Misi Pahang vs Johor DT & Sarawak vs PKNS

jadual liga super malaysia 2014

Assalamua’laikum.

Liga Super 2014. Malam ni, ada 2 lagi game yang berlangsung. Pahang vs JDT dan Sarawak vs PKNS.  Semua 4 pasukan menang dalam game pusingan kedua Piala FA dan layak ke suku akhir. JDT masih lagi segar selepas menerima berita gembira menyingkirkan T-Team juga dalam saingan Piala FA. Sarawak cukup garang selepas menyingkirkan Selangor. Agak-agak, pasukan mana menang malam ni?

Pahang vs Johor DT

1. Aku pilih Pahang untuk menang malam ni. Pemain Pahang disegenap posisi nampak lebih konsisten terutama dalam game terakhir kalahkan Lions XII.

2. Pertahanan Pahang terutama gandingan Rehman dan Damion Stewart jelas juga nampak lebih kebal dan fokus setakat ni berbanding gandingan Baihaki dan Aidil.

3. Kekuatan JDT pastinya tertumpu kepada Pablo Aimar, Figuera, Nazrin dan Amri. Jika barisan tengah Pahang mampu kekang bola sampai ke kaki Pablo Aimar, satu kelebihan besar buat Pahang malam ni. Pablo Aimar nyata memang pemain kelas dunia. Cukup kemas dalam setiap gerakan, tampanan dan hantaran. Best tengok dia ni main.

4. Amri Yahyah yang sentiasa mebuat larian kencang di sebelah kanan jangan diberi ruang. Amri cukup licik dan bijak dalam membuat lorongan dan cubaan.

Keputusan terkini:

Pahang 3 : JDT 2 (gol Matias Conti, Fauzi Roslan, Hafiz Kamal; JDT- Pablo Aimar, Safee Sali). Memang cantik gol Pablo Aimar.

PKNS 0 : Sarawak 2

@hafizmd – Liga Super 2014 semakin menarik dan hangat. Pahang dan JDT memang pasukan pilihan musim ni. Terbaiklah!