Adakah pepatah “pelanggan sentiasa betul” masih relevan?

Assalamua’laikum.

Lama sungguh tak bersiaran. Maklumlah, 2-3 hari ni sibuk bebenor melayan karenah blog yang satu ni. Sekejap tak boleh buka, sekejap hilang script itu, sekejap hilang pula script ini. Mana tak sibuknya. Nasib baik tak jadi macam tikus membaiki labu. Kalau tidak, memang lambat lagilah blog ini kembali bersiaran.

Dalam aku perasan sibuk layan karenah blog ini, macam-macam terlintas kat kepala ni sebab musabbab blog ni alami masalah yang aku rasa agak pelik (bagi seorang amatur seperti aku, menggodek apa saja memang rasa pelik…hahahaha).

Antaranya sebab musabbab yang terlintas ialah;

Continue reading “Adakah pepatah “pelanggan sentiasa betul” masih relevan?”

Bagus sangat ke penyedia hosting tempatan?

Barangkali ramai yang masih tak tahu, untuk kita mempunyai ‘self hosted’ blog, macam blog Kak Jie @ blog Rohaizad @ macam blog isteri saya ni, kita perlu ada beberapa perkara seperti nama domain, hosting dan juga sistem wordpress. Kalau ada saja 3 perkara ni, kiranya boleh ‘on’la blog kita. Nampak mudah kan? Sebenarnya ada bahagian yang nampak mudah, tapi kalau tidak diteliti dengan baik dan tidak ada persediaan yang bagus, mungkin boleh menyebabkan kita pening kepala sepanjang hari atau rasa seperti “nak bakar” saja. Mungkin apa yang dikongsikan selepas ini mampu memberi sedikit ‘hint’ kepada mereka yang dah pasang niat untuk memiliki blog dot com sendiri. Bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”.

Apa anda rasa bila ada ‘statement’ macam ni kena atas batang hidung anda sendiri?

Continue reading “Bagus sangat ke penyedia hosting tempatan?”