JDT vs T-Team. JDT Menang Percuma 3-0!

keputusan JDT vs t-team

Assalamua’laikum.

Iya. Inilah keputusan JDT vs T-Team yang terpaksa pasukan dan penyokong T-Team terima. Johor DT diberikan kemenangan percuma 3-0 selepas insiden pergaduhan dalam terowong ke bilik persalinan di Stadium Larkin Sabtu lalu. Nampaknya, untuk Piala FA, takde wakil Terengganu mara ke suku akhir. Malang berganda buat skuad Penyu dan Titans!

T-Team tetap di hati!

Walaupun ada yang tuduh T-Team sengaja buat kontorversi dan sensasi sampai tak nak sambung main, aku sebagai anak jati Terengganu telan hakikat ni walaupun pahit. Aku yakin, penyokong Terengganu yang lain pun kecewa dengan keputusan FAM. Apapun, bola sepak tetap bola sepak. Penyokong tetap menyokong sampai bila-bila!

Keputusan dibuat mengikut Perkara 4.12.15b peraturan pertandingan Liga Malaysia 2013-2016 kerana kesalahan T-Team yang tidak menghabiskan baki perlawanan pada separuh masa kedua.

Buat T-Team, masih ada piala yang kita boleh rembat. Piala Liga Super dan Piala Malaysia masih tunggu kita. Jangan sebab kita “tewas” kali ni, kita kendur dan mengundur!

Nota: Tiada sebarang denda dikenakan ke atas T-Team dan amaran keras kepada JDT supaya takde benda macam ni berlaku lagi. Itu ajerlah.

Ayuh The Titans! Kembali bangkit mengamuk dalam saingan Liga Super! yeahhhhhhhhhhhh….

@hafizmd – Bola sepak tetap sekadar hiburan. Jadi, janganlah kita berlebih-lebihan.