Yeo’s LoveMark!

Assalamua’laikum.
Yeo’s. Memang cukup sinonim dengan hidup aku. Yeo’s susu soya. Ini yang paling terasa dekat dan sentiasa menjadi pilihan aku. Bawalah jenama air soya lain sekalipun, aku tetap dengan air susu soya Yeo’s. Rupa-rupanya, Yeo’s yang menjadi pilihanku sejak zaman berzaman memang pilihan tepat malahan menjadi penyebab seribu kebaikan dan keceriaan dalam hidup aku.
Nak dijadikan cerita, aku banyak kali juga tanya diri sendiri. Kenapa Yeo’s memilih kacang soya sebagai antara asas utama produk mereka. Kenapa bukan kacang tanah? Kenapa bukan kacang buncis? Atau jenis kekacang lain? Apa istimewanya kacang soya?
Yeo’s Perintis Produk Minuman #1
Yeo’s bukannya calang-calang syarikat. Daripada apa yang aku sempat selidiki, Yeo’s nyata sentiasa terkehadapan berbanding pesaing lain. Aku senaraikan serba ringkas beberapa pencapaian terbaik Yeo’s di dalam industri makanan dan minuman ini.
- Menjadi syarikat pertama di dunia memperkenalkan minuman dalam kotak (tahun 1967).
- Merintis produk kari ayam dalam tin.
- Menjadi syarikat pertama di Malaysia membangunkan dan membungkus minuman berkarbonat perisa buah-buahan tropika di bawah jenama “Fizzi” (tahun 1984).
- Perintis produk 100% jus campuran buah-buahan (tahun 1984).

Ini antara pencapaian terbaik yang Yeo’s jelmakan hasil penjenamaan produk mereka. Tanda perniagaan (trademark) mereka berjaya memikat keyakinan ramai pengguna termasuklah aku. Ianya berubah menjadi trustmark (tanda keyakinan) yang menjadikan aku salah seorang pengguna yang setia dengan jenama Yeo’s.
Yeo’s Pilihanku Pastinya Yeo’s Susu Soya!
Dah lama terpikat dengan Yeo’s susu soya. Rasanya yang lemak-lemak manis memang cukup melegakan dahaga, menambah tenaga dan memenuhi citarasa. Bukan sekadar itu, pilihan kacang soya berkualiti tinggi dari Kenada oleh Yeo’s pastinya memberikan banyak manfaat kepada kesihatan tubuh badan.

Antara manfaat nutrisi kacang soya yang boleh anda rasai sendiri ialah;
- Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari – Kajian oleh College of Medicine at the University of Kentuck menunjukkan pengambilan protein soya sebanyak 30 gram sehari mampu memberi kebaikan dalam sistem kardiovaskular kita.
- Protein soya sebagai antioksidan – Ramai yang sebut macam-macam jenis buah dan sayur sebagai agen antioksidan, tapi kita lupa anugerah hebat yang ada dalam nutrisi kacang soya. Kehadiran antioksidan dalam protein soya mampu mengurangkan risiko penyakit kanser.
- Mencegah type 2 diabetes
- Tinggi kandungan vitamin K – Bagus untuk kesihatan dan kekuatan tulang.
Ini antara sebab utama kenapa susu soya Yeo’s menjadi pilihan aku sebagai minuman sampingan yang utama berbanding minuman lain. Bukan sebab minuman lain tidak bagus, tetapi dalam satu aspek yang sukar untuk aku jelaskan, Yeo’s sudah lama berlegar-legar menjadi teman rakyat Malaysia amnya, khasnya pilihanku. Agaknya, inilah kuasa YEO’S LOVEMARK!
Update: Yeo’s LoveMark pilihanku yang terkini!

Pilihanku Produk Yeo’s Pelbagai Perisa Memikat Deria Rasa
Aku memang cukup suka dengan pilihan perisa tropika yang Yeo’s keluarkan. Antaranya yang memikat deria rasa aku ialah Yeo’s Durian Belanda dan Yeo’s Jus Kelapa. Dua perisa ni memang betul-betul menghilangkan dahaga memikat deria rasa!

Nampak tak betapa Yeo’s begitu menitikberatkan citarasa pengguna berfikir jauh ke depan untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia.
Apakah Yeo’s sudah benar-benar berjaya memikat hati rakyat Malaysia?
Apa yang aku suka tentang Yeo’s selain rasanya yang sedap dan asli?
1. HALAL – Ini paling penting bagi pengguna muslim. Nampaknya Yeo’s memang prihatin dan tiada kompromi dalam soal ni. Terima kasih Yeo’s!
2. Pembungkusan produk – Memang nampak kemas, menarik, menampilkan elemen tempatan dan universal! Cukup untuk membuatkan aku rasa nak beli. Teknik pemasaran cara begini memang berkesan. Tahniah Yeo’s!
3. Belian yang berbaloi dengan manfaat nutrisi– Harganya berpatutan dengan manfaat nutrisi yang ditawarkan. Tanpa bahan pengawet, tanpa bahan pewarna, free kolesterol. Semuanya lengkap untuk bantu aku teruskan gaya hidup sihat dengan Yeo’s!
4. Teknologi Teknologi PET Minuman Isian Sejuk Aseptik (Aseptic Cold Fill PET Technology) – Teknologi yang pertama di Malaysia! Produk Yeo’s semuanya diproses dalam suhu bilik dalam keadaan bebas kuman (steril). Tujuannya untuk kekalkan kesegaran, keaslian dan khasiatnya serta bebas bahan pengawet. Aku budak sains, jadi bab-bab steril dan produk bebas bahan pengawet memang sangat aku suka dan cintai!
5. Banyak pilihan produk terkini – Seleksi pilihan yang banyak tanpa kompromi kualiti dan terutamanya manfaat kacang soya. Antara yang menarik ialah penambahan produk air soya hitam. Aku pernah tulis artikel khas khasiat kacang soya hitam dalam menguruskan badan.
Baca artikel ini, “Kacang soya hitam bantu kurangkan berat badan.”
6. Pilihan kurang manis – Langkah bijak menggalakkan pengguna pilih makanan minuman yang lebih berkhasiat dan bagus untuk kesihatan. Yang paling best, kurang manis dan harganya tetap murah.
7. Khidmat sosial – Memang aku respek dengan keterlibatan Yeo’s dalam kempen khidmat sosial. Nampak Yeo’s bukan sekadar nak cari untung, tetapi sebaliknya bersungguh-sungguh turun padang menyumbang dalam pembangunan sosial masyarakat. Antara kempen Yeo’s yang menarik perhatian aku ialah;
- Yeo’s Taja Dana Pemeliharaan Alam Sekitar Sekolah – “Meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan murid menerusi cabaran mengitar dan menggunakan bahan terbuang” – Pengurus Besar Pemasaran YEOS, Vincent Chui.
- Yeo’s Menaja Kempen Membaca – “Menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid yang semakin terhakis ekoran penggunaan internet dan pelbagai laman sosial seperti blog, Facebook dan Twitter” – Pegawai Perhubungan Awam Yeo’s, Noor Nabila Abd Rahman.
Harapan dan cadangan untuk Yeo’s
Setakat yang aku perasan dan sedikit hasil carian, Yeo’s sememangnya juara dalam segmen susu soya tetapi masih lagi berusaha kuat untuk menjadi pelopor dalam segmen lain seperti mee segera, perisa buah-buahan tropika dan juga segmen jus.
Mungkin Yeo’s boleh tempatkan peti sejuk khas untuk semua produk air kotak dan air tin jenama Yeo’s di satu tempat tumpuan seperti kedai mamak, kopitiam popular dan kedai-kedai 24 jam. Dengan cara ini, pada pandangan aku, Yeo’s akan kelihatan lebih terserlah dalam menampilkan barisan produk mereka.
Akhirnya, terima kasih Yeo’s sentiasa berusaha keras menyediakan alternatif minuman yang segar, asli dan semulajadi untuk kami, rakyat Malaysia. Dengan Yeo’s, kita mampu mengatur gaya hidup kita dengan lebih sihat!
Aku pasti, kini produk Yeo’s semakin berbekas menjadi LoveMark (tanda kasih) buat penggunanya. Visi tinggi Yeo’s di dalam industri makanan dan minuman begitu mengkagumkan!
