Rezeki Pagi Jumaat…

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Umpan tak seberapa yang ambe pasang mengena lagi. Rezeki Allah memang tak pernah lewat dan tak pernah terlepas untuk hambaNYA. Asal ada usaha, insyaAllah adalah habuannya. Habuannya bukan saja dalam bentuk duit semata-mata. Jangan kita sempitkan minda kita. Bagi ambe, rezeki dapat parkingΒ kereta dengan senangnya pada waktu puncak di Giant Batu Caves, juga satu bentuk rezeki dan kesenangan yang wajar ambe syukuri.

Rezeki buat duit dengan blog

Pagi tadi, lepas subuh yang masih sunyi sepi (tetiba teringat lagu Raihan, Peristiwa Subuh) macam biasa antara rutin awal pagi ialah periksa kotak emel. Belek punya belek, terus senyum lebih lebar berbanding pagi-pagi lain bila tengok emel ni;

teknik bakar kalori lemak pantas betul berkesan

RM30 cukup besar nilainya bagi ambe. Macam-macam ambe boleh beli kalau singgah kat kedai 2 ringgit. Nak banyak lagi, kenalah lebihkan usaha. Terpulanglah. Ada yang beli plugin SEO premium macam Blogger Juan. Ada yang memang berbakat dalam memasang umpan-umpan tak terkalah lagi seksi macam yang Encik Titan untuk dapatkan komisen Jobdirumah . Paling penting, kena usaha dan jangan malas sangat. Malas sikit-sikit tu biasalah. Kitakan manusia, bukan semut yang rajin tak kira siang malam angkut makanan.

Oklah. Malas nak tulis panjang-panjang. Eh, dah baca belum entri Kak Jie pasal ‘Teknikal SEO‘ blog? Kalau belum, elok juga gi baca dulu. Alasan suka-suka berblogging memang boleh diterima, tapi paling tidak pun, biarlah usaha yang kita labur “berbaloi.”

Jumpa lagi dengan entri sukan kot? hahahaha….

@hafizmd – Rezeki buat duit dengan blog memang mengujakan!