleh tipukan?

Tahun 2010. Tahun inilah aku bermula dalam arena blogging menggunakan self hosted. Bermula dengan hampir kosong pengetahuan tentang wordpress, SEO, kata kunci dan sebagainya. Alhamdulillah, kini aku tahu juga serba-sedikit. Walau tak semua, yang penting, aku tahu yang aku tak tahu, dan aku tahu siapa yang tahu.

Satu lagi, ternyata teman di alam maya banyak juga mengisi lompang-lompang ikatan silaturrahim dalam kamus aku tahun lepas. Alhamdulillah, di mana ada talian, di situ ada kawan. Walau tak pernah jumpa, cara kita bersembang, macam kawan lama. Kamu semua memang terbaik! Terimalah, sedikit anugerah penghargaan untuk teman-teman blogger yang rajin sokmo singgah dan tinggalkan komen di sini.

20 blogger paling mesra bulan Disember 2010

  1. Suri (73)
  2. RedBoys (69)
  3. Dnobiz (60)
  4. Ali Ridha (59)
  5. Anwar Osman (36)
  6. Adele (30)
  7. Akubiomed (28)
  8. Ladfe Amir (26)
  9. Zik (18)
  10. Fiezaradzi (16)
  11. Hadi Rofiee (16)
  12. Intankuterpilih (15)
  13. Rockprincess (12)
  14. Maza (11)
  15. Affan (10)
  16. Panduan Buah Pinggang (10)
  17. Etomyam (7)
  18. Aktechpage.com (6)
  19. Anif (6)
  20. Fitri (6)

20 blogger super mesra 2010

  1. Suri (299)
  2. Fiezaradzi (148)
  3. Dnobiz (122)
  4. Zik (120)
  5. Ali Ridha (101)
  6. Redboys (72)
  7. Etomyam (60)
  8. Akubiomed (53)
  9. Anwar Osman (53)
  10. Aktechpage.com (52)
  11. Lp Lum (43)
  12. Maza (41)
  13. Hadi Rofiee (39)
  14. Kulanz (39)
  15. Azizan4444 (38)
  16. Hafiz Mohd (33)
  17. Nadri (32)
  18. Adele (30)
  19. Ladfe Amir (28)
  20. Anif (27)

Terima kasih kepada semua terutamanya teman blogger dan pengunjung setia blog ini. Sudah pasti, tanpa kamu semua, blog ini tiada serinya. Tiada penghargaan aku dapat berikan, melainkan ucapan terima kasih dan doa semoga kamu semua terus sihat, murah rezeki, dan terus aktif menyumbang manfaat kepada masyarakat.

Pusing kanan, pusing kiri, pusing depan, pusing belakang, kita sebenarnya telah membentuk satu komuniti yang tersendiri! Betul tak? Cuba tengok kedua-dua senarai, kita berada di mana-mana, saling memberi sokongan. Baguskan?

InsyaAllah, 3 teman paling mesra bulan Disember bakal diberi banner di sebelah kanan blog ini. Banner masih lagi dalam pembikinan. Kalau ada yang nak letak gambar terkini, sila email terus ke hipa012@hotmail.com.

Semoga tahun 2011 memberikan kita lebih banyak kejayaan dan lebih penting, mendekatkan kita dengan DIA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Blog ini akan terus bersiaran menyumbang secoet ilmu dan manfaat walaupun ianya bukan katakunci yang panas! hehehehe….

® hafizmd – bulan Januari 2011, debaran makin terasa bila si dia…