5 Cara Mudah Bakar Kalori Untuk Suami!

Assalamua’laikum.
5 Cara Mudah Bakar Kalori Untuk Suami! Edisi khas untuk encik-encik suami. Dah nama ketua keluarga, kenalah tunjuk contoh modal insan terbaik. Barulah boleh mulakan gaya hidup sihat dalam keluarga kita. Jangan kita suruh anak kita joging, tapi kita pantang ada masa terluang, encik suami tidur jer! Macam mana nak kurangkan berat badan sekilo dua sebulan? Moh kita baca cara mudah nak bakar kalori khas untuk encik-encik suami sekalian.
Cara Mudah Bakar Lebih Kalori dengan Berjalan
Berjalan. Luaskan dan positifkan pemikiran kita. Bersenam ni tak susah. Nak atau tak jer. Malas atau rajin jer. Masa yang kita ada, sama dengan masa yang orang lain ada. Tak kurang sesaat pun. Jadi, jangan cari alasan takde masa nak bersenam. Bukan payah pun. Paling mudah ialah BERJALAN.
1. Berjalan kaki pergi kerja – Cuba parking kereta jauh sikit daripada kebiasaan. Memang mula-mula penatlah sikit (kalau cepat pancit, tu tandanya kita dah lama tak bersenam). Lepas tu, berjalanlah dengan riangnya. Jauh berjalan, luas pandangan…hoohoho. Dah semua harga nak naik, kita pakat jalan kaki gi kerja <— psiko jer ni.
2. Ajak isteri window shopping – Confirm isteri tak tolak. Ajaklah isteri window shopping. Pusinglah satu shopping complex tu sampai puas. Takdenya pakcik guard tu nak marah. Sambil isteri cuci mata, suami boleh cuci saluran darah yang banyak menempel tu sekali. Jadi, khas buat encik-encik suami, jangan mengeluh dan liat untuk teman isteri korang main pusing-pusing di shopping complex. Pegang tangan, dan jalan sama-sama. Romantik wooo! Nanti-nanti, korang jugak yang untung kalau isteri sihat, gebu dan segar!
3. Bawa anak bersiar-siar – Senang jer. Bawa anak kita yang memang sentiasa tunggu bilalah abah/mama nak ajak gi jalan-jalan kat taman. Tak susah. Ikut jer anak-anak kita berjalan dari belakang. Suami pulak berjalan santai dengan isteri. Dapat 20 minit, rehat sat. Balik minum air kosong. Senangkan?

4. Tolong lap isteri lap lantai – Lap lantai 30 minit. Kalori yang dibakar sekitar 200 kalori. Oklah tu. Lantai bersih, peluh keluar dan kalori pun dibakar dengan jayanya. Leceh? Ala encik suami, kata nak jadi suami mithali. Perut boroi sikit takpe, boleh buang, Perangai malas tolong isteri, apa barang?
5. Tolong basuh kereta isteri – Zaman sekarang, biasanya isteri ada kereta sendiri. Maklumlah, kerja asing-asing. Ambil kesempatan ni, buat kerja amal dengan tolong basuh kereta isteri. Kalau basuh betul-betul selama sejam, lebih kurang encik suami bakar 100 kalori. Isteri pulak, pepandailah kasi up motivasi suami sikit lepas tu. Buatlah air sirap bandung ke, sirap limau ke untuk basahkan anak tekak suami.
Nak lagi cara kuruskan badan khas untuk lelaki dan suami?
Encik-encik suami digalakkan DOWNLOAD ebook Teknik Bakar Lemak Cara Pantas –> Download ebook cara bakar kalori dengan cepat!
Macam mana encik-encik suami sekalian termasuk aku sendiri? Boleh paksa diri sendiri tak? Paling penting, kita kena lebih banyak bergerak berbanding duduk statik depan pc berjam-jam. Kesihatan kena jaga. Dah tak sihat nanti, apa pun tak boleh.
Sebelum aku terlupa, nak ingatkan diri sendiri dan korang semua benda paling penting sama ada nak kurangkan berat badan, nak rampingkan pinggang, nak kuruskan badan dan yang sama waktu dengannya. Kita tak boleh lari daripada 2 benda.
- Kena kira serba sikit kalori harian –> Contoh kiraan kalori harian
- Buat senaman untuk bakar kalori –> 5 cara cepat bakar 300 kalori
Akhir kata, hidup nak sihat sebab nak tingkatkan kualiti amal ibadah. InsyaAllah.
