Apa Ubat Pencegahan Terbaik?

- 18 June 2013. Updated 9 February 2019Bicara santai

Assalamua’alaikum.

Apa Ubat Pencegahan Terbaik? Apa jawapan anda kalau ditanya soalan ni? Kita biasa dengar tentang pepatah glamer sepanjang zaman, “mencegah lebih baik dari merawat.” Pepatah ni untuk elak kita menjadi seperti pepatah ini, “sudah terhantuk baru terngadah.” Betul tak? Jadi, apa ubat pencegahan yang paling super best? Jomlah layan entri pendek ambe ni sambil sama-sama kita fikir dan cuba hadam mana yang baik :P

Macam mana nak mencegah?

Setiap benda ada asasnya. Jadi kalau kita tahu asasnya, semuanya jadi mudah. Macam nak kendali mesin, kena ada SOP (standard operation procedure). Bukan setakat ada, tapi nak kena FAHAM. Iya, ubat terbaik pencegahan ialah FAHAM.

Bila kita faham, semuanya jadi senang untuk diikut dan dilaksana. Yang menjadi masalah ialah kita tak faham dan takde usaha untuk memahami. Apatah lagi saling memahami? Tak rugi ke kita?

ubat mencegah penyakit sosial

Ambe sempat baca entri terkini Blogger Kak Akma Omar tentang Kes Perceraian Di Malaysia. Gi baca untuk ambil iktibar dan buat sempadan.

Antara sebab berlaku perceraian ialah sudah hilang rasa saling memahami. Dah tak boleh nak terima kekurangan dan saling menampung lompang kekurangan pasangan. Paling sedih bila ada suami yang tinggalkan isteri bergantung tak bertali. Suami yang tak faham hak sebenar seorang isteri bakal menyebabkan isteri menjadi seperti istilah “isteri bukan, janda pun bukan.”

Jomlah kita pakat sama-sama belajar untuk FAHAM dan kalau tak faham, kenalah berusaha untuk bertanya sebab kunci ilmu ialah TANYA.

@hafizmd – Apa Ubat Pencegahan Terbaik? Sakit kepala jugak bila ada manusia yang buat-buat tak faham!

{ 42 comments… read them below or add one }

Hafizul June 18, 2013 at 12:55 pm

Emm dah baca dah dekat blog akma..hehe..mintak jauh lah dari kes penceraian ni..dalam rumah tangga, bab faham memahami ni jugak amat penting..emm bila dah tak sefaham, memang macam2 lah jadinya..aikk kenapalah kereta tu rosak mcm tu..siapa punya kerja ni..haha

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 1:06 pm

Wanau’zubillah
Kalau dah tak kena, macam2 alasan yg dicari

sape lagi, si kakaklah…hehehe

Reply

Hafizul June 22, 2013 at 9:03 pm

Mak aiii..ganas jugak kak tu ye..haha

Reply

akubiomed June 18, 2013 at 1:14 pm

Kalau buat-buat tak faham lagi haru.

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 1:05 pm

itu lagi payah

Reply

hafiz June 18, 2013 at 3:52 pm

memang kena faham, barulah boleh melaksana..

Reply

saimi June 18, 2013 at 4:10 pm

Belum terjah lagi blog akma omar. Dulu masa kerja kilang pun pakai SOP bila repair mesin.

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 1:02 pm

silakan…
bab sop kat kilang, mmg penting sangat

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 1:02 pm

betul tu..kalau tak, lain jadinya

Reply

Datin Tyka June 18, 2013 at 4:22 pm

kalau DT takyah cegah cegah ni… rezeki anak ramai tak kisah…heeee

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 1:02 pm

hahahahhahahaa…bab anak, lain citer..kena faham betul2

Reply

Datin Tyka June 24, 2013 at 9:13 am

Oh lain eh cerita nya. Hahaha.

Reply

Hairul Hissam June 18, 2013 at 8:28 pm

Kena banyak bersabar dalam berumahtangga nie….
dan sentiasa kena ingat yg iblis syaitan 24jam menghasut kita utk bergaduh antara suami isteri…. diaorg hasut suami.. diaorang juga hasut isteri.. diaorg juga yg hasut anak2…. Skill menghasut diaorg pun mmg power. yelah dari zaman adam sampai skrg tak mati2…..

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 1:04 pm

Betul tu…masuk jer rumah..setan dah siap sedia dgn macam2 senjata nak rosakkan rumahtangga kita…moga kita dilindungi Allah jua…ameen

Reply

UmmiKami June 18, 2013 at 8:34 pm

Assalamu’alaikum Hafiz… :)

Setiap penyakit sudah tentu ada ubatnya, biar faham dan jelas apa penyakitnya….insyaAllah setiap perkara ada jalannya… :D

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 1:01 pm

Waa’laikumussalam.
Betul tu Ummi. Semuanya ada ubat kecuali mati

Reply

Mama Murai June 19, 2013 at 12:05 am

Nak faham tapi kadang-kadang pemahaman kita akan lari daripada kefahaman yang lain. Nak faham juga tapi tidak semua apa yang kita faham akan menuju ke jalan yang sama. Tak faham pun bagus juga, kadang-kadang terus kepada jalan yang tidak pernah kita ketahui, tapi sebenarnya itulah yang terbaik buat kita. :)

Pencegahan terbaik dekat kepada sang Pencipta. Apa yang diberikan oleh-Nya adalah anugerah, tak kisahlah buruk atau baik, ianya pasti bersebab dan terbaik buat kita.

