Jadual suku akhir Piala FA 2014-Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014-2020 Malaysia

Terengganu, Cuba Lagi Tahun Depan!

Assalamua’laikum.

Jadual suku akhir Piala FA 2014. Akhirnya. Apa yang aku tak berapa nak suka berlaku juga. Nampak tak? Bukan semua benda yang kita nak, semua kita dapat. Macam pasukan Terengganu malam tadi, walaupun ball possession bagus, tapi tak bermakna boleh menang. Main bola sepak ni, sape score banyak, dia menang. Mudah jer. Jadi, kalahnya Terengganu malam tadi….

Pahang, Sarawak, Kelantan, Kedah, Felda United, PDRM, PKNS

1. Ini 7 pasukan yang dah sah ke suku akhir. Lagi 1 pasukan, antara JDT atau T-Team. Kes ni nampak makin rumit. Nampak macam dah nak masuk mahkamah dah. Fuh…..

2. Suku akhir Piala FA dimainkan secara timbal balik. Jadi, peluang semua 8 pasukan sangat rata. Ada 3 pasukan kelab yang boleh kacau daun pasukan gergasi lain.

  • PKNS – Patrick Ronaldinho memang berbisa. Selamba-selamba jer mamat dia gelek 2-3 pemain pertahanan Terengganu. Malam tadi masa lawan Terengganu, nampak dia main santai jer. Bola dapat sekali-sekali jer, tapi sekali dapat rasa macam bola nak masuk gol jer. Ini baru pemain import berkualiti! Tambah pulak ada perancang muda, Nazmi Faiz. Bola-bola yang ke depan semuanya nampak best.
  • PDRM – Coach Dollah Salleh memang pandai buat magis. Tahun ni, tak mustahil PDRM boleh sampai final. Tengok jerlah nanti.
  • Felda United – Coach Irfan Bakti. Kat mana pun Irfan Bakti jadi jurulatih, aku memang rasa gerun. Masa latih Selangor pun sama. Sekarang ni giliran Felda United mengaum. Nampaknya, Indra Putra dah nak tunjuk belang kat sini pulak.

3. Pasukan gergasi tersingkir! Antara yang kecewa pastinya peminat tegar Selangor, Terengganu (aku), Lions XII. Ni semua pasukan yang pada awalnya dijangka layak ke suku akhir. Maklumlah, senarai pemain boleh tahan ada bintangnya! Nampak tak? Bola bukan sekadar pemain bintang, tapi permainan berpasukan, disiplin tinggi dan taktikal yang bagus.

4. Jadual suku akhir Piala FA 2014

Suku akhir Piala FA pada 11 Mac & 18 Mac.

  • Pahang vs PDRM
  • Sarawak vs KL Felda United
  • Kelantan vs PKNS
  • Kedah vs JDT/T-Team

5. Tak mustahil sekali lagi fenomena ‘This is Pantai Timur‘ akan kembali jika dan hanya jika Kelantan dan Pahang menang lepas ni. Tapi, pasukan lain seperti Sarawak, Kedah bukan calang-calang pasukan. Sengit!

@hafizmd – Layan bola memang best, yang tak best bila kalah….hahaha…

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *