Ambil kesempatan atas 7 blogger ni…

Wooo…ni blogger mana pula yang diambil kesempatan ni???

Jangan salah faham yer…alkisahnya…semalam, aku baca dalam satu blog ni…katanya dia sedih, walaupun unique visitor blognya 1,000 sehari tapi sikit saja yang tinggal komen. Agaknya ramai yang singgah hanya di shoutbox tapi tidak meninggalkan komen.

Satu lagi tuan empunya blog, tiadalah sedih sangat, walaupun unique visitor blognya tidak sampai 100 sehari, tapi pasti ada teman bloggger atau pengunjung yang sudi tinggalkan komen. Gembiranya bila ada rakan blogger tinggalkan komen. Betul tak?

Jadi, aku fikir….kalau akulahkan….mana yang aku nak…ramai unique visitor atau banyak komen yang ditinggalkan?

Secara teorinya, bagi orang baru macam aku ni yang suam-suam kuku saja aktiviti bloggingnya…untuk dapatkan kedua-keduanya sekaligus dalam satu masa mungkin perlukan gabungan beberapa kemahiran atau jurus gaban z.

Salah satu elemen yang aku rasa cukup penting untuk kita dapatkan komen yang konsisten, tidak lain dan tidak bukan adalah TAHAP KERAJINAN berjalan-jalan (blogwalking) ke blog teman blogger lain.

Faktor lain seperti kemahiran SEO (untuk menarik traffik yang konsisten), terpaksa aku ketepikan sebab aku bukan seorang pakar. Kalau nak baca pasal SEO ni, aku  cadangkan kita terjah blog blogger-blogger seperti Azuanrazi dan Ariffshah. Korek dan terus korek hidung blog mereka ni.

Jadi, aku dapati, memang ramai yang rajin blogwalking dan pada masa yang sama kerap tinggalkan komen mereka. Apa yang boleh aku katakan ialah kalau kita pandai mencari blog-blog yang tuan punya blog rajin BW, insyaAllah…pasti mereka akan buat kunjugan balas beserta dengan komen sekali. Meraka ni memang cukup sempoi dan agaknya sebati dengan pepatah “Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa“.

Maka, aku senaraikan 10 blogger yang kalau kita perhatikan, nama mereka ni mungkin ada di mana-mana saja di ruangan top commentator. Saya sertakan bukti sekali…hehehe…mungkin nama kamu ada sekali…

"top 10 blogger malaysia"

Kalau kita perasan, linkungan blogger yang rajin blogwalking dan tinggalkan komen ni adalah blogger yang sama yang ada disetiap blog teman- teman lain. Contohnya Pn.Suri. Beliau ada di blog Bro Jaz, Zik, Bro Kulanz, Tehr, blog aku ni dan banyak lagi blog-blog lain. Itu belum lagi teman blogger yang lain. Ramai lagi yang rajin, tapi tak sempat nak tulis. Kalau ada masa, boleh tinjau ruang teman mesra di bawah sebelah kanan blog ini…hehe..

Maka, kesimpulannya;

1. Kalau kita rajin ke blog-blog mereka, insyaAllah, komuniti yang sedia terjalin akan merebak (viral community) secara tidak langsung ke blog kita.

2. Kenalah rajin tinggalkan komen di blog teman blogger yang lain, tapi komen tu biarlah ada kualiti sikit dan isi..boleh?

3. Kena pandai mencari rakan komuniti blogger….banyak jenis blogger yang ada…jenis yang memang datang saja nk klik-klik, nak promote barang, macam-macam ada….betul tak?

4. Aku ada baca, paling kurang, tinggalkan 3 komen sehari diblog sudah cukup untuk ‘menonjolkan’ blog kita di mata pembaca lain…setuju tak???