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 1:01 pm

Mmg byk faham =)

Faham aturan Allah pasti selamat..thanks mama murai

Reply

AkmaOmar June 19, 2013 at 1:13 am

Kadang kita faham tetapi buat-buat tak faham atau sengaja taknak faham. Ada alasan juga kadang-kadang kita tahu sesuatu hal atau benda tu tapi bila terlalu tahu boleh jadi beban juga.

Semua atas bahu kita dan orang terlalu mengharap kepada kita tanpa diaorang berusaha nak faham. Pada saya walau kita tahu dan faham sesuatu perkara atau benda itu sebaiknya bersederhana sahaja..berbelit2 nak faham dah hahaha

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 1:00 pm

mmg nak kena baca betul2…kalau tak, mmg tak faham…hahahhaaha

p/s-bila serba tahu, ramai jugak yg ambil kesempatan =)

Reply

kakiblog June 19, 2013 at 4:51 am

ramai yang faham..tapi lebih ramai lagi buat-buat tak faham.Itulah ego manusia yang perlu untuk dilupuskan.

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 12:59 pm

ego manusia mmg payah nak benam

Reply

titan June 19, 2013 at 7:06 am

banyak-banyakkan makan cendol.

“Sesungguhnya, suami isteri yang selalu makan cendol..jarang bercerai..” – Encik Titan.

Haha..

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 12:59 pm

hahahhaha…betul jugak tu. sambil makan cendol, sambil sembang pasal cendol….fuuuh! nikmatnya

Reply

fyna June 19, 2013 at 10:16 am

kena betul2 faham nih…

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 12:59 pm

betul tu…dah faham baguslah

Reply

Myra Jay June 19, 2013 at 12:07 pm

Ok Baikkk…

Saya FAHAM..heheee ;)

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 12:58 pm

hehee…bagus2

Reply

MK Kimi June 19, 2013 at 5:03 pm

bagi saya, kunci segala permasalah dpt diubah jika kita “ubah mentaliti”. Erti kata lain, ubah sikap. Segalanya berpunca dari sikap.

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 12:52 pm

tepat sekali…jgn kita nak ubah orang, tp ubah diri sendiri =)

Reply

Ismail N June 19, 2013 at 8:35 pm

Bab kawin ni memang complicated sikit. Bukan senang nak kekalkan persefahaman dan kemesraan utk tempoh jangka masa yang lama. Adakala ketidakserasian tu cuma disedari lepas kawin. Masa bercinta..hmm ok sahaja semua.
Apa-apa yg penting bila dah jadi suami isteri yg sah, bagi sahaja lah terbaik untuk keluarga. Ingat tanggungjawap dan ingat kewajipan.

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 12:51 pm

Betul tu. Contoh macam yg sis akma omar cerita dalam entri ni…dah kahwin hampir 50 tahun pun, akhirnya ada plak rasa tak sefahaman…

Nasihat terbaik ni…thanks bro!

Reply

TehR June 20, 2013 at 12:59 am

tak boleh terlampau ikut hati dan perasaan
kena ikut peraturan
moga2 aman selamanya

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 12:47 pm

itu yg sepatutnya..
terima kasih cikgu

Reply

KiD June 20, 2013 at 7:11 am

tu laaa bro.. dah baca kat blog kak akma tu.. kena cegah.. kena rawat.. sebalum terlambat..

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 12:46 pm

ramai yg dah terlambat baru nak rawat..payah sikitlah

Reply

suri June 21, 2013 at 9:51 am

eh mana roda depan tu dah jadi makanan anak-anak ker?

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 12:24 pm

keh3..dah kena buang

Reply

suri June 21, 2013 at 9:56 am

lebih selesa terima masalah orang luar simpan dalam kocek sendri. ada byk sebab ada pula tak rela.

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 12:23 pm

Gitulah bagus. Adakalanya simpan lebih baik

Reply

suri June 21, 2013 at 9:57 am

kes dera satu hal. kes buang anak, kes samun semua ada banyak kes itu belum masuk kes2 pecah amnah, eknomi bagai…kata orang selak satu cerita semua cerita kita blh sebarkan…

dunia2.. tak akan pernah berhenti dengan pelbagai masalah

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 12:23 pm

selagi manusia tak reti urus tadbir dunia sebetul2nya

Reply

Leave a Comment