Ceriakan hari anda dengan video ini…

Assalamua’laikum.

Hari Isnin biasanya kita kaitkan dengan Monday blues. Senang cerita, serba-serba rasa tak kena. Duduk tak kena, berdiri tak kena, bersila tak kena, bersimpuh tak kena. Serba tak kena. Kenapa? Apa yang tak kena?

Oleh kerana ke’syok’kan berhujung minggu bersama keluarga, bila tiba saja hari bekerja, terus kena Monday blues. Jadi, sebenarnya diri kita yang tak kena. Kita sepatutnya bermotivasi tinggi untuk mulakan hari yang lebih baik. Salah satu kaedah aku ialah menceriakan diri dengan cara ini.

Iaitu tengok video yang ceria. Contohnya video Gaban ni. Memang best!

(Kalau ada lirik yang kurang cantik, harap dimaafkan….)

Bagaimana cara anda? Boleh kongsi tak? Mungkin ada kawan-kawan kita yang nak guna teknik anda. Maklumlah, rasanya ada yang akan ber’Monday blues’ sampai ke hujung minggu ni.

wooooo…peritnya malam tadi!

® hafizmd – gaban z potong duaaaa!!!!