5. Sekali lagi, kena juga amal pepatah Melayu “orang memberi kita merasa”…kan?

Nota 1: Sebenarnya, entri ni terpaksa aku peramkan dalam draft (bulan lepas) dan kerana urusan lain yang aku tak boleh elak, maka asalnya ada 10 blogger tapi terpaksa dipotong kepada 7 saja. Tak nak rugikan draft…hehe

Nota 2: Statistik di atas adalah berdasarkan bulan lepas dan hanyalah setakat 21 Oktober 2010..harap maaf yer…

® hafizmd – Apa yang aku tulis adalah berdasarkan pemerhatian atas blog sendiri dan juga melihat perkembangan teman-teman blogger yang lain. Hakikatnya, aku juga masih belajar dan berkongsi apa yang aku rasa mungkin boleh membantu orang baru macam aku ni…:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

135 Comments

  • Aha….terbaiklah hafiz…siap bagi ambil kesempatan lagi ni..

    • @TheSharkox, ni ambil kesempatan jenis yg baik yer…hehe..terima kasih atas sokongan :D

  • aku kalau duit banyak tapi visitor sket pun xpe…hehe…bole ke bro…
    .-= maverick´s last blog ..Orang Melaka jangan marah =-.

    • @maverick, hehe..kalau yg camni..ok jugak…tapi biasenya…kalau nk duit banyak…traffiknya kena kencang jugak..tapi ade jugak kes, traffik ciput jer tapi masyuk sbb audiens yg singgah mmg ‘very targeted’…gitulah lebih kurang….hohoho

      • @hafizmd, betul tu…tapi kalau blog personal tu, memang kena ada banyak trafik la…entri-entri kena gak berkualiti..
        .-= rashid´s last blog ..Kenapa Wanita Menangis =-.

        • @rashid, blog personal, mmg tak dinafikan perlu byk traffik..tapi aku rasa ada juga blogger yang tak kisah…janji dia dapat tulis apa yg dia rasa..kualiti itu sudah pasti bro..

        • @rashid, saya setuju.Sebab kadang-kadang blog peribadi ni kuku patah pun nak cerita.

          Pada saya walaupun blog tersebut blog peribadi,kenalah faham juga pengunjung.Mereka datang bukannya semata-mata nak tahu cerita tentang hal-hal yang tak berfaedah.

          Utamakan entri yang berinformasi dan yang peribadi tu sekadar selingan jer.Maaflah kepada mereka yang buat blog peribadai.Bukan nak kondem,tapi sekadar memberikan komen membina.
          .-= Panduan Buah Pinggang Sihat´s last blog ..Ketahui Tahap Kreatinin Melalui Ujian Darah =-.

          • terima kasih atas pandangan..mmg ada benar jugak tuh…kadang2 memang ada jumpa blog personal yg mmg kadang2 terlebih peribadi…tapi, akhirnya ayat yg mungkin keluar dari mulut mereka ialah “laaa…blog aku, aku punye sukelah…”…

            camne nak buat? takpelah…yg penting, aku tetap aku bercerita jugak sikit2 pasal peribadi tapi masih diselitkan isi2 yg berfaedah…insyaAllah

  • banyak sangat blog … jarang bg komen…

    kalau nak jadi expert buat blog… jom gi KELAS BLOG…

    http://www.kelasblogger.com/index.php?ref=chearmad

    • @che armad, belajar dan terus belajar =)

      • @suri, sokong suri….tiada noktah utk belajar…

        • @hafizmd, yeee yeee sy nak join kelas tuu … ada bayar ke ? kalau ada bayar …. masuk mana sy kat buku 555 lah dulu … dapat bonus hujung tahun sy bayar boleh ke ?
          Blogger benjy´s berkongsi entri terkininya ..KOD ABJAD TENTERA

          • kalau dapat bonus…terus belanjalah…settle..hehe

    • @che armad, hehe…sikit2 lama banyak…

      terima kasih che armad..belajar selagi terdaya :D

  • blogger2 kat atas ni mmg rajin blogwalking..mmg byk nama naik as top commentator kat blog lain. Rajin sungguh diorang. Tips yg bro kongsi pun berguna gak..orang memberi kita merasi tu mmg mutual benefits la kan? hehe
    .-= dedoku´s last blog ..Tutorial- Cara Install Driver Genius Full Version =-.

