SUKMA XVI Pentas Atlet Muda Asah Taring!

Assalamua’laikum.
Sukan Malaysia (SUKMA) XVI 28 Jun – 7 Julai 2013. SUKMA. Pentas atlet muda asah skill masing-masing dan tempat mengaut sebanyak mana pengalaman berharga. SUKMA antara tempat paling strategik untuk lahirkan lebih ramai pemain bertaraf antarabangsa. Serius, jika atlet SUKMA yang berbakat besar tak terlepas pandang, ambe yakin kita bakal ada limpahan pemain bintang!
Venue Sukan Malaysia XVI 2013
SUKMA yang pertama kali diadakan pada tahun 1986 kini sudah menjadi medan terbaik mencari pemain pelapis pelbagai disiplin sukan. Antaranya bola sepak pantai, futsal, ping pong, ragbi, judo dan lawan pedang. Ini antara sukan yang belum lagi mekar harum di mata peminat sukan Malaysia, tapi ambe yakin YB KJ mampu menerbitkan sinar baru buat pemain pelapis negara.
Andai berkelapangan, jom kita sama-sama memberi sokongan kepada pemain muda negara yang mewakili negeri masing-masing beraksi di serata venue di Lembah Klang. Antaranya;
- Gelanggang Bola Sepak Pantai MDKL, Pantai Morib Banting – Bola sepak pantai
- Gelanggang Bola Tampar Pantai Seksyen 19, Shah Alam – Bola tampar pantai
- Dewan Bola Tampar Seksyen 4 & 19 Shah Alam – Bola tampar dewan
- South City Plaza, Seri Kembangan – Bina badan & Muay Thai
- Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5 – Ekuestrian
- Universiti Putra Malaysia – Ragbi & Sofbol
Ayuh atlet muda Malaysia, bersukanlah penuh semangat kesukanan. Pentas SUKMA pasti menjadi langkahan, kayuhan, hayunan terbaik untuk ke Sukan SEA.
Selamat berjaya khas buat Kontinjen Terengganu!
@hafizmd – SUKMA XVI 2013. Berita lanjut keputusan terkini rujuk laman INI.
memanah kompem kat AU Keramat kot..takpun Bukit Jalil ye..bosan dah SUKMA ni..teringat masa SUKMA Sabah dulu..bestnya..:P
Sudah dekat dengan rumah orang tua saya.
ab bolehlah pergi kita juga yang jauh huhu..
dewan bola tampar sek 4 tu dekat rumah DT je.. nanti bole tengok yang hensem la…
cit.lain pula kisahnya cik dt ini..isyh..harp tersangkutlah ya
Aku pun rase KJ sesuai untuk menteri belia dan sukan nie. Seharusnya persatuan sukan kat Malaysia nie tak pentingkan diri sendiri. Aku tengok ade yang nak sangat dapat name. Sebab tue la kalau atlet tue tak sebulu dengan pengurusan, sah sah persatuan tersebut ban atlet tue.
Biar la atlet buat keputusan yang baik asal beliau dapat harumkan name negara. Bukannya harumkan name persatuan.
Hehe..terbaik..habis bola sukan ni pulak…Sejujurnya saya suka dengan aturan YB KJ..bukan ketua jabatan yer..hahaha
pasukan mana ada harapan menang tahun ni?
KJ terbaik…Rembau Most Wanted…:)
hehe minat dengan lagu rembau most wanted ni.
rumah KJ kena rompak semalan.
Betul ke ni bro???
betul bro, cuma biliknya di geledah. masa tu org gaji je kat rumah. beberapa labtop hilang. motif politik k??
xde live atau laporan kat TV ke eh?..
kat astro ade live
rtm belum check lagi..hehe
Satu berita yang enak untuk didengar setelah beberapa kemorosotan dan skandal doping yang berlaku.
Majulah sukan unutk negara
memang wajib dilakukan untuk tempat unjuk gigi bagi atlit muda
sukan juga satu kerjaya yg amat cerah…
mmg boleh jadi jutawan bagi atlet yg berjaya..
Sukan baik untuk kesihatan.
Selalulah bersukan. Tak pandain main bola. Berlari / berjogging sudah memadai.
Harap2 lebih ramai bintang dapat dicungkil kali ni…
Sukma tetap jadi medan terbaik untuk menghasilkan jaguh sukan baharu! 😀
Harap jaguh baharu tak hilang selepas SUKMA