Browsing articles in "Bicara santai"

Raikan kawan, hindari lawan

Assalamua’laikum.

Raikan kawan, hindari lawan. Hidup tanpa kawan, ibarat nasi tanpa ulam. Hidup bersulam lawan, ibarat nasi berulam peria sambal belacan.

Kita memilih kawan bukan untuk berlawan. Kita berlawan adakalanya demi kawan. Baik akhirnya, lawan jadi kawan. Buruk padahnya, kawan jadi lawan simpan dendam.

Proses berkawan ibarat percintaan. Ada manis, ada masam. Manis untuk dikenang bila datangnya masam. Masam untuk dibuang, bukan bekal alasan ungkitan.

Terimalah kawan, sedikit coretan tanda penghargaan. Avatar dikanan, RSS feed untuk lawatan susulan =)

Continue reading »

Nov 30, 2011

Sesi jawab tag si cantik manis

Assalamua’laikum.

Hampir lupa yang aku kena tag dengan si cantik manis sorang ni. Siapa? Dialah awek pertama aku, merangkap cinta muka bulu pertama dan mengisi hati aku sekarang sebagai seorang isteri dan Mama kepada 2 anak. Dah-dah cukup. Nanti lebih-lebih jadi entri cintan-cintun pula. Maafkan aku atas keromantisan tanpa batasan ini…..yeahaaaa!

Baiklah. Memandangkan ada 10 soalan nak kena jawab, elok aku mula menaip sekarang sebelum matahari terbenam. Terpulang bila anda nak baca, sebelum tidur pun boleh, pagi esok pun boleh (tapi pastikan kita dah baca Quran hari ni….insyaAllah).

Continue reading »

Oct 19, 2011

Blog dan blogger…

Assalamua’laikum. Alhamdulillah.

Ucaplah ia waima kita tak berapa sihat hari ni. Lagipun, tiap-tiap hari DIA kasi kita sihat sampai makanpun ada sisanya. Ucaplah Alhamdulillah (iye, ucap sekarang beramai-ramai :D )

Blog dan blogger. Boleh kata kalau tak jumpa 1 hari, rindunya pasti ada. Ibarat kita punya kekasih hati tapi tak dapat dimanjai (oustationlah ni). Apa jadi? Pastinya rindu tak bertepi. Oh! Indahnya CINTA. Maka, bahagiakah kita?

Continue reading »

Oct 13, 2011

Entri pertama selepas beku…

Assalamua’laikum.

Lama tak bersiaran. Kaku dan beku. Tak tahu mana nak mula. Cerita apa yang nak ditulis dulu. Sekali lagi, aku kaku dan beku tapi bukan malu.

Dalam diam-diam, hampir sebulan juga aku tak menulis apa-apa di sini. Hanya sempat bermain dengan kanvas baru untuk blog ini. Konon nak kasi naik motivasi untuk berblogging, dan rasanya aku berjayalah juga. Dalam ‘mood’ baru nak elok, tiba-tiba semalam sekali lagi server di JomHosting alami masalah. Kalau ikut yang ni, memang banyak kali juga blog ni ‘down’. Nasib baik tak ‘kiok’ saja.

Untuk menaikkan kembali semangat dan sengat masing-masing, aku umumkan mereka yang sentiasa rajin dan singgah di sini walau aku tak ada ‘update’ apa-apa entri pun. Terima kasih pada semua (aku tahu ada yang datang tapi tak tinggal komen, aku amatlah hargainya..). Terima kasih semua. Aku dah kembali!

Continue reading »

Berbalang kuih raya 2011 tanda terima kasih…

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Lama sangatlah tuan rumah bercuti. Memang cuti sakan sungguh! Mana taknya, kena singgah dua negeri yang jika dihitung menjadikan jumlah jarak perjalanan melebihi 1,000 km. Demi keluarga tercinta, lautan dalam sanggup kami harungi (tapi mesti naik kapal yer…hehe).

Dek kerana nak tinggalkan blog bercuti tanpa entri sepanjang bercuti, sempat juga mencari kata kunci yang agak-agak menarik dan hasilnya memang menjadi juga. Ada jugalah pengunjung dari enjin carian dan pastinya dari teman blogger semua. Terima kasih atas sokongan. Walau sibuk makan kuih dan layan tetamu, sempat juga singgah kat sini melayan 1,2 entri.

Terimalah 10 blogger paling mesra dan ngetop sepanjang bulan Raya Merdeka, bulan Ogos 2011…

Continue reading »

Pages:«1234567...23»

3 Blogger Sensasi


Photobucket Photobucket Photobucket

5 Ulasan Terkini

  • yas: Bukan rezeki harimau muda mlm tu nak kutip satu mata….huhuhu
  • maszuki mat zin: erm, aksi malaysia x la longlai sgt.. hanya beberapa pemain...
  • maza: maza merasakan perjuangan seterusnya menentang Syria harus dipergunakan...
  • maza: aku tengok sampai akhri Malaysia vs Bahrain…. sekali lagi, bukan...
  • titan: tekaan aku tak tepat. aku harap harimau malaya dan MU menang....

1 Papan Iklan


Page optimized by WP Minify WordPress Plugin