    • @dedoku, itu yg aku kagum tuh…boleh kate..kebanyakan mereka sudah bekerja/masih masih sambil bekerja….mmg cukup bijak mereka ni bhagi mase…blehla kite mintak tips…hehe..

      manfaat bersamalah katakan…hehe

    • @dedoku, ha’ah.. betul tu.. rajin betul dorg ni tinggalkan komen.. huh..
      .-= RedBoys´s last blog ..NetKL – Penyedia Domain &amp Hosting Terbaik =-.

      • memang ni otai2 komen…mane2 jer ade mereka ni…hehe

  • kene rajin buat blog walking bro..belajar skit2 pasa SEO..kalau gabung dua2 memang mantops la.. :)

    • @Sufi Tshirt Printing, rajin bw dan seo…pergh…memang kalau dah expert 2 benda ni…mmg boleh cari makanlah….:D

      terima kasih sufi

    • @Sufi Tshirt Printing, kekangan masa menyebabkan aku terpaksa kurangkan aktiviti blogwalking…sebab masih study dan tengah final…lepas final kasi hambat blog2 kawan-kawan lama..yeeehaa!!
      .-= rashid´s last blog ..Suami atau Bakal Suami Tolong baca ini untuk Isteri =-.

      • @rashid, takpa bro…study ngn final exam tu lagi utama…tapi sekali sekala jenguk sebentar ok juga…rehat jap..sambil minum air masak…

        terima kasih singgah sini :D

      • @rashid, yeeee gua sokong tu … aku dulu malas study tu yang kerja entah apa2 entah … untuk rashid …. belajar betul2 … bak kata pepatah “BELAJAR SAMPAI PENGSAN” (eemmm … harap2 ada pepatah tu …) lepas bangun daripada pengsan baru menganas di blog member … (hati2 menganas di blog member … kang terkoyak satu muka surat)
        Blogger benjy´s berkongsi entri terkininya ..KOD ABJAD TENTERA

        • hati2…kalau mengganas..kang ada yg kena baling grenad…keh3 :D

  • x sempat nak BW lama2. online hanya pada siang hari biasanya ketika kat ofis ja. kat umah ada agenda lain. Tapi aku cuba sedaya upaya untuk menerapkan budaya org melayu. Mcm yang bro sebut tu, Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
    .-= Anwar Osman´s last blog ..Head Term Keywords vs Long Tail Term Keywords =-.

    • @Anwar Osman, samelah jugak..bila ade mase terluang…insyaAllah aku akan bw ke blog teman blogger…kat rumah…bile semua dah tidur…lehla jenguk blog jap…sambung esok plak…

      pepatah melayu yg cukup berguna…hehe

  • Yang aku selalu jumpa kat blog lain ialah Suri.. kat mana mana pun ada je nama dia :D

  • aku sokong..boleh dikatakan Suri dengan Zik ada kat mana2 blog yg aku singgah..memang diorang rajin BW..

    p/s:bestnya kalau dapat trafik tinggi dan komen banyak2
    .-= khairolghani´s last blog ..kawaiigadgetcom =-.

  • salam hafiz~

    huhuh.. dulu sy rajin berblogwalking..
    tapi skang agak merundum sebab masa tak mengizinkan nak BW… :(
    .-= Lp Lum´s last blog ..Review Games - =-.

    • @Lp Lum, salam lp…takpe lp…mane yg perlu diutamakn, kene diutamakan…kang dah ade mase terluang…lehla cilok tgk mane2 yg patut…terima kasih terus singgah sni :D

  • fuh analisa yg cukup steady dan lengkap ni.. memang tak dinafikan BW walaupun cara konvensioal untuk cari trafik namun amat berkesan :D
    .-= etomyam´s last blog ..Rakyat Malaysia Mudah Kena Sakit Jantung =-.

  • selalu kekurangan masa :(
    .-= Zala Wajik´s last blog ..UV Aku Tak Pernah Cecah Seribu- Jangan Nak Sebarkan Berita Palsu =-.

    • @Zala Wajik, same jugak zala…mane yg sempat cilok…lehla jenguk mane yg patut….huuu

      pssst..ape yg penting?utamakan mana yg utama…:D

  • SEO mmg tak tahu huhu..buat mana yang tahu jer sahabt hafiz..kena rajin klu tak blog kita akan sunyi..

    suka jalan2 tgok kiasan sesebuah penulisan blog dari situ kita tahu cam ner tuannyer punya karekter..heeee

  • he..23x bro sahaja yg xberminat nk berblogwalking..

    keadaan tak mngizinkn
    .-= Bro Framestone´s last blog ..Buat Duit Dengan Google Adwords =-.

  • Alamak? :o
    Dah pecah rahsia. Hehehehehe….
    Macam saya buat semua, whitehat, blackhat, blogwalking and SEO….
    Tapi yang sedihnya saya belum jumpa niche lagi sampai sekarang. Sebab saya takde kepakaran untuk sesuatu bidang. Apa-apa hal pun, blogwalking juga membantu saya belajar tentang ilmu blog. Macam blog TT ni, ada ilmu juga yang saya ambil. Syhhhhhhh….. :D
    .-= zezebel´s last blog ..WW- Whose favourite kueh =-.

    • @zezebel, hehe…ha..tak tau…:D
      Bgus tu zezebel…yg penting rajin belajar dan amalkan…tapi bab yg blackhat tu…takut plak dgrnya…hehe…

      belum jumpe niche?boleh saje tu zezebel…kadang2 tak perlu kepakaran yg mendalam…dgn google…kite boleh jadi pakar…

      terima kasih atas sokongan :D

  • slps bc, sy jd rajin nak komen.hehe..
    .-= jia´s last blog ..Erti Sayang =-.

    • @jia, terima kasih jia..dan selamat datang sini yer…

  • rasanya penyakit suam2 kuku nak update dan bloghopping dah berjangkit pd maza lah… huhuhu

    macam hafiz gak, maza pun rasa kurang best kalau tak dapat komen bebanyak gitew.. hahaha

    psst: maza akan amalkan teknik hafis.. kot2 menjadi. dan pakcik boleh kaya!.. hahahha

    • @maza, yahuuu..pakcik kayo…opsss…belum daa…haha..

      maza, penyakit ni yg kalau kite biar…jadi makan dalam ni…hehe..

      mmg kurang seronok bila kurang komen…jadi nak tak nak…kena jugak rajinkan diri ke blog teman lain dan tinggalkan komen…hehe

  • Wah siap buat homework. 2 thumbs up brother. Saya respect sama bro ;-)
    .-= akubiomed´s last blog ..Rasa simpati mangsa Tsunami dan letusan gunung Merapi =-.

  • kalau bro perasan, diorg ni macam buat cycle.
    contoh, ada 10 org blogger, diorg akan support sesama sendiri.
    ada entry, mesti komen. kalau nak lagi best, letak lah 20 org.
    kalau dapat 20 komen + 20 komen admin, dah blh dapat 40 komen untuk satu entry.

    Aku dah lama nak amalkan, tapi blog jarang update.

    Komen lebih baik dari tinggalkan jejak di shoutbox :D
    .-= Affan Ruslan´s last blog ..Tutorial Blogspot – Mashable Style Social Sharing Button =-.

    • @Affan Ruslan, perasan jugak tuh…dah jadi mcam satu komuniti tanpa sedar…mereka saling balas-membalas kunjungan…mmg persis pepatah melayu “orang berbudi kita berbahasa”….:D

      komen tetap pasti lebih baik dari shoutbox..tpi ade jugak yg suke jalan2 dan tinggal jejak di shoutbox…

  • hmm… memang seronok kalau ramai2 tinggal komen ke blog kte kn? boleh rapatkan silaturrahim.. bukankah itu sudah jd ibadah???
    Salam ukhwah dr sy.. :-)
    .-= Mohd Hafiz´s last blog ..Make Money Online – I Get Back My Glitterati Status From Nuffnang! =-.