@hafizmd – Nyerongin-nyerongin juge, moh kite bersenam!
byk aktiviti yg boleh dibuat utk bakar kalori
aktiviti kat rumah pun cukup kalau betul2 kita aktif 🙂
betullah bang sop…tinggal rajin ngan malas jer..hehe
leh gak tolong basuh kereta aku. haha
hahaha…ko paksa jiran sebelah rumah ko tu
ko gila..jiran sebelah rumah aku tu semua makcik-makcik.
hahahahaha….sebab tu aku suruh…kalau semua aweks-aweks…takde aku suruh….hahhahaha
baguih nooo tips2 nye. part window shopping paling best. haha…
satu lagi… tolong dukung anak 😉
eh silap taip tang nama sy tu… heee
takpe..boleh adjust nanti =)
@Ummi, bab tu mmg semua isteri suka…betulkan?
jadi, saya pun nak kena paksa diri utk teman isteri lebih kerap =)
tang shopping tu kene jaga.. bawak duit sikit2 sudah.. haha
Kalau bawak duit…lagilah bini sayang…haha
Kena print & bagi kat suami ni. Nak kena highlight part Window Shopping tu…hehehe…
hehee…sila2 print besor2…hehe
suruh suami dukung anak memang terbaik… orang perempuan boleh melenggang window shopping… double eksesais di situ… hehe….
Betul gak tu cheq eem. Biasanya encik2 suami ni (termasuklah saya terkadangnya) yg lenggang kangkung…kesian plak isteri takleh nak tgk lama2 nak pilih barang sbb sibuk dukung anak…ermmm…notedlah =)
Walaupun suami adalah ketua keluarga, itu tidak bermakna si suami boleh duduk terbongkang tanpa berbuat apa-apa kerja seperti raja dalam rumah. Suami seharusnya bekerjasama menguruskan rumah tangga sebagaimana jeneral perang.
org kata suami boroi lebih setia hahahaha
KB suka entri ini..menarik dan santai..info memang boleh diguna pakai punya!
saya buat apa sahaja bila penat kita berhenti tapi saya lebih kuat minum air lepas bersukan
Hahaha, terbaik punya tajuk 🙂
takut lah nak parking jauh – jauh, kereta banyak barang hehe
hang memanglah kena angkut dekat2…byk wayar2 ngan barang2 wiring…bahaya tinggal jauh2 wooo
bab window shopping tu aku sering je kalah
tak daya, bro
penat
hoho..teman separuh jalan jadilah…haha
selalu jugak buat apa yang bro bgai ni…tapi mcm berhasil jer sebab sendiri tak berdisplin hehehe
hoho..itulah, disiplin mmg penting
Mula-mula baca tajuk ingatkan tips untuk isteri supaya suami boleh kurus, salah rupanya. Walau apa pon perkara yang paling penting adalah keazaman serta motivasi untuk melakukan sesuatu. Isteri juga mungkin boleh memainkan peranan untuk memberi galakan kepada suami-suami mereka
tips ni utk suami kuruskan badan dalam masa yg sama, boleh bahagiakan isteri…2 in 1 =)
niat tu memang ada nak bakar kalori..tapi just hangat2 tahi itik jer…
Banyak aktiviti bersama keluarga membantu bakar kalori.
Betul. Jadi, jgnlah kita liat luang masa dgn keluarga
“tolong lap isteri.. ehh tolong isteri lap lantai” <— hehehe
bwk je isteri p shopping. konfem tebakor kalori dgn jayanye hehe
hho..mmg konpem!
nak tambah 1 lagi boleh?
tolong isteri cuci toilet heheheh
zakwan dah daftar SBB jugak.. hope dapat jumpa hafiz kat sana nanti 🙂
betul jugak tu…terbaiklah
insyaAllah..jumpe di SBB2014
Semoga bini aku tak baca entri ni..hohoho
hahaaha…jgn lupa clear history…haha
tips yang bagus ni.. hahahaha
hehe…DT sila simpan tuk si dia
no.2 Ajak isteri window shopping – ajak betul-betul shopping lagi laju kot…heee
hehehe..tu mmg dah pasti tuan.. =)
terima kasih diatas perkongsian ini..salam ukhwah..salam perkenalan..
salam ukhwah =)
terima kasih singgah di sni
tang mop lantai tu memang berkesan. tapi lagi berkesan kalau mop pakai kain buruk, bukan pakai mop.
memang boleh kurus kalau tiap2 hari mop lantai pakai kain je.
kesiannye..nanti sakit pinggang =)
Cheq suka tip yg no 2 tu.. nak kena highlight bg kat suami ni..heheee
hehe…silakan sis MJ. Lagi cepat lagi bagus…hujung bulan camni, lagilah bagus…hehehe
Best perkongsian dalam blog nie..sgt2 bermanfaat!
Jom follow blog sy utk tips & suplemen kesihatan..tq 🙂
http://www.shazdeshoppe.blogspot.com