TAK GUNA punya orang ini!

“Sunyi? Anda dipilih untuk menikmati koleksi video peribadiku yang panas & hangat.

Sila balas YA jika anda jika anda tahan menikmatinya….”

Sebenarnya dah banyak kali juga saya terima SMS berupa kurang ajar begini. Kenapa saya rasa si tukang hantar ni kurang ajar, kurang adab, kurang asam, kurang kasih sayang? Sebabnya begini:

  1. Mana diorang dapat no handphone saya?
  2. Siapa yang jual no handphone saya?
  3. Seingat saya, hanya beberapa pihak saja yang tahu no phone saya iaitu bank, kawan-kawan dan juga program affiliate yang disertai. Siapa yang gatal-gatal nak kene penampar edarkan no phone?
  4. Kenapa masih ada orang kita yang buat kerja tak senonoh ni? Tak malu ke?
  5. Orang yang buat kerje ni memang bodoh kurang cerdik sebenarnya sebab no phone diorang boleh dikesan jika saya buat laporan, tapi kepada siapa harus saya laporkan?

Mungkin anda juga;

  • Pernah dapat SMS begini? atau lebih dahsyat?
  • Tahu bagaimana diorang dapatkan no handphone kita?
  • Ada tip dan cara untuk mengelak dari perkara sebegini?
  • Ada pandangan dan pendapat yang ingin dikongsi bersama.

® hafizmd – jangan kita lupa yang setiap perbuatan kita dicatit dan akan dihitung. Moge kita dilindungi dari bisikan setan yang direjam dan manusia yang zalim dan ..ameen

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.