Dinner Bersama Team Denaihati!

Assalamua’laikum.

Dinner bersama team Denaihati. Alhamdulillah. Syukur sangat sebab dijemput ke dinner malam tadi. Bukan senang nak jumpa bertentang mata dengan blogger-blogger beraura positif.

Sesi makan-makan ni bertempat di Hotel Hilton PJ. Cerita banyak pun tak berapa nak best, ambe tunjukkan beberapa keping gambar untuk tatapan korang semua. Moga lepas ni, ada peluang korang pula dijemput untuk dinner bersama Best Micro Blog 2014 dan team denaihati!

Gambar dinner bersama Team Denaihati

Antara blogger yang mai malam tadi selain Tuan Amir Denaihati ialah foodblogger paling hot abad ini bro Hazman Fadzil, bro Kid, bro Anarm, bro Eizil, bro Melastik Bintang yang baru membuat kemunculan dalam Majalah Pa&Ma, Kak Jie dan suami tercinta, Kak Siti ditemani dayang-dayangnya, sis Nanie Isa yang memang sporting, bro Ariff Shah, bro Nazlan Nasir, broFramestone ditemani isteri & anaknya, Mr.Kay big bos Apesal, tauke Lagenda Otak-otak bro Tengku Shukri yang dah kembali sihat.

Alhamdulillah. Mereka semua ni memang sempoi dan tak lokek ilmu. Tinggal kita rajin bertanya jer!

denaihati network
Team Denaihati memang terbaik!
food blogger hazman fadzil
Ngeteh secara berjemaah memang best!
best micro blog 2014
Lawan mata. Sape kelip dulu..dia kena belanja….hehe

Paling ambe ingat pastinya bila dapat mendengar sendiri Tuan Amir berkongsi pengalaman semasa menjejak kaki ke bumi Anbiya’, Palestin.

Sungguh, tentera zionis Yahudi sentiasa cari peluang untuk menghina, menekan, menyeksa mental dan fizikal rakyat Palestin. Mereka sangka merekalah manusia terbaik hingga memandang orang lain serendah-rendahnya.

Pengalaman salah sorang rakan Tuan Amir yang sengaja ditahan tanpa apa-apa sebab selama 4 jam menceritakan betapa zionis Yahudi sentiasa cari peluang untuk menekan sesiapa sahaja yang ingin berkunjung ke Kota Suci Baitulmuqaddis.

“Yahudi sanggup membayar USD100k untuk dikebumikan berhampiran dengan kota Juruselam” – Petikan artikel ini: Jejak-jejak Rasul di Bumi Palestin

Akhirnya. Terima kasih tak terhingga kepada Tuan Amir dan team denaihati yang sudi jemput ambe malam tadi. Memang sungguh-sungguh menyuntik motivasi! Terima kasih semua.

@hafizmd – Ada lagi beberapa keping gambar, boleh terus ke facebook Denaihati Network/instagram ambe @hafizmd83.