Belanja kahwin. Kenapa sampai membazir?

harapan kebaikan keburukan kahwin muda masih belajar

Assalamua’laikum.

Belanja kahwin. 2 suku kata jer, tapi boleh menyebabkan mana-mana lelaki kacak mahupun tak berapa kacak mengalami sindrom tak boleh tidur. Makin dekat hari nak majlis, muka pengantin makin suram dan kadang-kadang bertukar seram. Mana taknya, macam-macam belanja yang si lelaki/wanita tadi fikir. Dari hantaran kahwin yang cecah 12 dulang, hinggalah duit minyak kereta dan juga tol rasmi dan tol tak rasmi. Mau pitam korangkan? Sudahlah majlis bertunang boleh tahan, inikan pulak majlis kahwin.

Maka, aku hairan. Kenapa perlu membazir untuk kahwin? bini muda

Membazir? Serius. Soalan aku bukan provokasi tapi realiti. Hari ni, kalau korang ada RM12K, jangan mimpi lebih-lebih lagi untuk kahwin. Ok. Aku ambil contoh komen Puan Norasikin ni dalam entri: Kahwin-Kemampuan atau Kempunan;

“Kalau termasuk pelamin, mak andam, baju pengantin, bilik pengantin, dulang2 hantaran, maunya lebih 20,000. Anak dah sekolah, hutang tak abis bayo” – Puan Norasikin (Guru Masakan)

RM20,000. Murah atau mahal? Bagi aku, ia masih dalam kategori membebankan. Itu belum lagi masuk kos jurugambar. Lagi satu benda yang menghairankan aku. Kalau takde jurugambar, tak boleh kahwin ke? Bolehkan? Sebab tu aku cakap soalan aku tu realiti bukan provokasi. Sebabnya, apa saja perbuatan samada pengurusan mahupun pekerjaan yang merugikan, ianya adalah pembaziran.

Maka, bagi aku, apa saja belanja yang melampau-lampau untuk urusan sebuah perkahwinan adalah PEMBAZIRAN melainkan kalau tak beli@buat, tak sah rukun nikahnya. Bagi aku juga, sebuah perkahwinan bukan sebuah medan pertunjukan kemewahan (ataupun medan nak tunjuk bini kat atas pelamin) dan prestij. Pendapat aku ni turut disokong oleh komen ini;

“Aku nak nasihatkan. Lelaki – berjimat dan simpan duit. Perempuan – jangan menyusahkan bakal suami sendiri. Mertua – jangan membebankan bakal menantu dan anak sendiri. Semua – jangan nak berlagak kenduri kawin, lebih baik simpan duit untuk anak dan cucu. Permudahkan urusan kawin” – Encik Tehramuan (Cikgu & Blogger )

Tapi, akan ada juga antara kita yang bernada lain. Ada yang fikir, duit dia, suka hatilah nak buat apa. Nak beli apa. Penat kumpul bertahun-tahun untuk sebuah majlis bertaraf 4-5 bintang. Tak aku nafikan, ada yang berfikir, kahwin hanya sekali. Alang-alang kahwin, biar puas hati. Betul ke pemikiran sebegini?

Aku tak berani nak kata betul, tapi aku berani kata Islam itu mementingkan kesederhanaan. Aku tinggalkan korang, wahai lelaki-lelaki kacak dan wanita-wanita anggun dengan soalan-soalan ini untuk sebuah entri: Belanja kahwin. Kenapa sampai membazir?

1. Apakah dengan membeli/menyewa baju pengantin sampai 5 pasang (dari tema Melayu, Jawa, Arab, India, Cina) itu lambang kesederhanaan?

2. Apakah dengan mengupah jurugambar profesional untuk sesi bertunang, akad nikah, sesi outdoor, dalam bilik atas pokok itu lambang kesederhanaan?

3. Apakah dengan majlis bersanding di atas pelamin yang kosnya beribu itu juga lambang kesederhanaan?

4. Apakah dengan adanya DJ yang ghairah memasang lagu tanpa henti itu juga lambang kesederhanaan?

Repekan ni sekadar pendapat peribadi dan mungkin ada yang tak puas hati. Kalau ada, silakan. Aku tau, ramai lagi yang belum kahwin dan berkira-kira bila tarikhnya. Aku tahu korang mungkin pening nak puaskan hati semua orang. Jangan pening-pening. Baca dulu Firman Allah dalam Surah al-Isra’ ayat 26 ni;

“Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang-orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau”

Oh! Ini mungkin salah satu sebab kenapa ramai lagi lelaki kacak lambat kahwin. Korang acu cuba try test entri ni: Lelaki vs wanita – Siapa kahwin awal?

@hafizmd – Ada lelaki kacak mana entah cakap, kalau kita tak punya mimpi, bagaimana mahu membina jalan realiti?