Adakah pepatah “pelanggan sentiasa betul” masih relevan?

Assalamua’laikum.

Lama sungguh tak bersiaran. Maklumlah, 2-3 hari ni sibuk bebenor melayan karenah blog yang satu ni. Sekejap tak boleh buka, sekejap hilang script itu, sekejap hilang pula script ini. Mana tak sibuknya. Nasib baik tak jadi macam tikus membaiki labu. Kalau tidak, memang lambat lagilah blog ini kembali bersiaran.

Dalam aku perasan sibuk layan karenah blog ini, macam-macam terlintas kat kepala ni sebab musabbab blog ni alami masalah yang aku rasa agak pelik (bagi seorang amatur seperti aku, menggodek apa saja memang rasa pelik…hahahaha).

Antaranya sebab musabbab yang terlintas ialah;

  1. WordPress 3.2 yang masih belum stabil sepenuhnya
  2. Masalah plugin yang tak sesuai dengan wp 3.2
  3. Apakah blog aku kena serangan malware?
  4. Server tempat aku ‘parking’ tak up to date?

Habis ikhtiar diusahakan, akhirnya pada hari Sabtu lepas, blog langsung tak boleh dibuka. Aku dah hilang punca. Puas ditanya pada Atuk Google, tapi macam-macam yang dijawabnya sampai biru mata hitamku…

Sebagai jurus terakhir, aku terus berhubung dengan penyedia hosting iaitu pihak JomHosting. Mengharap belas ihsan mereka untuk mengenalpasti dan membaik pulih. Tak sampai 2 jam, blog kembali pulih! Memang cekap dan pantas servis pihak JomHosting.

Pihak JomHosting ada memberi jurus ‘nasihat’ beberapa jam sebelum aku melancarkan jurus terakhir iaitu;

Ini biasanya bermasalah kerana theme tidak sesuai dengan wp 3.2 yang ini. Sila tukarkan kepada theme standard dahulu dan tukar ke theme yang support wp 3.2

hadoi….aku terlupa satu sebab yang lain iaitu theme yang aku guna mungkin tidak sesuai dengan wp 3.2!

Aku ingat theme flexibility yang aku guna selama ni sesuai sepanjang zaman untuk sebarang versi wp. Rupanya mungkin tidak.

Kesimpulan:

  1. Jawapan bagi tajuk entri ini: Pelanggan tak selalunya betul! dan kadang-kadang sudah tak relevan. Setuju tak?
  2. Carilah penyedia hosting yang berkredibiliti: Contohnya JomHosting. Hosting anda?
  3. Sila buat sedikit kerja rumah untuk pilih penyedia hosting: Boleh baca artikel ini – Bagus sangat ke penyedia hosting tempatan?
  4. Aku dah tukar theme lain.

® hafizmd – theme flexibility antara yang paling lama bertahan….