Buku ‘Eat That Frog’, Best Ke?

Assalamua’laikum. Saya memang jarang sangat baca buku jenis motivasi macam ni. Bukan tak minat, tapi biasanya buku motivasi, ayatnya skema dan boleh cepat bosan. Itu masalah saya. Masalah yang sedang cuba diatasi untuk pelbagaikan bahan bacaan.

Membaca buku karangan Brian Tracy versi Bahasa Melayu, nyata ada tarikan tersendiri. Bila dibaca semakin seronok. Sampaikan boleh tak layan blog ni. Sehinggalah, semakin di baca, ada sesuatu yang saya perasan, mungkin pembaca buku ‘Eat That Frog’ yang lain juga turut sedar perkara ini. Saya nyatakannya dihujung artikel ini.

‘Eat That Frog’

review buku eat that frog
“Makan katak itu” Sanggup ke?

Mula-mula baca, ingatkan ‘katak’ apa yang nak dimakan. Rupanya-rupanya ia diibaratkan tugas/kerja yang perlu kita selesaikan. Semakin besar dan hodoh ‘katak’ tu, itulah yang disarankan untuk ‘dimakan’ terlebih dulu.

Maksudnya, dalam sehari/seminggu/sebulan….kita ada banyak kerja nak dibuat. Dari sebesar-besar kerja, hinggalah sekecil-kecil kerja. Malangnya, adakalanya kita selalu salah sangka tentang 1 perkara.

Kita salah pilih kerja. Kita sangka yang kita buat itulah yang paling penting, rupanya salah. Apa yang perlu kita buat, kita tak buat. Contohnya, kita banyak habiskan masa di laman sosial, sedangkan kita ada tugasan penting yang perlu dibuat. Kita suka bertangguh dan salah pilih kerja.

Cara yang hebat untuk berjaya ialah

Berfikir di atas kertas!

Ayuh, mulakan tabiat dengan menulis apa saja impian kita. Nak tepat, tulis dalam 30 saat. Tengok apa yang anda sendiri tulis. Itulah apa yang kita mahukan!

Apa yang saya perasan? Ianya sudah lama kita baca, cuma kita tak berapa nak terkesan.

“Demi Masa, Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian, KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh, dan berpesan-pesan pada kebaikan, dan berpesan-pesan pada kesabaran”. (Maksud surah Al-Asr)

@hafizmd – Buku “Eat That Frog.” Sama-sama kita jaga masa kita dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.