    • @Mohd Hafiz, seronok yg tak tergambar…betul tu…silaturahim dirapatkan…cukup memberi erti dalam persaudaraan kite…:D

      salam ukhwah kembali…terima kasih

  • huhu.. kembang hidung ..lak.. banyak masa terluang tuh yang terjah je mana2 yang ada..huhu.. nanti dah nak sibuk..mungkin dah tak berpeluang…. terima kasih bro tips macam nie.. masih ada banyak lagi yang kena belajau..lagi.. :-)
    .-= zik´s last blog ..Ikan keli =-.

    • zik…jgn kembang lebih sgt…kang habis oksigen member2 sebelah..hahahaha…:D

      mase yg terluang diisi dgn begitu baik…cayalah zik…itu yg takleh nak lawan tuh..tahniah zik…bro mmg cukup konsisten..

  • Tips yang bagus. :)

    Blog yang dibaca dan pembaca mendapat manfaat. Situasi menang-menang.

    • terima kasih :D
      sama2 berkongsi apa yg bermanfaat..terima kasih singgah sini

  • cool… :D

    1st time disini..

    salam kenal.. :D

    • salam kenal kembali…:D
      terima kasih singgah sini…harap dapat berkongsi info dan ilmu…hihi

  • salam betul tu..kesemua persoalan diatas penting untuk tingkatkan traffic keblog kita..sambil kita kenal mengenal antara satu sama lain.
    .-= mankuchai´s last blog ..Khazanah dari kapal karam =-.

    • salam,
      tingkatkan traffik sambil tambah kenalan, tambah ilmu…:D

  • ermm bagus nie, nak singgah gak lah nak blog diorg nie.. mesti diorg nie otai kan
    .-= CikLilyPutih´s last blog ..Hatyai Sebelum Banjir =-.

    • bagus3…mmg mereka ni kirenye dah lama dan cukup konsisten dalam blogging…mmg kalau pergi blog diorang ni…byk betul ilmu…macam2 ada..

      thanks singgah sini

  • oit.. list terbaik yang ko berikan… thanks..

    aku percaya aku nie masih lagi dalam golongan beginner.. so nak ke tanak.. mmg kena blogwalking kalo nak trafik yang konsisten.. hehe.. bila da pemes nanti.. iA. bleh kurangkan sket blogwalking..
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Biasiswa MARA untuk Pelajar Russia dipotong RM462!! =-.

    • terima kasih dan sama2 kembali :D
      same cam aku jugak..still beginner…tp kagum ngn blogger cam bro jaz..kire dah otai tuh..tp still rajin blogwalking…so, nk tiru die kire jadilah…hehe

  • pd aku la kan, antara trafik dan komen:

    trafik byk: elok la utk iklan nuffy kite tu..diorg sgt suka trafik tinggi..bil komen lantakla..

    komen byk: kepuasan untuk diri sendiri..bermakna tulisan kita dihargai dan mampu menjentik fikiran pembaca utk komen..cewah..

    so pd aku komen byk la lg bgs..huhu
    .-= fitri´s last blog ..Kereta- Manual Atau Auto =-.

  • orang kata..belajarlah memberi sebelum kita meminta..oleh itu, rajin2lah singgah dan tinggalkan komen di blog rakan2..
    .-= sollehahn´s last blog ..Tutorial – Facebook Like Box =-.

  • betul tu… aku pon byk sgt2 yg perlu belajar…walaupon tak sempat nak blogwalking disebabkan kekangan masa, tp cuba juga cari ruang…

    aku akan sentiasa ke blog ini utk memberi sokongan.
    .-= intankuterpilih´s last blog ..Gadis Lebanon Keluarkan Air Mata Kristal =-.

  • fuh..siap dengan table, bagus lah bro…
    apa yang saya perasan, blogger yang bro sebutkan diatas, setiap kali saya berkunjung blog mereka, kunjungan saya akan berbalas dengan komen di blog saya.

    Saya memang respek betapa rajinnya mereka berblogwalking;)

  • Asasnya nak dpt komen kat blog tu, kita kene rajin dulu mengomen kt blog lain.. Insyaallah nnti akan muncullah pepatah org berbudi kita berbahasa, org memberi kita merasa. Tapi jangan paksa orang utk komen, sebabnya org akan komen jika tertarik dengan entry yg dibuat dan ada persoalan yg ingin ditanya.
    .-= Azuan´s last blog ..Beza Keyword Kompetitif Dengan Keyword Yang Tidak Kompetitif =-.

