Dah Baca Buku Denaihati?

- 14 March 2014. Updated 8 October 2017Blogging

Dah baca buku denaihati.com? Ibarat manuskrip kehidupan & perkongsian tips blogging dalam buku denaihati. Tak baca buku ni, rugi!

buku denaihati

Ada dijual ke?

Sepintas lalu, buku denaihati ini dibahagikan kepada 3 bahagian isi utama iaitu;

  1. Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s (Contest)
  2. Hidup Untuk Memberi
  3. Blogging
  4. Kisah Keluarga
  5. Kembara Dunia
  6. Berani Gagal
  7. Aktiviti

Buku ini adalah cetakan kompilasi entri yang ada di dalam blog denaihati.com. Walaupun aku dah baca, tak semestinya aku ingat dan aku hayati isi kandungannya. Membaca dan menghayati adalah 2 perkara yang berbeza! Untuk itu, aku memberikan kredit yang amat besar untuk Denaihati Network yang bersungguh-sungguh menerbitkan Buku Denaihati.com versi cetakan ini.

Buku Denaihati Wajar Dimiliki oleh Setiap Blogger!

1. Memang kemasan fizikal buku cukup bagus. Siap gambar berwarna lagi. Paling menarik pastinya segmen Kembara Dunia. Gembira dapat melihat ‘sendiri’ suasana negara orang. Nak sampai ke sana, belum ada rezeki. Terima kasih Tuan Amir sudi berkongsi cerita. Ni kalau dijual di kedai buku, senang-senang jer boleh cecah RM20 ke atas, TETAPI….

2. Buat peserta SBB2014 hari tu, semuanya diberikan percuma! Apakah barang percuma wajar dipandang mudah? SAHIH, tidak bagi buku denaihati.com ni.

3. Bagi aku, ianya ibarat manuskrip sebuah perjalanan berliku yang Tuan Amir persembahkan untuk kita sama-sama hayati dan pelajari. Aku dapat rasa, tujuan Tuan Amir dan team Denaihati Network membukukan entri-entri ni tak lain tak bukan adalah untuk MELAHIRKAN LEBIH RAMAI BLOGGER yang benar-benar BERJAYA!

4. Baca entri di buku dan di komputer, tablet mahupun telefon pintar…bagi aku lain ‘feel’nya. Kalau di tablet, ada masanya aku terkejar-kejar untuk blogwalking ke blog-blog lain. Nak kena fikir untuk tulis komen lagi. FOKUS mudah hilang, tetapi jarang berlaku bila baca buku sebegini.

5. FOKUSnya hanya pada isi buku yang ada di tangan. Apa yang cuba disampaikan dalam setiap tajuk? Ianya lebih rasa santai dan mudah dihadam. Memang kenalah sangat dengan teknik yang diajar dalam buku “Makan Katak Itu.”

Tajuk Pilihan dalam Buku Denaihati?

Aku belum habis baca semuanya lagi, tapi antara perkara yang menarik perhatian ialah;

1. Pengurusan Laman Blog

webmaster tools pengurusan laman web buku denaihati.com

Pengurusan laman blog. Apa yang nak diuruskan???

  • Ditekankan keperluan ilmu blogging yang lebih mendalam tentang keselamatan dan pengurusan blog. Antara yang wajar diberi perhatian ialah akaun Google Webmaster Tools blog kita.
teknik google webmaster tools

Google webmaster tools. Baru belajar buka…

2. Tenang walaupun Ditahan Polis

pengalaman kena tahan polis luar negara

Tenang kunci utama menghadapi situasi mendebarkan!

  • Antara yang aku suka bila berkunjung ke blog denaihati ialah perkongsian pengalaman kembara mereka. Macam pengalaman kena tahan dengan polis ni, memang kena bertenang dan jangan gabra. Kalau tak, lagi panjang kes kita nanti dibuatnya. Betul-betul entrinya rasa dekat dengan diri.

3. Cerita Berani Gagal?

berani untuk gagal

BERANI GAGAL?

  • Nak tahu apa yang ada dalam koleksi ni, kenalah dapatkan buku denaihati ni. Banyak perkongsian menarik untuk kita. Kalau nak berjaya, kita kena ikut jalan mereka yang berjaya! Betul tak?

Akhirnya, soal salah ejaan, gambar mungkin ada yang kabur dan kurang jelas. Kekurangan ni boleh diperbaiki kemudian. Bagi aku apa yang lebih penting ialah ISI yang cuba disampaikan. Itu lebih wajar untuk aku berikan perhatian. Banyak yang perlu aku belajar dalam dunia blogging ni.

Sungguh aku rasa beruntung kerana ditemukan dengan komuniti Denaihati Network yang aktif berkongsi tips blogging dan cara meningkatkan skil blogging dengan betul. Tinggalnya, aku nak atau tak? Itu sahaja.

Tahniah Denaihati.com dan pasukan Denaihati Network! Jika anda seorang blogger, dan masih belum turut serta dalam komuniti ini, jom terjah mereka di bawah;

@hafizmd – Ini sekadar review ringkas khas untuk buku denaihati.com. Setiap kita ada pandangan berbeza. Tunggu apa lagi, korang pun tulislah satu entri =)

{ 33 comments… read them below or add one }

maza March 14, 2014 at 2:58 pm

wah.. perihal ini membuka inspirasi kepada maza.

Maza kira mahu membukukan juga segala isikandung blog maza yang itu, tetapi adakah sesiapa mahu membelinya?

ahaks.. lalalala

Reply

akubiomed March 14, 2014 at 3:00 pm

Sudah mempunyai 1001 perkara dikongsikan didalam satu buku.

Reply

Sop March 14, 2014 at 5:07 pm

buku yg menarik buat blogger :)

Reply

aimie mokhtar March 14, 2014 at 5:46 pm

buku tu x habis lg baca, tp sekilas pandang mmg menarik…akan teruskan membaca sampai habis.

Reply

munir ardi March 14, 2014 at 9:39 pm

memang bertuah peserta SBB 2014 penuh senyum keceriaan dan hadiah luar biasa seperti buku ini

Reply

encikarman March 14, 2014 at 10:15 pm

ada buku eh… baru aku tahu kokoko

Reply

hafizmd March 15, 2014 at 4:08 pm

Buku ni dibuat khas sempena sbb2014 hari tu kot..masih belum masuk pasaran

Reply

Zufar March 14, 2014 at 10:32 pm

Bertuah sbb dpt ilmu dri seorang blogger yg otai…perkongsian Tuan Amir wjb dibaca oleh smua blogger…trimas bro atas perkongsian sinopsis buku denaihati..

Reply

hafizmd March 15, 2014 at 4:07 pm

Terima kasih zufar..mmg best dan menarik…

Reply

Juan March 15, 2014 at 2:38 am

waaaa, mcm mana nak dapatkan buku tu yer

Reply

hafizmd March 15, 2014 at 4:06 pm

Mungkin tuan amir akan jual…mmg sesuai utk simpanan blogger

Reply

amirulfaiz March 15, 2014 at 10:35 am

Satu perkongsian ilmu yang bermanfaat, insyaAllah sama-sama kita berkongsi ilmu. :)

Reply

hafizmd March 15, 2014 at 4:06 pm

Benda bermanfaat…elok kite kongsi sma2

Reply

Hafizul March 15, 2014 at 12:30 pm

Belum baca lagi bro..haha..tak dapat sebab ha..emm sekurang2nya apa yang terkandung dalam buku ni leh buat panduan berguna untuk kita turut sama maju dalam dunia blogging khasnya..kan?hehe

Reply

hafizmd March 15, 2014 at 4:04 pm

Mungkin akan dijual nanti..apepun terus sokong denaihati network dan rkn2 blogger kite

Reply

dja@sishaza March 15, 2014 at 9:24 pm

Kalau ada kat pasaran..sis memang nak sangat.
P/s: tahniah ye Hafiz …kan ke sis dah cakap dulu :)

Reply

hafizmd March 15, 2014 at 9:54 pm

InsyaAllah..tak mustahil bakal dijual dikedai buku…moga2 tuan amir denaihati baca komen ni…

P.s. thanks sis atas komen yg tu..ambe kire mmg antara doa kwn2 juge membantu ambe mng

Reply

khairul asrol March 15, 2014 at 10:25 pm

kalau ada jual, memang semua orang nak. hehe

Reply

hafizmd March 16, 2014 at 10:35 am

Hehe..ramai yg dah tanya

Reply

profhariz March 16, 2014 at 5:20 am

Alhamdulillah dah baca. Tunggu nak praktikkan sahaja.

Reply

hafizmd March 16, 2014 at 10:35 am

Sama2 kita praktik…yeay

Reply

Ummi Hanie March 16, 2014 at 7:20 pm

macam best je, macam jeles je takd ebuku ni. heee

Reply

titan March 16, 2014 at 10:45 pm

hoho..aku tak baca lagi la jawabnya buku nih..

Reply

mrhanafi March 16, 2014 at 11:37 pm

saya lebih suka buku berbanding gajet elektronik dalam mentelaah ilmu..insya Allah jenama denaihati semakin meningkat naik!

Reply

TiranaAduka March 17, 2014 at 8:32 am

Salam Bro…
TA Belum lagi mendapatkan buku denaihati ni…
Insya-Allah ada kelapngan akan singgah di book store cari ….
Thanks info…

Thanks again

Reply

hafizmd March 17, 2014 at 8:40 am

as salam. InsyaAllah, TA boleh cuba dapatkan di kedai online di sini –> kedai.denaihati.my

Reply

Anuar March 17, 2014 at 8:58 am

Bestnya buku ni.. Boleh baca pengalaman blogger tersohor tanah air…

Reply

W.R March 17, 2014 at 4:40 pm

macam menarik, mana boleh dapat bro…:) teringin nak baca pengalaman blogger tersohor

Reply

Hafizmd March 18, 2014 at 5:28 pm

Dah boleh beli online di kedai.denai.my

Reply

Fiza Rahman March 17, 2014 at 5:26 pm

Baru belek². Tak sempat baca lagi. Tahniah sbb menang contest Yeo’s Gaya Hidup Sihat ☺

Reply

Hafizmd March 18, 2014 at 5:34 pm

Samalah kite..baca tajuk2 terpilih dulu

Terima kasih sis fiza

Reply

Ezad Skytech March 17, 2014 at 10:14 pm

memang puas bila baca buku Denaihati ni…banyak sangat ilmu yang aq dapat bro bila baca buku ni…buku wajib ada bagi setiap blogger.. :D

Reply

Alynn March 23, 2014 at 8:57 am

wah..ade buku rupanya..menarik..mana nak dapat buku tu erk..

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }