Tarik traffik guna pepatah Melayu…

Apakah ada cara terbaik untuk kita aplikasikan pepatah Melayu dalam aktiviti blogging kita?

Ya ada! Malah, kalau kena gayanya, ia boleh menambah bilangan pengunjung (traffik) dan lebih manis serta gembira hingga tak terkata bila setiap entri kita diberi komen oleh teman-teman blogger yang lain.

Namun saya yakin, ada blogger yang traffiknya memang sudah mencurah-curah lebih dari 500 pelawat unik sehari tapi bilangan komen yang diterima disetiap entri hanyalah secoet saja. Rasa macam tak berbaloi pula walaupun tak dinafikan jumlah pelawat unik yang tinggi membolehkan kita mendapat ‘untung’ dari apa jua program yang kita sertai (contohnya Nuffnang, Adverlets dsb).

Oleh itu, saya mencari-cari formula untuk menarik lebih ramai blogger tinggalkan komen di entri bila mereka bertandang ke sini. Maka, saya ketemui jawapannya dalam pepatah “Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”. Apakah rahsia pepatah ni?

Mesti mereka ada buat sesuatu yang saya belum buat. Akhirnya saya teliti dan buat perbandingan dengan apa yang saya baca. Maka, saya praktikkan dan kongsikan 2 cara ni. InsyaAllah dapat meningkatkan traffik seterusnya mendorong pengunjung memberi komen di entri kita. 2 caranya ialah:

  1. Beri insentif kepada pembaca yang tinggalkan komen di blog kita bak pepatah “orang berbudi kita berbahasa
  2. Beri komen di blog teman blogger lain – membuka ruang untuk mereka melawat blog kita dan seterusnya tinggalkan komen bak pepatah “orang memberi kita merasa

Cara 1 – “Orang berbudi kita berbahasa”

Beri insentif: Bahasa mudahnya ialah beri galakan atau imbuhan.

Cara paling mudah ialah kita guna plugin Comment Luv. Cuba kita tengok rajah ni yer…

"cara nak guna plugin comment luv"“Orang berbudi” berlaku bila ada teman yang sudi jenguk blog kita dan tinggalkan komen.

Maka, “kita berbahasa” pula dengan memberi peluang kepada pengunjung untuk meletakkan pautan entri terkini dari blog mereka.

Lebih menarik kalau pautan yang disediakan itu adalah ‘dofollow link‘. Setakat pembacaan saya, ‘dofollow link‘ lebih berkualiti dan disukai oleh ‘search engine‘.

Cara yang paling mudah untuk menjadikan setiap pautan kembali (backlink) di bahagian komen menjadi ‘dofollow link’ ialah dengan menggunakan plugin DoFollow. Saya petik tulisan Bro Mohd Isa;

“Kalau ikutkan, hampir semua blog adalah dofollow. Kalau yang guna plugin dofollow tu, fungsi dia nak jadikan link daripada comment author tu kepada dofollow”

Kesimpulannya, bila kita aktifkan kedua-dua plugin ni, secara tak langsung (dan PERCUMA!) para blogger lain boleh paparkan salah satu entri terkini dari blog mereka dengan pautan dofollow ke blog mereka.

Jadi, takkan mereka taknak tinggalkan komen? Betul tak?hehehe….

Oklah, kalau berminat, boleh download dulu plugin Comment Luv dan DoFollow tu dulu di sini;

>>> Comment Luv plugin

>>> Dofollow plugin

® hafizmd – menulis berdasarkan pembacaan dan secoet pengalaman…kalau ada yang salah, harap ada teman yang sudi betulkan..terima kasih 😀