Ini betul-betul Monday Blues….
Amaran: Entri ini hanyalah bebelan aku semata-mata untuk mengisi masa “monday blues”. Sekian.
Memang tiada idea hari ini. Hari minggu juga berlalu tanpa sebarang entri terkini. Itu sudah pasti, memang jarang benar blog ini dikemaskini bila hari minggu tiba. Isteri tercinta, anak,perempuanku yang suka main kereta, anak dalam kandungan isteri, yang semakin membesar dan aktif, jemputan kenduri kawan lama, mesyuarat KRT….itulah yang menjadi keutamaan bila tiba hujung minggu.
Blogging? Lupakan sebentar kerna ada yang lebih utama menuntut perhatian.
Pagi tadi juga, dalam ketiadaan ‘mood’, sempat juga diterbitkan ringkasan pertama untuk projek 1Minggu, 1Ruang, 1Blogger di atas. Milik siapa entri pilihan kali ini?
Apa kita buat bila kita ‘tension’?
Umum rasanya tahu yang warga kota khasnya yang tinggal di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru, hidupnya lebih tertekan berbanding dengan mereka yang tinggal di bandar-bandar kecil, pekan-pekan mahupun kampung-kampung (ataupun tahap tekanannya sama sahaja?). Beberapa faktor yang sering menyebabkan kita sentiasa tertekan (‘under pressure’) ialah:
- Tekanan di tempat kerja/kuliah- asyik kena marah dengan bos/pensyarah saja. Asal kena marah, itulah kita..
- Tekanan di jalanan – keluar kerja jam 7 pagi, balik kerja jam 7 petang. Mungkin hampir 3 hingga 4 jam dihabiskan duduk dalam kenderaan, sebab jalan yang sangat sesak semasa pergi dan balik kerja. Kalau hari-hari, mungkin tekanan akan bertambah. Satu hari, mungkin juga ada tekanan darah tinggi. Pergilah buat ‘medical check-up’..
- Tekanan bila pulang ke rumah – bila pulang ke rumah/asrama/bilik tempat tinggal, asalnya mahu berehat tapi baru saja nak berehat, sudah ada suara-suara bising mungkin dari jiran, rakan serumah atau sesiapa saja. Macam mana nak rehat kan?
- Tekanan dengan jiran – mungkin ada yang ‘tension’ dengan karenah jiran yang jenis; ‘asal weekend, diorang melalak karaoke bagai nak rak, malam-malam pula bising-bising lagi’. Kita juga yang tertekan..
- Tekanan dengan pasangan – dah satu hari tak jumpa, mungkin bila berjumpa mampu meredakan tekanan, tapi mungkin juga berlaku sebaliknya. Tertekan lagi..
Ini hanyalah serumpun kisah yang menyebabkan kita berada dalam situasi yang tertekan. Tidak dinafikan, bukan kehidupan namanya kalau tiada cubaan dan cabaran. Malah, apa yang lebih penting ialah bagaimana kita menghadapi sebarang tekanan dan cubaan, bukan membiarkannya mempengaruhi kehidupan kita menjadi lebih teruk dan tertekan. Ada beberapa cara untuk kita menghadapi sebarang tekanan dengan jayanya iaitu:
- Yakin sebarang dugaan dan cubaan adalah sebahagian dari rencah kehidupan yang perlu kita lalui
- Sentiasa kembali dan ingat kepada Yang Maha Pencipta bila senang mahupun susah (janganlah bila susah saja baru kita jumpa sejadah berdiri)
- Keluar makan angin bersama keluarga
- Mungkin juga ‘window shopping’ mampu melegakan tekanan (jangan makin tertekan sudahlah, hehehe….)
- Makan dipercayai boleh meredakan tekanan. Betul ke?
- Tidur setidurnya?
- Berjumpa kaunselor yang cantik untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan
- Berkongsi masalah dengan rakan/pasangan
Apa yang saya senaraikan mungkin sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan (jika sesuai) bila kita sedang menghadapi tekanan atau sebarang masalah. Anda juga, saya yakin ada teknik-teknik tertentu untuk meredakan ketegangan. Apa kata, kongsikannya di sini untuk kebaikan kita bersama sebagai satu khidmat sosial secara percuma. Boleh?
® hafizmd – saya kalau ‘tension’, biasanya suka keluar makan-makan..
3 Blogger Sensasi
5 Entri Terkini
5 Ulasan Terkini
- yas: Bukan rezeki harimau muda mlm tu nak kutip satu mata….huhuhu
- maszuki mat zin: erm, aksi malaysia x la longlai sgt.. hanya beberapa pemain...
- maza: maza merasakan perjuangan seterusnya menentang Syria harus dipergunakan...
- maza: aku tengok sampai akhri Malaysia vs Bahrain…. sekali lagi, bukan...
- titan: tekaan aku tak tepat. aku harap harimau malaya dan MU menang....