  • bagi aku BW, walaupun cara lama, tapi teknik ini lebih mesra. dan semua blogger rasanya suka bila ada tuan blog yang kita singgah tu meghargai kita, dan singgah pula ke blog kita. tak gitu kawan2?
    .-= Anwar Osman´s last blog ..Worried- Perlis Flood 2010 Worsen =-.

  • yeah, betul tu. kedua-duanya amat penting untuk menaikkan semangat kita berblog. tapi kalau dah dapat komen banyak pun lagi menarik. betul tak, orang memberi kita merasa. serius, aku gemar membaca dan meninggalkan komen di blog rakan-rakan. cuma kekangan masa yang membuatkan aku jarang menjalankan aktiviti bw. :)
    .-= Mohd Isa´s last blog ..Bilakah Kesedihan Ini Akan Terhenti =-.

  • bukan ngumpat NWar tapi sesi membongkar :D meh le join sekaki

  • woot2.. nice one bro.. aku pon skrg bnyk tinggalkan komen di blog2 yg ‘otai’.. boleh merasa jugak trafik dorg.. huh
    .-= RedBoys´s last blog ..NetKL – Penyedia Domain &amp Hosting Terbaik =-.

    • hehe…3+1 yer bro, singgah baca2, dapat ilmu, tinggal komen, dapat backlink, letak link, dapat traffik balik…cayalah…

  • wah kemprehensif analisa tu bro..
    terima kasih juga masukkan blog aku sekali..
    .-= kulanz´s last blog ..Teruja Menyaksikan Stompin’ Sabah 2010 =-.

    • @kulanz, terima kasih kembali bro…analisis waktu ada masa lapang…hehe

  • tinggal la komen walaupun.
    sepatah dua kata………
    .-= Ali ridha´s last blog ..Malaysian hacked into US Fed- prosecutors =-.

    • betul tuh…walau sepatah dua…janji ada kualiti…

  • setujuuuuuuuuuuuuu!! :)

    patotlah komen berderet.hehe
    .-= iktiraf´s last blog ..pssstttttcikgu Hanisah nak ajar nih! - =-.

    • mmg mereka ni otai2 blogwalking…hehehe

      terima kasih singgah :D

  • [...] Entri yang paling menerima banyak pandangan@komen ialah entri Ambil kesempatan atas 7 blogger ini yang menerima sejumlah 108 komen —–> banyak lagi yang nak kena belajar dengan [...]

  • Memang terbaik. i’Allah Bro, aku akan cuba untuk meninggalkan komen2 yang berkualiti & berisi. :-)

    Terima kasih.
    .-= Hadi Rofiee´s last blog ..Persimpangan 2 jalan =-.

  • Fakta yang mantap!!!\
    Thx bro hafiz… I like this post
    .-= aktechpage.com´s last blog ..Kucing2TerbiarBlogspotcom- Kisah Kucing Yang Terbiar =-.

  • salam..
    betul2 top komentor
    Puan Suri kita ni yek?
    .-= zulkbo´s last blog ..Penyakit Sendi Kesihatan =-.

    • @zulkbo, setuju..dia antara blogger wanita yg sejati tuh… :D

  • thanks for the information.sgt berguna.. saya baru jer belajar berblog ni. meniaga secara online sambil menulis tips dan panduan kekeluargaan
    http://www.ritsfiy-mamacollections.blogspot.com
    .-= diana´s last blog ..KOLEKSI LYCRA CURLY TIARA DENIM =-.

  • wah menarik fakta ni.. hehehee amik kesempatan… amik kesempatan..

