Edisi Ringkas Ambil Kesempatan 10 Blogger Terbaik Malaysia 2012

Assalamua’laikum.

gambar 10 blog terbaik malaysia

Siapa 10 blogger terbaik Malaysia yang paling rajin meninggalkan komen di sini sepanjang 2012? Apakah blogger Akubiomed juga bermaharajalela di sini? Atau ada blogger bawah tanah yang masuk senarai? Ambe cukup kagum dengan blogger yang komited dan tak putus-putus singgah di sini. Ambe tau, banyak lagi blog lain yang ada, tapi korang tetap singgah kat blog buruk ambe ni. Terima kasih banyak-banyak. Nak bagi hadiah iPhone, memang tak terdaya ambe. Moga anda semua yang singgah di sini, dapatlah secebis dua kebaikan yang boleh dikeber kepada rakan taulan. Ayuh, kita tengok senarai 10 blogger terbaik Malaysia 2012!

10 Blogger Terbaikย  Disember 2012

10 Blogger Paling Terbaik 2012

1. Terima kasih tak terhingga pada yang sudi tinggalkan jejak di blog ni. Sebab korang semualah, ranking Alexa blog ambe semakin kurus. Ambe cuba untuk kembali mencapai Alexa bawah 200k. Tak payahpun, tapi taklah senang sangat. Tak percaya? Rasanya ada rakan blogger kita yang mungkin makan hati dengan Alexa. Naik turun tak tentu hala…

2. Ambe juga sempat menjadi top komentator di beberapa blog seperti di ‘Blog Paling Sedap’. Untuk tahun ni, ambe akan cuba memecah dominasi beberapa blogger kental dalam aktiviti komen mengomen ni. InshaaAllah, blog anda semua pasti akan menjadi jamuan minda dan jari-jemari ambe untuk dihadam dan dikongsi bersama. Jadi, jangan lupa untuk selalu singgah di sini yer…hehe

3. Ada beberapa blogger yang semacam berehat sebentar seperti Blogger Benjy dan Blogger Suri yang semakin berjaya dengan perniagaan online beliau. Moga rakan-rakan blogger kita ni sentiasa sihat dan ceria =)

4. Ada beberapa lagi kontest yang sedang berlangsung seperti kontest “10 Blogger Terbaik Malaysia”. Serebrum ambe masih lagi belum menganalisa senarai 10 blogger terbaik Malaysia. Banyak blog Malaysia yang amat terbaik untuk dipilih. Apa yang pasti, mungkin ambe pilih blog anda walaupun blog anda baru berusia setahun dua. Usia blog bukan ukurannya!

5. 3 blog terbaik Disembar akan ambe tempelkan entri terkini di sebelah kanan, manakalan top 5 blogger terbaik tahunan akan ambe berikan sesuatu sebagai tanda kenangan. Nanti ambe maklumkan yer..

@hafizmd – Teruja hantar Kakak ke sekolah…teringat masa kecik dulu, siap tak pergi sekolah sebab cikgu garang…hehe