Apa kita buat bila kita ‘tension’?
Umum rasanya tahu yang warga kota khasnya yang tinggal di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru, hidupnya lebih tertekan berbanding dengan mereka yang tinggal di bandar-bandar kecil, pekan-pekan mahupun kampung-kampung (ataupun tahap tekanannya sama sahaja?). Beberapa faktor yang sering menyebabkan kita sentiasa tertekan (‘under pressure’) ialah:
- Tekanan di tempat kerja/kuliah- asyik kena marah dengan bos/pensyarah saja. Asal kena marah, itulah kita..
- Tekanan di jalanan – keluar kerja jam 7 pagi, balik kerja jam 7 petang. Mungkin hampir 3 hingga 4 jam dihabiskan duduk dalam kenderaan, sebab jalan yang sangat sesak semasa pergi dan balik kerja. Kalau hari-hari, mungkin tekanan akan bertambah. Satu hari, mungkin juga ada tekanan darah tinggi. Pergilah buat ‘medical check-up’..
- Tekanan bila pulang ke rumah – bila pulang ke rumah/asrama/bilik tempat tinggal, asalnya mahu berehat tapi baru saja nak berehat, sudah ada suara-suara bising mungkin dari jiran, rakan serumah atau sesiapa saja. Macam mana nak rehat kan?
- Tekanan dengan jiran – mungkin ada yang ‘tension’ dengan karenah jiran yang jenis; ‘asal weekend, diorang melalak karaoke bagai nak rak, malam-malam pula bising-bising lagi’. Kita juga yang tertekan..
- Tekanan dengan pasangan – dah satu hari tak jumpa, mungkin bila berjumpa mampu meredakan tekanan, tapi mungkin juga berlaku sebaliknya. Tertekan lagi..
Ini hanyalah serumpun kisah yang menyebabkan kita berada dalam situasi yang tertekan. Tidak dinafikan, bukan kehidupan namanya kalau tiada cubaan dan cabaran. Malah, apa yang lebih penting ialah bagaimana kita menghadapi sebarang tekanan dan cubaan, bukan membiarkannya mempengaruhi kehidupan kita menjadi lebih teruk dan tertekan. Ada beberapa cara untuk kita menghadapi sebarang tekanan dengan jayanya iaitu:
- Yakin sebarang dugaan dan cubaan adalah sebahagian dari rencah kehidupan yang perlu kita lalui
- Sentiasa kembali dan ingat kepada Yang Maha Pencipta bila senang mahupun susah (janganlah bila susah saja baru kita jumpa sejadah berdiri)
- Keluar makan angin bersama keluarga
- Mungkin juga ‘window shopping’ mampu melegakan tekanan (jangan makin tertekan sudahlah, hehehe….)
- Makan dipercayai boleh meredakan tekanan. Betul ke?
- Tidur setidurnya?
- Berjumpa kaunselor yang cantik untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan
- Berkongsi masalah dengan rakan/pasangan
Apa yang saya senaraikan mungkin sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan (jika sesuai) bila kita sedang menghadapi tekanan atau sebarang masalah. Anda juga, saya yakin ada teknik-teknik tertentu untuk meredakan ketegangan. Apa kata, kongsikannya di sini untuk kebaikan kita bersama sebagai satu khidmat sosial secara percuma. Boleh?
® hafizmd – saya kalau ‘tension’, biasanya suka keluar makan-makan..
Artikel ini mungkin ada manfaat untuk anda
Tagged with: cara atasi tekanan dan masalah di tempat kerja • tip elak masalah • tip elak tekanan
Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!






caar terbaik adalah…
tidooo
joegrimjow´s last blog ..skype dengan kumpulan in team yang tak dapat datang
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
March 2nd, 2010 at 8:12 pm
Ni mesti bro selalu amalkan yer..nampak macam berkesan jer..hehe
[Balas Komen Ini]
saya senang jer, tension jer tido…muahahaha
Armyrule´s last blog ..10 Fakta Yang Perlu Anda Tahu (Bahagian 1)
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
March 2nd, 2010 at 8:11 pm
Kalau tension yg ringan2, mungkin boleh hilang semase tido..kalau yg berat2..agaknye berkesan tak teknik ni?
[Balas Komen Ini]
tension dengan pemandu kereta kt kl nih.. wpun selalu duduk sblah pemandu jer, tapi geram tul..
lau geram, selalu.. sama ada cakap trus, atau diam nyepi..tak pun.. tah la .. tak igt la…
fiezaradzi´s last blog ..Ke Mana Menghilang?
[Balas Komen Ini]
bila dah tension sgt, terfikir bertapa best nyer ddk dkt hutan sorang2, berkwn dgn binatang…kans lebih baik drp berkwn dgn manusia yg byk berhati binatang..
sbg seorang muslim, kita sepatutnya mengadu kepada “Pencipta” dgn melakukan solat2 sunat tgh malam @ dgn cara2 lain yg bh mendekatkan diri kita dengan “Pencipta” kita..
p/s: sekarang dah ramai org yg mati muda spt kena serangan sakit jantung…
Nadri´s last blog ..Sejarah Sambutan Maulidur Rasul s.a.w.
[Balas Komen Ini]
fiezaradzi
Reply:
March 2nd, 2010 at 2:08 pm
tul.. syaa setuju denagn en nadri.. berserah pada-Nya
fiezaradzi´s last blog ..Anda Jiran yang Baik?
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
March 2nd, 2010 at 8:10 pm
Ada benarnye Nadri, sesakali mungkin boleh masuk hutan, jalan2 menikmati betapa cantiknya kejadian alam, boleh juge tenangkan hati dan perasaan..
p/s – org muda suka hisap rokok, tekanan banyak, kurang jaga kesihatan..mungkin ini sebabnye kot..
[Balas Komen Ini]
xsuka bila tension, sbb mesti nk makan..kalo dah makan, bila nk kurus..huhuhu
DaHLia´s last blog ..Perhatian!! Demi anda, saya dah meletakkannya… ^_*
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
March 2nd, 2010 at 8:05 pm
oo.so bila dahlia tension, mesti rase nak makan, bile dah makan, habislah sudah plan nak kurus ek..hihi..samela kite..
[Balas Komen Ini]
aku klu tensen..aku masuk dapur..aku masak…huhu…
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
March 3rd, 2010 at 4:15 pm
Bestnye..agak2..masakan tuh nanti ade rase2 tensen tak?hahaha..
[Balas Komen Ini]
bila aku tensen, aku akan isap rokok..huhuhuhu
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
March 3rd, 2010 at 4:13 pm
Harap2..ko takla kerap sgt tensen yer..hehehe
[Balas Komen Ini]
jom g makan.. lapaq nie…
kuina´s last blog ..Roda Hidup
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
March 3rd, 2010 at 3:10 pm
Makan? Ni yg best ni..hehe..jom mkn ramai2..
[Balas Komen Ini]
hidup di kota mamang penuh tekanan… paling utama bagi aku adalah kewangan keluar rumah saja sekarang ni tak lari RM50 sehari… walaupun kita ada 1 juta sekalipun tekanan kewangan pasti wujud…. tapi jgnlah kita jadi hamba kepada duit… jadilah hamba abadi kepada yang Esa… amin
mancai´s last blog ..Salam Maulidur Rasul 2010
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
March 4th, 2010 at 11:31 pm
Bagusla en mancai ngn budget gitu, kirenye mesti disiplinla kan?boleh di tiru nie..thanks..
p/s – ramai manusia yg jadi hambe duit..wanauzubillah
[Balas Komen Ini]
apa yang penting..hargailah kehidupan kita d sekeliling,,kerna tanpa mrka sudah pasti khdupan kita sunyi,,sepi..ARGH!!!
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
March 4th, 2010 at 11:32 pm
Yeah..tepat sgt ni suri..kalau takde mereka di sisi..mesti sunyi ajer..so, pandai2la kite menghargai mereka yg sentiasa support kite..yeppi..
[Balas Komen Ini]
selalunya aku tidur je..tapi yg tak bestnye kelegaan dia sekejap je, bangun tidur je teringat balik…arghhh tensen balik.
ahmadyusrie´s last blog ..Lompat si katak lompat
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
March 5th, 2010 at 11:53 am
Hehe..memang tido boleh hilangkan tensen tapi sekejap jer. So, ken juga settlekan masalah yg sebabkan kite tensen tu, kan?
[Balas Komen Ini]
kalau saya tension saya pergi mandi….baru sejuk hati..
Hafiz Mohd´s last blog ..Celcom SOX (School of X)
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
March 7th, 2010 at 12:16 am
Bile mandi, segala tension turun sekali dgn air mandian kite tu..nak lagi best, cube bayangkan kite tgh mandi kat air terjun, air tu mencurah-curah jatuh kat atas kepala..bestnye..
hafizmd´s last blog ..Nak tahu 13 fakta menarik lagi benar tak?
[Balas Komen Ini]
Hafiz Mohd
Reply:
March 7th, 2010 at 11:53 am
memang.. itu fakta. tapi bila saya cakap je kt org lain yg sy pergi mandi bila tension semua gelak kt saya..maklumlah.. sy ni budak lagi..hehehe.. pernah sy mandi pd tengah2 malam.. akibat tension masalah wang dam keluarga…pukul 1 pagi tu.. bukan main2 sy mandi sampai x sedar pukul berapa..
Hafiz Mohd´s last blog ..Celcom SOX (School of X)
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
March 8th, 2010 at 4:10 pm
ermm..mmg kadang2 orang suke gelakkan kite, takpelah..janji kite tak kacau orang sudahla..hehe..
p/s – mandi malam, ade yg berkata kurang bagus untuk kesihatan..sejuk agaknye..:D
hafizmd´s last blog ..Gali-Gali Contest
[Balas Komen Ini]
meh makan coklat..akan redakan juga stress kita
suri´s last blog ..Si Yo-yo Yang Comel (Part II)
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
March 10th, 2010 at 12:20 pm
suke suke suke…coklat memang best..
p/s – ape yg ade dalam coklat yg sampai boleh redakan tension yer?ermm…
[Balas Komen Ini]
apa kata sesekali bercuti dgn family..atau melakukan tugasan yang lasak seperti mendaki gunung..berjumpa kwn2 lama dapat mengeratkan tali silaturahim sesama insan..
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
March 11th, 2010 at 10:14 pm
Bestnye bile dapay bercuti ngn family..daki gunung okey gak..
p/s – teringin ke Langkawi..hehe
[Balas Komen Ini]
hai..boleh nyanyi sikit dok?/heheh..
buai laju2 sampai ke negeri cina..
apa dalam blog hafiz sejambak ilmu berguna..hehe..
thanks sahabat sb sudi ke blogku..
suri´s last blog ..Peringatan Buat Diriku & Kaum Hawa..
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
March 15th, 2010 at 3:56 pm
@suri, boleh suri..silakan…
kalau suri menyanyi, meh tuan rumah nak balas ngn pantunlah..
“buah cempedak diluar pagaq,
ambil tangga tolonglah panjatkan yer
kami semua ni memanglah ketegaq
ilmu yg suri bagi, tak habis khatam punyer”
sekian…
hafizmd´s last blog ..Badminton All England – Tahniah Lee Chong Wei
[Balas Komen Ini]