Kenapa Perlu Tunggu Esok?

- 29 August 2013Motivasi

Assalamua’laikum.

Kita selalu tunggu esok untuk buat sesuatu. Kalau memang tak dapat elak, memang oklah, kan? Jika semuanya sudah siap sedia depan mata, kenapa perlu tunggu esok? Lagi tak best, jika sesuatu tu boleh dibuat tanpa modal selain perbuatan dan perkataan. Apa lagi yang kita tunggu? Banyak sangat ALASAN.

Halangan untuk berubah?

Kita ni, payah nak maju ke depan kalau asyik salahkan itu dan ini. Kalau tengah pegang pen untuk menulis, kita tangguhkan dengan alasan pen tak best. Tunggu nak beli pen baru. Soalnya, bila masanya nak beli pen baru? Sempat ke umur kita nak pergi beli pen baru? Ini sekadar analogi ringkas sebuah kehidupan.

Sebenornya yop, halangan untuk berubah datangnya daripada diri kita sendiri. Ate, kita merasa udoh BAIK, BAGUS, HEBAT dan serba ok. Inilah halangan terbesar untuk kita berubah! Kita dah “selesa” dengan kebaikan yang kononnya kita ada. Kita juga lupa untuk sentiasa berdoa pada pemilik hati kita, Dia Yang Maha Mengetahui!

Apa jadi yop bila udoh merasa diri ni sudah cukup baik? Mulalah kita rasa tak perlu usaha lebih kuat. Cukup sekadar apa yang ada terutama dalam soal amal ibadah kita. Juga beringat dengan perangkap syaitan durjana yang ingin memerangkap kita dengan perasaan riak dan takabbur! Wanau’zubillah…

kenapa tangguh untuk berubah

  • Kita yang bergelar anak-anak, tak perlu tunggu hari raya untuk balik kampung. Ada ruang dan wang, balik kampung jenguk ibubapa selagi mereka ada untuk kita tatap dan berbakti!
  • Buat para suami, tak perlu tunggu hari penting untuk beri kejutan kepada isteri (itu pun kalau deme ingat tarikhnya yop!) Baru kita boleh menjadi suami idaman yang isteri kita igau siang dan malam!
  • Kita seorang Ayah, tak perlu tunggu esok untuk gembirakan hati anak-anak kita. Petang ni, luangkan masa ke taman bersama-sama. Berlari bersama riang gembira!
  • Kalau anda seorang blogger, ada plan nak tambah blog, mulakan hari ni. Tak perlu tunggu dah pandai main SE O baru nak buat itu ini. Tak perlu tunggu nak pandai design blog! Mulakan langkah anda hari ini.

Ambe bukan kata kat orang lain, ini khas untuk diri sendiri. Banyak kali juga bertangguh nak buat itu dan ini. Fokus dan konsisten tak selari dan seirama.

@hafizmd – Kenapa perlu tunggu esok sedangkan kita boleh buat hari ini? Berubah menjadi lebih terbaik!

{ 40 comments… read them below or add one }

warna pelangi August 29, 2013 at 10:19 am

kalau bukan hari ini,bila lagi kan bro?
take action baru semua menjadi, kan bro?
:)
Baca entri terkini Blogger warna pelangi´s: Cara Daftar Maybank2u

Reply

hafizmd August 29, 2013 at 11:42 am

betul tu….main-main dalam kepala tak jadi apa2 kerja =)
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Kenapa Perlu Tunggu Esok?

Reply

titan August 29, 2013 at 11:16 am

hari ini aku nak tdo. apa nak jadi..jadilah dengan blog tu. haha..
Baca entri terkini Blogger titan´s: Jobdirumah Payment – Kali ke 53

Reply

hafizmd August 29, 2013 at 11:40 am

hahahhaa..bab tido…lu jgn main2…baik tido sekarang…esok belum tentu sempat…ramai yg goda nanti..hahahaha
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Kenapa Perlu Tunggu Esok?

Reply

onlajer August 29, 2013 at 11:39 am

ya betul kalau nak tambah cawangan jangan tunggu berkenan sambar je haha
Baca entri terkini Blogger onlajer´s: Kos Sebenar Pendawaian Elektrik : Point Dirumah

Reply

hafizmd August 29, 2013 at 11:41 am

tambah cawangan? hahahahha

cawangan blog ke cawangan ape ni bro? hahahahaha
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Kenapa Perlu Tunggu Esok?

Reply

hafiz August 29, 2013 at 3:50 pm

cawangan, lain macam je farid…
Baca entri terkini Blogger hafiz´s: CPUV Nuffnang biar betul

Reply

Hazmin Hamudin August 29, 2013 at 11:41 am

Sikap bertangguh-tangguh ni memang sangat tidak elok dan susah nak buang. Saya sendiri pun hadapi benda yang sama.
Baca entri terkini Blogger Hazmin Hamudin´s: Irfan Bakti Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Selangor

Reply

hafizmd August 29, 2013 at 11:43 am

Penyakit ni sama bahaya ngn penyakit malas….adeh
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Kenapa Perlu Tunggu Esok?

Reply

eyriqazz August 29, 2013 at 12:22 pm

Usaha tangga kejayaan..kalau asyik kerja bertangguh dan hangat2 tahi ayam ,hasilnya tahi ayam jugala yang dapat..
Baca entri terkini Blogger eyriqazz´s: Kesan Entri Blog Seorang Blogger

Reply

Azie August 29, 2013 at 12:38 pm

Dan bila tiba esok, pasti akan sama jika kita tak lakukan pada hari ini, Ayuh kayuh perlahan-perlahan agar kita maju kehadapan.
Baca entri terkini Blogger Azie´s: Domain dan Hosting ServerFreak

Reply

Anuar August 29, 2013 at 2:11 pm

Saya setuju sangat-sangat dengan Statement ini…

“Kalau anda seorang blogger, ada plan nak tambah blog, mulakan hari ni. Tak perlu tunggu dah pandai main SE O baru nak buat itu ini. Tak perlu tunggu nak pandai design blog! Mulakan langkah anda hari ini.”

Masa pertama kali saya tulis blog, saya langsung tak tahu apa itu SEO… Saya mula mengenali SEO semasa menyertai Cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati… 😉
Baca entri terkini Blogger Anuar´s: Senarai Peserta Terkini Contest SEO MyKad Smart Shopper

Reply

papa mifz August 29, 2013 at 2:21 pm

kadang2 den suka juga menangguh kerja,ish kene ubah nih…thanks atas peringatan yer bro…;)
Baca entri terkini Blogger papa mifz´s: Inilah Senjata PM

Reply

anif August 29, 2013 at 2:28 pm

Tak perlu ambil banyak masa nak komen artikel ni! 😀 Haha..
Baca entri terkini Blogger anif´s: F1 – Sebastian Vettel Menang Di Belgian GP 2013

Reply

cikgu naman August 29, 2013 at 2:29 pm

Terima kasih atas perkongsian hebat ni

Ambo pun ada penyakit bertangguh jugak..hoho
Baca entri terkini Blogger cikgu naman´s: WW-Bukan Amy Search

Reply

Rahmat Ariffin August 29, 2013 at 3:02 pm

Kenapa perlu tunggu esok untuk berubah…esok belum tentu hidup atau mati. Peringatan untuk diriku sendiri…
Baca entri terkini Blogger Rahmat Ariffin´s: Merdeka, Merdeka, Merdeka!!!

Reply

Denaihati August 29, 2013 at 4:34 pm

teringat filem “esok masih ada”, filem lama 80’an. takde kaitan dengan entri ni…heeee.
selesaikan apa-apa yang patut sebelum esok.
Baca entri terkini Blogger Denaihati´s: Merdeka Merdeka @ MaTiC

Reply

Khairul Zamri August 29, 2013 at 6:45 pm

Kenapa perlu tunggu esk? Nak pindah wp jom baca entri saya hehe
Baca entri terkini Blogger Khairul Zamri´s: Promosi Web Hosting Sempena Merdeka dari ServerFreak

Reply

akubiomed August 29, 2013 at 8:53 pm

Sebab selalu bertangguh akhirnya tak buat. :-(

Reply

zuan August 29, 2013 at 9:41 pm

the power of now :)
Baca entri terkini Blogger zuan´s: Uncle Zuan Blog

Reply

Irwan Alessa August 30, 2013 at 3:25 am

Hahahahahaha aku nyaris2 ingat ko ni pencetus moto HONDA.. The Power of Dream.. wakakaka
Baca entri terkini Blogger Irwan Alessa´s: Mini Giveaway Blogger Kacak HafizRahim

Reply

donnyien August 29, 2013 at 10:43 pm

ya, bertindak sekarang juga… good motivation!

