Masalah wp-config.php bila update wordpress 3.2…

Assalamua’laikum.

Kembali bersiaran selepas mata agak merah dan mengantuk 2 -3 hari ni. Pedih bukanlah sebab aku p bersih tu, tapi sebab aku berkawal malam-malam kat pondok Rukun Tetangga. Lagi bagus ape? hehe…

Khas untuk pengguna wordpress, versi 3.2 dahpun selamat keluar dan aku dengan rakusnya telah mengemaskini versi tersebut. Konon tak nak macam ‘katak dalam botol free BPA’lah….

Entah macam mana, pagi tadi takleh nak login dashboard wordpress, blog yang tak berapa hensem ni pun dah tak boleh buka. Sekali tengok ada error ni;

"cara selesai masalah erro wp-config error 3.2 wordpress"

Alamak, dahlah aku ‘agak’ celik IT, tetiba fail wp-config dah hilang pulak dah! Aku dah gabra dah ni…

Ok-ok. Aku tarik nafas dulu. Terus jer aku tekan butang “create a configuration file”. Isi nama database, isi password dan lain-lain. Jeng jeng jeng…..sekali tak jadi daaa…

Ok-ok. Aku tarik nafas lagi (masa tengah buat ni, memang aku bernafas macam biasa yer, cuma lebih laju sebab tengah berdebar tak tentu pasal ni…hahaha).

Jadi kena buat manual agaknya.

  1. Buka balik c panel.
  2. Cari file wp-config-sample.php dan download.
  3. Buka file ni. Isi nama database, username database, password.
  4. Save file dengan nama wp-config.php dan upload balik ke tempat asal tadi.
  5. Cuba login dashboard dan jeng jeng jeng….
  6. Error ni pulak yang keluar “Error Establishing a Database Connection”

Erm…terus aku teringat pada entri Bro Wanmus: Selesaikan masalah Error Establishing a Database Connection

Terus ikut video yang ada kat entri tu dan Alhamdulillah…dah boleh login dashboard dan blogpun dah ok.

Jeng jeng jeng….dah siap satu entri…whoooaaa~

® hafizmd – ada sape tahu kenapa blog aku ada masalah ni? sebab server ke? ke sebab apa ek? minta pencerahan…

13 comments

  1. Saya pernah kena macam tu dulu…tu pun sebab tangan gatal nak try and error. Learn from mistake 😉

  2. Aduh… kecut perut juga kan bila kejadian2 spti ini berlaku. Sya tak pernah alami lagi. Nak bagi nasihat pun xberani, takut kejadian lebih pelik pulak akan berlaku. Apa2pun nasib baik berjumpa dgn blog sahabat itu. Legaaa..

    1. Mula2 mmg kecut jugak…tp bila tarik nafas, relaks sikit…baru boleh fikir..kendian main godek2 sendiri…nasiblah kalau ada yg rosak…hehehehe

  3. Hehehe
    Semenjak malware ni org dok ramai kalut kan!
    Nasib baik bEe cuma pengguna wordpress.com jek so tak pyh pikir byk2. hihi (padahal mmg buta IT) wakaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *