Peluang Terakhir Selamatkan Piala Liga Super!

Assalamua’laikum.
Keputusan terkini:Lions XII [4] vs Felda United [0] 2 Julai. Lions masih belum pernah kalah di tempat sendiri. Cukup mengkagumkan? Terpulang pada pendapat masing-masing. Apapun, malam ni adalah peluang terakhir pasukan Malaysia, Felda United untuk sekat kejuaraan awal Lions XII ‘merampas’ Piala Liga Super untuk dibawa menyeberang Tambak Johor. Pasti perit dan kecewa buat pasukan negeri dan pastinya peminat bola sepak Malaysia!
Siaran langsung & live streaming Liga Super 2 Julai
- Siaran langsung di Astro Arena: N. Sembilan vs Johor DT
- Live streaming: Lions XII vs Felda United |channel 13| & N.Sembilan vs Johor DT |channel 15|
Apakah mimpi ngeri akan berlaku malam ni? Ambe secara peribadi melihat jika Piala Liga Super berjaya menjadi milik Lions XII, ini maknanya kegagalan secara total buat pasukan-pasukan negeri.
Jika dilihat kepada taktikal dan tahap disiplin pemain Lions XII, ambe tak nafikan mereka memang lebih baik berbanding ramai pemain kita. Mutu hantaran dan disiplin bertahan memang cukup baik. Kadang-kadang terfikir juga, kenapa setiap tahun mutu persembahan pasukan kebangsaan Singapura semakin meningkat, tapi tidak begitu ketara pada pasukan Harimau Malaya. Ambe harap, penilaian ambe ni silap!
Jadual perlawanan lain 2 Julai;
Kemaskini:
Bagai terasa seperti dirobek-robek bila piala Liga Super berjaya dimiliki Lions XII. Tahniah Lions. Harap FAM, persatuan bola sepak negeri, pemain bola sepak Malaysia lebih berusaha bersungguh-sungguh menaikkan prestasi masing-masing. Kalau tak, penyokong pun boleh lari!
@hafizmd – Juara Liga Super 2013 Milik Pasukan Lions XII. Tiada keajaiban berlaku!
aku harap felda united menang besar. JDT kalah dan Selangor menang. Haha..
aku harap paling cikai seri..kalau tak…selamat tinggal..adeh
selangor aku tak kisah menang kalah…haahahha
waaa.. sudah kalaaa…
LION XII YANG MENANG BESAR PULAK
elah mula ar nak gaduh2 komen tu heee
@OL, sedih tgk game tu
@titan, malam esok game best selangor vs johor dt
insyaAllah Selangor menang sebab tadi singgah jap stadium dah sembuh sembuh padang tu.. hahaha
hahaha…habislah pemain n sembilan…tak berapa nak nampak bola…hehhee
Semoga yang menang nanti tim yang anda dukung
Semangat…
semangat kesukanan ttp diutamakan =)
harap piala ni bukan milik singapore…malu nt..
harapnya camtulah…tinggal felda united jer sekat malam ni
mana nak letak muka nie bro…. malu 1 M’sia…
balik rumah duduk sana diam diam hee..apa nak malu bukan kita buat salah huuu
adeh…tak tau ambe…malu mmg malu
tp itulah kenyataan pahit utk musim ni
Harap membuka mata FAM.. team bola kat Malaysia masih ketinggalan… dengan Singaporre.. adehh.. sad but true…
betul tu bro..sedih tp itulah kenyataanya…
tgk saje cara pemain lions kawal bola, buat hantaran dan susun gerakan…cukup kemas, berdisiplin
Dan xdapat diselamatkan.. hakikatnya.. mental pemain malaysia patut kena ubah.. kena tingkatkan tahap profesionalisme.. teknik bnyk yg bgus.. tp terkadang sikap yang menjadikan mereka lemah..
Disiplin. Betul tu bro. Ramai lg yg nampak pro tp kurang disiplin.
Ambe respek pada Shahril Ishak. Jrang tgk dia melatah atas padang
Emm hebat..patutlah letak nama singa..haha..tahniah buat pasukan yang menang tu..yang kalah berusaha lagi yer…hehe
huhuh…tahun depan leh cuba lagi
JDT dah maintain,sabtu ni boleh la kalahkan selangor,Luaskan Kuasamu Johor 🙂
hohoho…sengit game ni nanti…slot utk ke piala AFC
Walaupun piala sudah menyebarang ke Singapura.. tapi harap semangat pemain2 Malaysia tak akan pudar..
Pasti ramai pemain kecewa terutama bila bermain di padang lions XII
bye bye piala liga super
huhu
tak tahu musim depan dapat rampas ke tak
Lions XII terlalu kebal untuk dikalahkan. Harap tahun depan pasukan dari Malaysia dapat tingkatkan prestasi dalam liga super. Takkan nak harapkan JDT je..
Mmg cukup kebal di gelanggang sendiri
AKhirnya, team2 Malaysia tak leh lawan 1 team import. “Sayur” sangat ke team kita ni 🙂
Sayur tu taklah, tapi…..