Akhir Euro 2012:Italy Benam Spain?

Assalamua’laikum.

Bahang perlawanan akhir Euro 2012 awal pagi ni makin membara. Pasti ramai yang pilih Spain sebagai calon juara. Sama seperti catatan Denaihati di entri ini, Euro Final 2012: Spain vs Italy. Dalam banyak peserta, hanya tinggal 2 orang saja yang teka Italy iaitu saya sendiri dan blogger Faizul (Shipsailsmooth.blogspot.com). Italy bukanlah pasukan feveret saya, tapi feveret firasat saya untuk ke akhir Euro 2012. Kalau ikut pasukan pilihan ialah Portugal, Germany, Spain. Andai ikut rekod, pasukan mana yang ada kelebihan? Ataupun, apakah Euro 2012 tenggelam dalam bahang pertarungan Eyriqazz VS Denaihati? Jom kita pakat tengok statistik rekod perlawanan Italy vs Spain dulu.

Ada 7 rekod perlawanan besar antara Italy vs Spain. Spain hanya menang sekali, seri 3 kali dan kalah 3 kali.

  • Euro 2012 Peringkat Kumpulan; Italy 1 vs Spain 1
  • Euro 2008, Suku Akhir; Spain 0 vs Italy 0 (Spain menang penalti 4-2)
  • Piala Dunia 1994, Suku akhir; Italy 2 vs Spain 1
  • Euro 1988, Peringkat kumpulan; Italy 1 vs Spain 0
  • Euro 1980, Peringkat kumpulan; Italy 0 vs Spain 0
  • Piala Dunia 1934, 1 Jun 1934, Suku akhir; Italy 1 vs Spain 0
  • Pial Dunia 1934, 31 Mei 1934, Suku akhir; Italy 1 vs Spain 1

Itu rekod lampau. Kalau ikut rekod, memang nampak Italy ada kelebihan tersendiri. Rekod sebegini sama jugak menyebabkan Germany tersingkir. Harap, perlawanan awal pagi ni tak sebosan perlawanan Portugal vs Spain hari tu =)

Menariknya, penjaga gol Iker Casillas dan Buffon adalah kapten pasukan masing-masing dan ‘budak nakal’, Mario Balotelli pula berpeluang untuk muncul pemenang kasut emas untuk Euro 2012. Ini pulak rekod Spain dan Italy sepanjang Euro 2012.

Statistik perlawanan terkini Italy vs Spain

Tengok saja jumlah cubaan kedua-dua pasukan! Terbaik tu! Pasukan mana pilihan korang?

@ hafizmd -Harimau Malaya terus garang di pusingan kelayakan Piala Asia. Semalam menang 3-0 lawan Vietnam! Malaysia Boleh!!!