Euro dah habis, mengantuk lagi ke?

Assalamua’laikum.

Awal pagi tadi, agaknya ramai penyokong Spain lambat tidur. Maklumlah, menang besar 4-0 dengan Italy. Apa nak buat, Spain memang terbukti ramai pemain berbakat dalam bidang mengawal bola. Itu semua nampak kacang sangat malam tadi. Terbukti juga, langkah ramai pemain Spain beraksi dalam La Liga memberi kejayaan berganda. Tengok saja EPL, lambakan pemain luar (contohnya Torres Fabregas ) menyebabkan pemain muda dan pemain utama hilang tempat dalam pasukan kelab masing-masing. Anda setuju tak?

Kalau anda kaki bola, memang semua perlawanan nak ditengoknya. Kalau setakat minat satu pasukan saja seperti Belanda, Greece, England…sahih kita akan layan perlawanan yang hanya ada baju Oren saja. Maka, kuranglah mengantuknya di siang hari. Bila kurang mengantuk, produktiviti dan kreativiti dalam aktiviti harian pasti lebih bagus. Ini mesti anda setuju, kan?

Baiklah. Oleh sebab Euro 2012 dah habis, Italy dah kalah, Portugal pun kalah, Belanda kalah dan ramai jurulatih yang letak jawatan…pastinya kita ada jugak rasa letih sikit-sikit. Maklumlah, mana ada minum tongkat Ali segala bagaikan? Jadi, anda boleh saja amalkan 6 tips ni untuk elak mengantuk di siang hari. Kalau Boss tengok anda baik punya lentok atas meja, sape susah?

  1. Bangun dan bergerak-gerak : Kajian Prof. Robert Thayer (bukan penyokong Spain) menyatakan yang berjalan selama 10 minit dapat meningkatkan tenaga selama 2 jam berbanding kunyah gula-gula getah! Tak kisahlah, kalau rasa nak menari poco-poco, hentam sajalah….
  2. Makan pagi: Jangan lupa sarapan pagi. Nak hensem dan anggun, kenalah sarapan yang sihat-sihat. Makan biskut kraker dan oat. Buah pun boleh. Cendol?
  3. Tidur siang: Paling cantik kalau dapat qailulah (tidur sebentar sebelum Zohor). Kalau tak sempat, disarankan untuk tutup mata selama 10 minit. Tutup yer, bukan suruh tidur terus…
  4. Rehatkan mata: Macam mana nak rehatkan mata? Senang. Tutup laptop dan tutup mata. Jangan tutup mata dulu, nanti tak jumpa butang nak tutup laptop. Jangan tutup sekarang, baca sampai habis dulu entri ni….hahahaha
  5. Aktifkan minda: Ada orang kata, kalau kita berfikir, mengantuk boleh hilang. Anda cubalah yer. Contohnya, cuba sembang dengan member pasal perlawanan malam tadi. Mana tau, boleh hilangkan mengantuk? Amaran: Sila cari member yang minat pasukan yang sama….
  6. Tarik nafas: Terbukti tarik nafas yang teratur selama beberapa minit boleh kurangkan rasa mengantuk. Bila kita bernafas, oksigen di sedut. Masuk ke peparu. Disebar ke seluruh anggota badan. Mesti rasa lebih segar. Cuba ulang 3-4 kali, tapi pastikan tiada member yang baru melepaskan angin kus-kus. Kalau tak, lain jadi….
Itu baru 6 cara untuk hilangkan rasa mengantuk waktu siang. Kalau mengantuk malam-malam, tak kisahlah. Memang waktu tidur. Ini siang hari. Waktu kita bekerja dan berjaga. Jadi, apa yang anda buat kalau mengantuk waktu siang? Mesti ada teknik-teknik tersembunyi yang anda lakukan. Jangan malu nak berkongsi, mana tau dapat menyelamatkan seseorang hari ni?
@ hafizmd – Tak sangka, senang sangat nak beli gas memasak sekarang. Telefon je Petronas…fuh!

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.