Terima kasih Yeo’s LoveMark!
- Facebook : https://www.facebook.com/YeosMalaysia
- Twitter : https://twitter.com/YeosMalaysia
- Instagram : http://instagram.com/yeosmalaysia
- Google+ : https://plus.google.com/105235723685382687885/posts
- YouTube : http://www.youtube.com/yeosmsia
Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.
Minuman baik untuk kesihatan.
kurang manis…mmg baguslah
fuhh..panjang lebar hang tulis nih..
yang kacang soya tu memang sedap.
maunya tak panjang…ni kalau memang, aku tulis 3 muka surat wooo!
hehe…soya mmg sedap..marbeles!
selain soya, aku lebih suka yang yogurt tu. lagi sedap tak terkalah maa. haha
yg yogurt tu, aku tak jumpe2 lagi kat kedai sini…
nak kena try jugak ni…
Soya memang sedap bila ianya jenama Yeo’s…
Fuhhh sedap pekena yeo’s ni.. soya cincau memang buat aku ketagih.. tapi ketagih lagi cendol.. hahahaha
soya cincau…best tu utk sejukkan badan..nak2 time cuaca panas ni..
kelas deme jadi model Yeos…
Kilang Yeos dekat je dengan rumah ambe…
hehehe…
dekat ngn kilang…lagilah senang beli banyak2 terus =)
dok pernah lagi gi beli kat kilang dia.
kalu produk apollo selalu gok gi beli kat kilang dia…
wah terbaik lah hehe 🙂
terima kasih bro FA!
wah.. bro bawa minuman Yeo’s kemana-mana, sempat mengelamun dalam kereta tu…heee
billion terima kasih kerana sudi sertai Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger, cabaran affiliate dan semoga sukses.
Susu soya Yeo’s mmg selalu jugaklah beli…yg lain2 baru try…sedap juga!
terima kasih tuan DH!
Bro memang ‘hantu’ Yeo’s..hehe
belum sampai tahap hantu lagi…lepas ni.tak tahulah…hahaha
Siap bergambo lagi dgn minuman tu lo… Boleh jadi duta Yeos ni.
hahaha…demi Yeo’s…duta pun boleh jugaklah =)
pergh mantap bro. memang love mark la untuk bro. ni kalau bro tak menang, tak tau lah ni. terbaik! info yang bagus untuk manfaat tu. tapi pernah jugak dengar susu soya ni ada kesan buruk dia. tak tau lah betul ke tak.
Yg kurang bagus tu ada juga baca. Ianya bergantung kepada org tu jugak contohnya sistem penghadaman tak sesuai dgn protein soya berlebihan.
jadi, kalau belum pernah cuba, mmg nak kena cuba sikit2…kalau ok..baru boleh teruskan =)
p.s- ameen ameen ameen…moga2 masinlah doa bro ni..ameen thanks bro!
memang panjang ni…
Niat nak tulis lagi panjang..tunggulah nanti..insyaAllah
air kotak yeos ni memang faveret aku, rasanya lebih sedap berbanding yg lain
waaaahhh… memang menarik ni.. rasa jatuh cinta kat Yeos!!
Yeo’s susu soya mmg superb! mmg sedap!
good luck bro..aku pulak suka teo o ais limau dlm yoe’s nih…
good luck!! ^_^
biasa minum susu kacang soya
yang dlaam kotak tu
dah like dah, good luck ye
terbaik dari ladang bro..
Yeo’s memang sedap.
paling feveret soya.
aduh..semua bagus² ni
ambo punya xsiap² lagi
semua otai2 penulisan dah masuk…terbaiklah!
Yeos dan aku memang tak dapat dipisahkan, soya dia memang sedap banget!
Mmg sedap dan rasanya lebih asli
Yeo’s memang aku tak minum.. sebab was-was 🙂
was-was kalu..mmg kena elakkanlah =)
kalau bab minuman diorang dah steady …. cuma lepas nei kena kasi UP untuk makanan pulak…. kalau tahun depan sponsor RED WARRIOR pun okey gak kan
Betul tu. Mmg steady dah tapi utk jenama susu soyalah. Lain2, kena kuat lagi marketing =)
Taja Kelate. bagus gak tu!
perghhhhh,,, ni memang fanatik yeos ni,, hebat,, moga berjaya 😀
hehe..thanks muja!
