Browsing articles in "Motivasi"
Jun 21, 2011

Saman trafik dengan kadar yang lebih hebat & ‘DNA baru’ anak-anak…

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah, walau aku sekarang ada rasa sedikit tertekan, aku bersyukur masih lagi diberi pinjaman tanpa sebarang faedah untuk segala macam nikmat oleh Pemilik Alam dan seluruh isinya. Alhamdulillah.

Kalau ada teman-teman yang baca artikel bertajuk: Banyak Sungguh Kereta di Jalan hasil titipan Puan Fiezaradzi…pasti juga merasa yang jalanraya di Malaysia ni makin sesak. Mana taknya, semuanya berlumba mengeluarkan kereta yang lebih cun dan menarik. Contohnya yang terkini Myvi D54T Mystical Purple!

Tapi, apa yang aku lebih bimbangkan ialah….

Continue reading »

Jun 14, 2011

Senang ke susah pikat wanita?

Assalamu’alaikum

"cinta sejati"Whoooa…..tajuk memang sedap sungguh! Dah macam gaya doktor cinta pulak…kita mesti biasa baca bab-bab cinta di blog Suri, kali ni giliran aku pulak nak cuba dendangkan perihal C.I.N.T.A di sini. Saja nak kasi meriah. Agaknya musim bercinta ke sekarang ni?

Apa yang aku bakal sampaikan ni mungkin ada yang kurang kena dan tak tepat, maklumlah…tak reti sangat bercintan-cintun ni..jadi mana yang baik tu, bolehlah diamalkan, mana yang buruk tu, cepat-cepat tegur aku ni yer…baru hidup kita lebih indah dan berpelangi…betul tak?

Ada yang kata, wanita ni ibarat jinak-jinak merpati…nampak jinak…tapi susah nak tangkap. Tapi itu burung! Ini manusia yang bernama W.A.N.I.T.A.

Continue reading »

Wordless Friday Cinta Pertama….

Assalamua’laikum.

Ayuh solat Jumaat dan dengar khutbah…jangan curi-curi ‘zikir lentik-lentuk’ pulak….kang tak pasal-pasal Ustaz Harun datang ketuk….hehehhe

Layan lagu nasyid Far East, Cinta Pertama..

Continue reading »

May 23, 2011

Kaedah ramal tanah runtuh?

Assalamua’laikum & Selawat atas Junjungan Nabi Muhammad SAW.

Takziah dan al-Fatihah untuk saudara-saudara (mangsa tragedi tanah runtuh di Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat). Al-Fatihah……

Hujan tak henti-henti dalam 3-4 hari lepas rupa-rupanya Allah selitkan peristiwa yang tak kita jangka. Bila dah berlaku, macam-macam soal yang keluar. Paling menarik, bila ada suara yang mula tanya mana perginya sistem canggih yang katanya boleh detect pergerakan tanah yang akhirnya menyebabkan tanah runtuh.

Aku ada juga dengar dalam berita malam bila entah, memang ada sistem amaran awal…macam juga alat untuk elak tsunami. Aku belek-belek arkib kat Google, saja nak faham lebih sikit…sistem apa ke benda yang pembaca berita tu bebelkan.

Akhirnya, aku jumpa satu artikel dalam akhbar Utusan bertarikh 24/06/2006:

Continue reading »

May 20, 2011

Hikayat Malim Kondeng yang tragik…

Diceritakan seorang insan…bernama Malim Kondeng. Bukanlah sepupu sepapat kepada Malim Kundang, jauh sekali si Merong mahawangsa.

Ditakdirkan, Malim Kondeng hanyalah seorang pekerja bawahan di sebuah kilang pemprosesan ayam. Kerja sehariannya tak lain tak bukan, memungah ayam yang sudah siap diproses ke dalam bilik sejuk beku. Hidup sehariannya penuh dengan cabaran dan dugaan…semuanya Malim Kondeng lalui dengan tabah.

Namun, hari yang Malim Kondeng sangka mendung sampai ke petang, rupa-rupanya banjir kilat di tengahari. Hari itu, Malim Kondeng terkurung dalam bilik sejuk beku. Entah sindrom apa yang menyerang, Malim Kondeng tertidur dalam kedinginan bilik sejuk. Penat menjerit, melolong, berguling jurus tangan berapi ….tiada manusia yang dengar.

Continue reading »

Pages:«12345678...16»

3 Blogger Sensasi


Photobucket Photobucket Photobucket

5 Ulasan Terkini

  • tehr: Wah, dapat tempat ketiga la :-) Tahniah kepada semua dan kepada tuan...
  • akubiomed: Top terdiri 2 lelaki kacak dan 1 wanita jelita. Tanniah kepada...
  • Azman: Tahniah kepada pemgomen terbanyak.
  • anif: :D Yey! Kali ini Saya berada dalam senarai!
  • HAFIZMOHD.COM: avatar di sidebar kanan. Menyusul kemudian review blog di...

1 Papan Iklan


Page optimized by WP Minify WordPress Plugin