Bagaimana Menjadi Suami Idaman?

Assalamua’laikum.
Suami Idaman. Payah ke nak jadi suami idaman seorang isteri? Perlukah seorang suami berbadan berketak-ketak 6 petak untuk menjadi suami yang dibanggai oleh isteri? Atau seorang suami perlu pandai memasak 100 jenis lauk pauk untuk menawan kalbu seorang isteri? Atau si suami wajib sediakan sebuah kereta Proton Suprima S Premium dan sebuah rumah teres corner lot untuk isteri dalam usaha meraih kebahagiaan berumahtangga?
Menjadi Suami Idaman?
Serius, susah sebenarnya melaksanakan misi menjadi seorang suami idaman andai kita selalu tewas dengan pujuk rayu bisikan syaitan yang tak pernah putus asa merosakkan hubungan suami isteri. Ada saja yang tak kena di mata seorang suami mahupun seorang isteri. Masak telur dadar terlebih masin pun, kadang-kadang boleh menaikkan amarah seorang suami yang mudah hilang kesabaran dan pertimbangan.
Bagaimana caranya seorang lelaki boleh menjadi seorang suami idaman kepada isterinya? Jom kita pakat perbaiki diri untuk menjadi seorang suami yang lebih baik. InsyaAllah, baik diri kita, baiklah rumahtangga kita. Ameen.
1. Ego suami biar bertempat. Lelaki dan ego memang susah nak dipisahkan. Lumrah, lelaki liat bab-bab meminta maaf. Mereka rasa lemah jika mengaku kesilapan mereka. Di sinilah pentingnya kebijaksaan seorang suami. Hanya suami yang bijak akan berjaya! Bila bergaduh, jika isteri memang jenis suka dipujuk (biasanya isteri memang suka dipujuk-pujuk), suami perlulah memulakan langkah pertama bertindak memujuk. Isteri fitrahnya suka dipujuk, dibelai dan dimanjai. Gunakanlah elemen-elemen ini untuk menjernihkan keadaan. Kalau tak reti berkata-kata, keluar sekejap, pergi beli coklat untuk isteri tanda suami berusaha memujuk. Usaha itu penting!
2. Tambah ilmu tentang wanita. Lelaki dan wanita memang 100% berbeza secara fizikal, mental dan minat masing-masing. Ilmu menawan hati wanita memang perlu dipelajari. Suami kadang-kadang banyak kali terlepas pandang. Isteri dah 2-3 sebut pasal durian. Suami buat tak tahu jer. Buat-buat tak dengar. Apa salahnya, balik kerja nanti, belikan 3 biji durian untuk isteri. Suprise gitu! Begitulah juga perlunya suami memahami perubahan bentuk isteri selepas bersalin 5 anak. Takkan nak harap bentuk badan masih tip top macam takde anak? Suami pun dah bonyot, rambut gugur. Agak-agaklah…
3. Menawan emosi isteri. Memang payah untuk kita mengubah kebiasaan seseorang tapi lebih mudah kita berusaha untuk ubah diri sendiri. Jika sebelum ni kita jarang pakai perfume sebelum tidur, pakailah sikit. Kasi wangi ketiak tu. Barulah kembang kempis hidung isteri punya suami yang sentiasa wangi. Ini tak. Balik main badminton, dengan peluh masih tak kering…sedap-sedap baring atas tilam. Isteri mana tak tarik muka. Percayalah! Isteri memang suka yang wangi-wangi.
4. Gunakan kelebihan akal yang diberi. Lelaki biasanya memang suka dan bangga dengan fakta yang mereka dikurniakan dengan ‘9 akal 1 nafsu.’ Maka, ada bagusnya gunakanlah akal yang 9 itu dengan penuh kelicikan dan bijak untuk mengawal nafsu yang 1. Wanita yang dibekalkan kekayaan emosi memang akan cair akhirnya dengan pujuk rayu seorang suami. Jangan asyik ingat nafsu yang 1 saja. Pandai-pandailah guna untuk kebaikan rumahtangga!
5. Tahu dan tunaikan hak-hak isteri sebaiknya. Paling terkejut sekarang ialah kes seorang suami yang ‘mengajar’ isterinya di dalam lif. Cukup menyedihkan! Inikah hak sebenar yang wajar diterima oleh seorang isteri? Waima si isteri berbuat salah sebesar gunung sekalipun, itu bukan jalannya! Allah telah sediakan jalan yang dibenci tapi dibenarkan di sisiNYA. Hak-hak seorang isteri perlulah ditunaikan sebaik mungkin oleh seorang suami. Ingatlah, mereka amanah yang Allah pinjamkan kepada kita yang bernama suami. Belilah buku berkaitan untuk tambah ilmu rumahtangga.
Sekian 5 cara menjadi suami idaman seorang isteri. Entri ini adalah refleksi hasil pembacaan karya Ummu Husna (isteri Dr. Zaharuddin) di entri “Kekuatan Cinta Seorang Isteri.” Boleh terjah ke blog Ummu Husna yang penuh dengan perkongsian bermanfaat dengan gaya bahasa yang cukup best!
Boleh juga terjah entri terdahulu tentang “9 Ciri Suami Idaman” dan juga entri ini “Tips Rumahtangga Bahagia – Dr. Zaharuddin.”
Penulisan ini tak lebih daripada untuk mengingatkan diri saya sendiri dalam misi menjadi seorang suami yang lebih baik. Mungkin ada yang salah, mohon ditegur demi kebaikan bersama. Moga-moga ada kebaikan yang dapat anda kutip di entri ini.
@hafizmd – Misi Menjadi Suami Idaman. Kekayaan harta hanyalah kosmetik semata jika tidak diguna mengikut acuan Ilahi.
Emm saya masih lemah lagi dalam bab menjadi suami dan ayah yang baik dan sempurna di mata mereka semua..kadang2 emosi ni susah gak nak bentuk,..ada masa tu, tengok isteri belek2 telefon pun jadi fikir menda lain..hebat pujukan dan belaian syaitan ni dalam merosakkan ruamh tangga. kalau kita tewas dalam bab godaan setan ni, isteri yang tersangat baik pun kita akan nampak buruk..isteri yang tersangat mulia dan penyanyang pun kita nampak jahat…apa yang penting, doa mohon kebahagiaan dalam berumahtangga….sebenarnya, isteri tak jahat..mata kita yang jahat sebenarnya..ni sekadar pengalaman hidup selepas berumah tangga lahhh..haha
nak lagi best semua kerja isteri suami yang buat lagi lah tertawan si isteri , tak gitu der
Saya pun mahu jadi Super Suami. Boleh tak bro. 🙂
saya nak juga ! sambil lonjak2 atas katil haaaa 😛
bukan mau di senangi malah semua aspek harus di pelajari baru rumah tanggan enak di layari..cewAh !!
baik isteri suami dua perlu ada rasa tanggungjawab nak jadi terbaik untuk pasangan masing-masing.kalau ada kurang maka memang sesuai sangat utk saling melengkapikan
aah. gua ego yang bertempat. haha
laki ni dok kuat dengan ego ja. . den sampai sekarang dok ego ja ngan perempuan.. hmm
Biarlah suami saya menjadi idaman saya seorang, cukup sudah apa yang ada padanya hihii.
Senang je hafiz, jika lelaki ni nak jadi idaman isteri. Ego mesti ada tapi ada kasih dan sayang serta keprihatin dalam diam.
Ada terbaca pesan Imam Shafie tentang suami/isteri ni. Beliau kata, suami itu ibarat memegang tali yang sedang ditarik isterinya, sekali dilapas tidak akan dikembalikan…berhati-hatilah jangan sampai terlepas kesemuanya….! mendalam maknanya!
Mmg mendalam maksudnya ni bro Mohd.
Sama2 kita fikir dan hadam betul2
Terima kasih di atas perkongsian info. .. semoga berjaya menjadi suami idaman. .
yeah! terbaiklah bro anuar
Semoga kita tergolong di dalam suami mithali
ameen…sama2 kita usaha
Fuuhh… menarik sungguh entri bro ni..penuh dengan nasihat
terima kasih bro kid…semangat ambe dpt suntikan motivasi dr blogger power macam bro ni =)
entri perkongsian yg sangat baik, nanti saya share dengan suami, setuju sangat dengan item no 1 tu
hehe..sama2 kita berkongsi yg best2 =)
thanks aju
tips yang sangat berguna buat para suami maupun calon suami.antara suami dan istri masing ada hak dan kewajiban, menerima kekurangan dan kelebihan masing2 pasangannya.
Betul tu. Terima kelebihan dan kekurangan pasangan utk kebaikan rumahtangga
jom kita usaha jadi suami idaman isteri… bagus tipnya ni….
yeah! sama2 kita yer…terima kasih tuan DH
tips yang sangat berguna..
Sama2 guna mana yg baik
tip tips super power nih
tips super power tp kena amal baru jd super power!
Buat para suami, semoga sukses dalam menjadi suami idaman dan ideal bagi pasangan anda 🙂
Semangat…
Semangat mesti…hehe
Selamat menjadi pasangan ideal =)
Begitu…
Jadi suami penyayang pun kena berpada2 juga kan. heheh
bak kata Hang Tuah, “Buat baik berpada-pada, buat jahat . . . ”
ahaks.. main mata satu kali.. ammak!
hehe…berpada2 ek bang maza? hahhaa
bagus tips ni..bagus dipraktikkan oleh semua lelaki..eheh
sila berikan kepada yg berkenaan =) hehehe
Saling bekerja sama dalam segala hal, berkongsi masalah dan idea serta mengikut perintah Allah Taala dan bijak membahagikan masa antara kerja dan rumahtangga.
Itulah resepinya…terbaiklah bro!