Bagus sangat ke penyedia hosting tempatan?

Barangkali ramai yang masih tak tahu, untuk kita mempunyai ‘self hosted’ blog, macam blog Kak Jie @ blog Rohaizad @ macam blog isteri saya ni, kita perlu ada beberapa perkara seperti nama domain, hosting dan juga sistem wordpress. Kalau ada saja 3 perkara ni, kiranya boleh ‘on’la blog kita. Nampak mudah kan? Sebenarnya ada bahagian yang nampak mudah, tapi kalau tidak diteliti dengan baik dan tidak ada persediaan yang bagus, mungkin boleh menyebabkan kita pening kepala sepanjang hari atau rasa seperti “nak bakar” saja. Mungkin apa yang dikongsikan selepas ini mampu memberi sedikit ‘hint’ kepada mereka yang dah pasang niat untuk memiliki blog dot com sendiri. Bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”.

Apa anda rasa bila ada ‘statement’ macam ni kena atas batang hidung anda sendiri?

“Kalau tak berpuas hati dengan perkhidmatan kami, anda boleh kemas barang-barang dan pergi cari perkhidmatan lain!”

Amboi, cantik sungguh bahasa dan tatabahasanya. Inilah realitinya kalau kita tersilap memilih penyedia hosting. Perkara ini saya bawakan khas secara langsung dari blog Saudara Nuaeman. Ini yang beliau sendiri pernah alami. Setakat ini, saya belum lagi mengalami apa-apa masalah besar berkaitan hosting. Masalah kecil-kecilan tu biasala, kalau ‘server down’ dua tiga jam, kira masih okey lagi. Lagipun penyedia hosting yang berkaliber sudah pasti memaklumkan perkara ini terlebih dulu. Tindakan ini banyak membantu kita, bukan saja kita sebagai pelanggan tidak sakit hati malahan terasa dihargai sebagai pelanggan. Hati pelanggan mesti kena jaga kalau mahu bertahan lama. Betul tak?

Penyedia hosting yang jenis macam mana kita perlu pertimbangkan? Buat masa ini, saya selesa menggunakan khidmat JomHosting.net. Blog ini sudah semestinya tajaan percuma selama setahun dari JomHosting selepas  saya menang pertandingan teka komen di Blog Rohaizad. Ada beberapa lagi blog yang saya ‘host’kan kepada JomHosting ini. Bagi saya, servis yang disediakan oleh JomHosting cukup cemerlang dengan tawaran pakej yang cukup mengujakan. Mana tidaknya, hanya serendah RM45, kita sudah mampu memiliki blog dot com sendiri.

Memilih penyedia hosting bagi saya bukan suatu perkara yang remeh tapi cukup penting supaya kita tidak sakit kepala mahupun sakit hati di kemudian hari.  Kita perlu buat serba sedikit ‘home work’. Bagaimana? Rajin-rajinkanlah jari-jemari kita yang mulus untuk bertanya kepada ‘Uncle Google’. InsyaAllah, banyak perkara yang boleh kita ambil sebagai asas kayu ukur untuk memilih penyedia hosting yang terbaik. Saya mampu senaraikan beberapa kriteria yang perlu ada untuk memilih penyedia hosting (berdasarkan pengalaman saya menggunakan JomHosting.net);

  1. Kestabilan ‘server’ – kalau tiap-tiap minggu asyik down saja, silap haribulan, kita yang down..adehh
  2. Servis ‘after’ sale – kalau ada masalah, penyedia hosting mesti pantas memaklumkaan kepada pelanggan. Bukan biarkan pelanggan tertunggu-tunggu macam tunggul, “kenapalah blog aku tak boleh bukak nie..” mau sakit jiwa pelanggan tu..
  3. Biarlah mahal sikit tapi puas hati – ala, macam pepatah “alah membeli, menang memakai”..dah alang-alang beli, belilah dari mereka yang dipercayai kredibilitinya.
  4. Sebagai contoh;
  5. servis jomhosting Mudah untuk berhubung dengan penyedia hosting – kalau melalui emel tak boleh, biarla ada medium lain seperti YM, Skype, mahupun Facebook.
  6. Pakej yang ditawarkan – kalau boleh, cuba kita bandingkan dulu dengan penyedia hosting yang lain sebelum membuat keputusan.

Itu antara apa yang saya boleh senaraikan. Ada banyak lagi tapi saya masih mentah dan muda dalam hal-hal sebegini. Mungkin anda lebih tahu, lebih petai otai dan pernah mengalami pahit manis bersama penyedia hosting anda. Kongsikanlah yer..terima kasih.

® hafizmd – Adakah zaman sekarang, masih boleh pakai istilah “customer is always right”?ermm..

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.