Nikmati keindahan dan keajaiban serangga…

Hanya entri santai saja hari ni. Apa yang akan saya paparkan mungkin ada teman-teman yang tak suka tengok atau mungkin saja geli melihatnya.

Kita biasa sangat tengok serangga-serangga ni tapi dalam kadar penglihatan manusia yang biasa. Maksudnya, takde kita boleh fokus dan “zoom”kan serangga ni hingga nampak bulu-bulu dan segalanya dengan lebih dekat.

Apa gunanya saya paparkan gambar ni? Iyalah, banyak lagi gambar lain, pasal apa saya pilih gambar serangga yang berserabut bulunya? Kurang cantik mukanya? Tersembul biji matanya? Nak jawapannya? Kita tengok dulu sambil makan biskut Jacobs cicah air kopi.

(Amaran: Kalau anda seorang yang geli pada serangga, jangan teruskan pembacaan yer…tapi masih boleh tinggalkan komen..hehe)

"gambar lalat"

"gambar lalat"

Umum tahu yang serangga ni kecil, ada yang dipandang hina, jijik, boleh dibunuh sesuka hati, dipijak, diberi pukulan arus letrik….oh! kesian mereka….

Maka, apa kata kita berfikir sejenak akan hikmah penciptaan serangga-serangga ni. Antaranya ialah;

1. Lalat sebagai penanda aras tahap kebersihan sesuatu tempat – lalat memang suka tempat yang kotor yang bersepah dengan sisa makanan. Maka, apa salah lalat kalau mereka datang tanpa diundang?

2. Serangga sebagai bukti Islam itu mendahului sains – seringkali kita dimomokkan dengan teori sains yang mendahului Islam, padahal Islam agama Allah ini melalui para Rasulnya jauh medahului pemikiran ahli saintis. Contohnya;

“Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seorang di antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan disebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit” (Hadith riwayat Bukhari, Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)

3. Sebagai penguat Akidah kita – bagaimana? Kita hayati kalam Allah ni…

"ayat al-quran pasal lalat"Adakah mampu manusia yang lemah ini mencipta hatta sekecil lalatpun?

4. Sebagai bukti kekuasaan Allah – sudah pasti adanya serangga walau kecil, tapi penciptaan dan kejadian mereka sungguh ajaib dan tiada tandingan!

5. Sebagai bukti kasih sayang Allah – bersyukur juga kita dijadikan Allah sebagai manusia bukannya serangga…boleh bayangkan? (mana boleh…serangga takde akal maaa….camne nak bayang?hohoho)

Macam mana? Dapat makan biskut cicah air kopi tak?

® hafizmd – selalu juga tangkap pepatung masa kecil-kecil dulu, buat umpan mengail…teman juga boleh baca entri pasal 15 perkara menarik pasal nyamuk…

Sumber: Transisi Fikrah