Reply

Asyrof Asri August 29, 2013 at 11:40 pm

Bertindak sebelum terlambat. :)
Baca entri terkini Blogger Asyrof Asri´s: Resume Kerja Siap.

Reply

AUC August 30, 2013 at 12:40 am

no komen lebih auc jg, suka bertangguh2 huhuhu
Baca entri terkini Blogger AUC´s: Review Buku: Kisah-Kisah Terbaik al-Quran Pertamaku

Reply

Irwan Alessa August 30, 2013 at 3:27 am

Patutnya kita ambil langkah awal, tetapi awas.. Perlu juga perancangan yang hebat untuk mencapai target yang hebat.. Saya amat setuju benar dengan entri ini.. Amat kacak bahasanya,. terlebih manis jangan bro.. hehehe
Baca entri terkini Blogger Irwan Alessa´s: Mini Giveaway Blogger Kacak HafizRahim

Reply

Ismail N August 30, 2013 at 9:06 am

kenapa tunggu esok?

errr.. esok sabtu bro..cutiiiii.. he he ..

salam jumaat 😉
Baca entri terkini Blogger Ismail N´s: I’m On FoxSports

Reply

hafizmd September 3, 2013 at 4:46 pm

hohoho…hari cuti paling best!

Reply

ahmadyani August 30, 2013 at 9:44 pm

Tunggu esok bila kerja itu patut dibuat esok. Sekiranya tidak, kenalah buat segera tanpa perlu bertangguh…
Baca entri terkini Blogger ahmadyani´s: Siti – Isu Perdana

Reply

hafizmd September 3, 2013 at 4:40 pm

Betul tu….mana yg penting, perlu disegerakan

Reply

Zida September 1, 2013 at 9:31 pm

baca tajuk je dah terus terasa, “kenapa perlu tunggu esok untuk update blog?” selalu sangat cakap dalam hati kononnya nak tunggu esok, sekali terus tak update. sobsob
Baca entri terkini Blogger Zida´s: Blogger MindaFahmi.com Dah Selamat!

Reply

hafizmd September 3, 2013 at 4:31 pm

huhu…samelah ngn ambe ni…keh3

Reply

Hafizul September 2, 2013 at 9:46 am

Ok..terima kasih untuk entri ni..sila jangan tangguhkan kerja disebabkan pen yer..haha..
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Sebenarnya Kita Sangat Beruntung

Reply

hafizmd September 3, 2013 at 4:28 pm

hahahha…sila tulis sekarang =)

Reply

yusep sugianto September 3, 2013 at 1:53 pm

bagi saya, kenapa tunggu hari esok untuk berbisnis he..he…
Baca entri terkini Blogger yusep sugianto´s: Tips for Moms: Smart Shopping!

Reply

hafizmd September 3, 2013 at 4:18 pm

betul jugak tuh =)

Reply

Lynn™ September 3, 2013 at 11:52 pm

Kerja bertangguh memang tak menjadi kan Hafiz ?

Reply

hafizmd September 5, 2013 at 1:37 pm

betul tu lynn..mmg tak menjadi dan tak berkualiti

Reply

cik matahariku September 12, 2013 at 1:10 pm

setuju dengan entri ni.Kalau semua nak buat dan tunggu esok, macamlah masih ada esok untuk kita.yang penting rancang urusan kehidupan, barulah nampak yang mana kena buat esok, yang mana kena buat hari ni.hee..
Baca entri terkini Blogger cik matahariku´s: Kuasa Minda dan Imaginasi Manusia

Reply

hafizmd September 13, 2013 at 12:52 am

Setuju tu. Apa yg ada sekarang, kita buat dgn sungguh2..terima kasih cik matahari berkongsi pendapat =)

Reply

tebuan December 18, 2013 at 5:38 pm

Sejak beribu tahun lalu manusia sangat takut dengan peubahan …tetapi tidak berani mengakuinya…mengikut cerita lisan org Greek..Aristotle pernah di tanya oleh muridnya..apakah perkara yg paling di takuti…Jawab pemikir itu..BERUBAH.
nah sama2 kita fikirkan .. jika kita dah tersesat jauh … dah rasa diri betul …pasti takut nak berubah .

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge