Ukhwah blogger & Tahniah kepada jurukomen ke 10,000!

"blogger hebat malaysia melayu 2011"

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Sedar tak sedar, akhirnya cecah juga komen di blog ni ke angka 10,000. Taklah banyak, tapi cukup untuk buat aku senyum di pagi Jumaat ni. Mana taknya, macam-macam nikmat yang Allah kurnia. Bukan setakat dalam bentuk wang ringgit saja tapi macam-macam ada!

Cumanya, yang tinggal cara kita berfikir dan cara kita bersyukur atas segala nikmat kurniaanNYA. Ingat! Rezeki Allah itu amatlah luas dan datang dalam pelbagai bentuk dan cara.

Contohnya hadiah dari bEe semalam, bukan setakat hadiah biasa malah hadiah yang luar biasa. Kenapa? Cuba fikirkan, kalau sebelum ni kita hanya memberi hadiah kepada mereka yang kita kenal saja (maknanya pernah jumpa dan kenal siapa mereka).

Tapi…kita tidak begitu bukan? Mana ada kita jumpa ‘face to face’. Kalau ada ‘face’ pun hanyalah di ‘facebook’. Ironinya, kita hanyalah blogger yang bersahabat di alam maya. Kenal hanya atas satu medium yang kita panggil blog dan juga nama pena kita.

Makanya, aku rasakan ini satu bentuk nikmat Allah yang amat besar! NIKMAT UKHWAH. Bukankah sayangkan saudara kita itu melengkapkan iman kita?

Nak seribu daya, tak nak seribu alasan. Nak berukhwah 1,000,000 cara, nak berpecah 1 cara pun berkesan!

Alhamdulillah! Terima kasih pada semua teman blogger yang sentiasa singgah di sini dan memberi galakan untuk terus berblogging. Moga ukhwah kita di alam maya ni, insyaAllah satu hari kita boleh jumpa ‘face to face’.

Akhirnya, tahniah kepada jurukomen yang ke 10,000. InsyaAllah akan diposkan satu hadiah kecil sebagai tanda kenang-kenangan. Blogger yang cukup bertuah ni ialah……

"blogger hebat malaysia melayu 2011"Blogger Tehr – Harap dapat emailkan alamat anda terus ke kotak email saya di hipa012[at]hotmail.com.

® hafizmd – inilah indahnya berblogging…setuju tak?