Jenama Malaysia. Patut dibanggakan.
Kat luar negara pun ada. Mmg bila keluar negara, jumpe brand Malaysia..bangga!
ciktom pun suka soya yeos..sedap lemak berkrim gitu..huhu…
done support g+ & share fb… good luck!
mmg lemak berkrim! lebih rasa asli berbanding air soya jenama lain..
thanks cik tom!
gambar model yang minuman tu yang menarik!
hehehe…itu mahal tuh..haha
wah bikin kacak ingat anak mama jaid model rupanya papa dah..nice post bro !
tak pernah cuba minum yeos coconut juice tuh , kene cuba lepas nih…
den dah SHARE di facebook entry nih…=)
Wah post terbaik dan osem setakat ni. Memang complete dan ikhlas ni bagi sis layak tmpt pertama..Good luck ye Hafiz 😛
Terima kasih Sis Haza.
Ameen. Moga2 termakbullah doa sis haza utk saya ni…ameen
Nora bagi 4 bintang..
eh silap
ambo bagi satu G+1..mano butang like nih??
terima kasih cikgu…
ada bawah post butang2 tu..share ada sebelah kiri blog ni =)
ni nora mana ni? dia datang sbb2014 tak? hahaha
Soya bukan pilihan gua sangat..gua suka laici..laici kang satuuuuu…hahaha dah share untuk bro. nanti mintak tolong bro share sy punya pulak ye. hehe
Laici pun sodap!
Kalau ade buah laici, lagilah sedap..hehe
p.s- thanks bro! insyaAllah, berkunjung balas amalan mulia =)
minuman yeos memang terbaik.
*done like dan G+
thanks bro bahrain.. =)
tak berkesempatan join..support je kawan2 dr belakang…good luck. Hadiah bahagia 2 tau…hehehe
Yeos rasa dia semula jadi. Maka memang saya pilih !
Saya sudah tekan G+ untuk bro. Selamat Maju Jaya.
Wowww…banyak yang bro gemari produk Yeo’s ini. Makin laku lagi barangan mereka selepas ini. Yeo’s tetap di hati dulu, kini dan selamanya. Semoga berjaya buat Hafiz Mohd rakan ku selamanya.
yg paling sedap, Yeo’s soya..hehehhehe ..good luck bro
blom pernah rasa jus kelapa tu 🙂
yeos pilihan ramai… dah lama tak minum soya nie…. baca artikel nie tergerak nak beli…
ramai rupanya yg suka susu soya yeo’s… saya pun suka gak…
saya support entri nih dgn ‘FB share’ & G+…
btw, good luck~
wah duh kalau tak undi rugi ni 😉 terbaik antara pilihan yang sering menjadi pujaan hati rakyat malaysia
Kenalah undi…hehe…terima kasih suri
Haha..agak pajang untuk sekian kalinya..emm apa-apa pun gud luck yer..amboi…dapat minum soya senyum pun tak ekk..haha
hahaha…tu kaver hensem tu boh!
terima kasih boh
tu dia muka eksaited kemain dapat minum..ahaha
hahahaha…sedap punya pasallah ni…haha
TAHNIAH..dah like n g+
terima kasih Ustazah =)
selain murah ianya berkhasiat sekali. Saya datang dari senarai penyertaan #SBBYeos2014 dan dah tekan G+ pada entri ini.
yang penting kurang manis
itu penting…baru lebih sihat
pekena coconut juice tengah2 panas ni memang terbaik bro….
mmg terbaik…sejuk satu badan..hoho
Update terus Ya.. Artikel-nya, Saya suka membacanya. Ini hanya Sekedar kabar, Anak-anak, remaja dan orang dewasa yang membutuhkan tambahan kalsium, iron dan zinc. Sebuat Kebutuhan itu bisa anda dapatkan Obat herbal Ca Fe Zn.
Soya campur cingcau memang best.
semestinya kak…nak2 musim panas camni…sedap