    Perigi Cari Timba dan Jodoh, Bagus Sangat ke Lelaki?
    Blogger TenangSudey´s berkongsi entri terkininya ..Menoreh Getah 3 Hari Dapat RM 2200

    • hehe….bagus2…sama2 kita ambil kesempatan :D

  • Wahh… ni barulah dikatakan post baik pernah aku baca kerana ..
    1. ada unsur2 lawak “perlukan gabungan beberapa kemahiran atau jurus gaban z” (cerita gaban dah lama x masa aku kecil dulu darjah 4 ke atau 5 … engkau mengembalikan nostalgialah)

    2. ada unsur2 analisis dalam kotak jadual … (ko boleh jadi CEO ni … tajam analisis engkau)

    3. tak e-ran blog ko best of the year …

    4. penulisan yang baik untuk Exam karangan SPM (> 600 pp kononnyalah) …

    5. saya akan bokmak blog ni … bes of the bes (bukan best of the best ye … jangan perasan tau kekekek – gurau je)

    sy baru start blok my blog … namun my blog belum cukup ‘blok batu lagi’. Tq.
    Blogger benjy stanis´s berkongsi entri terkininya ..Pengenalan benjystanis Blog

    • Terima kasih sudi singgah..
      Bro punya komen pun ada cara tersendri…terbaiklah!
      Moga ada manfaat dari entri ini…bolehlah terjah blogger2 lain…mereka semua cukup peramah :D

      • @hafizmd, Sebenarnya aku tersesat entah mana2 lah masa tu kelik ni kelik tu … last2 terjumpa entah apa web site tulis blog berbaik mingguan, terbaik bulanan dan terbaik tahunan … so singah kejap kat BLOG BEST OF THE YEAR … tapi ni serius ni … aku betul2 tersesat … tapi jangan bagi tahu orang lain aku tersesat … ni kira rahsia kita berdua … malulah nanti org tahu aku tersesat kat rumah sendiri …. harap2 ada lagi next post … yang bergelar ‘KILLER POST’ daripada saudara hafizzzzzZZZZZZZZ (la tetiba je aku tertidur soriii ye)
        Blogger benjy´s berkongsi entri terkininya ..KOD ABJAD TENTERA

        • Terima kasih bro benjy sebab tersesat ke sini :D

          Nampaknya, rahsia sudah diketahui orang ramai…pssst…kenapa tak guna kod abjad rahsia?hehe

  • datang mencari ilmu blogging disini….t.kasih pada yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman.
    Blogger rohaya´s berkongsi entri terkininya ..Kurang tidur cepat tua

    • terima kasih rohaya singgah sini :D

      insyaAllah, moga ada kebaikan darinya…ameen

  • Betul tu bro…aku lebih suka komen diblog dr jerit kt shoutbox…sbb tu aku alihkan s/box aku kt tmpt lain…

    #Tahniah bro….ramai gak kaki komen kt blg nih…
    Blogger yas´s berkongsi entri terkininya ..SiteLink dari Google – YastroOnLine dan Kedai Tenet

    • hehe….aku mula2 payah gak nak pisah ngn shoutbox…oleh kerana kotak tu kadang2 menyemakkan dan melambatkan…aku buang terus,,,

      terima kasih yas sudi singgah sini :D

  • banyaknya komen2. tahniah2.

    • terima kasih singgah sini :D

  • [...] 2: Ambil kesempatan atas 10 blogger iniAssalamua’laikum.Siri 1 mana? Boleh baca kat entri ni: Ambil kesempatan atas 7 blogger ni.Untuk siri 2, blogger yang kita boleh ambil ‘kesempatan’ kali bukan calang-calang [...]

  • Assalam…
    Untuk kejar kedua2 antara banyak komen dan ramai visitor memang susah…
    bukan kita dapat tentukan. tapi yang pasti, dapat komen sikit, uv banyak kira ok la kan..
    komen tu menjadikan kita bertambah semangat untuk terus menulis…
    Blogger iza´s berkongsi entri terkininya ..Maafkan Aku, Makcik.

    • As salam Iza,
      Betullah. Nak kejar dua2 mmg payah tp tak mustahil.
      Dpt kejar traffik pun ok, dapat komen byk pun ok.
      Janji entri kita ada manfaatnye. Tak gitu? hehe

Leave a comment

CommentLuv badge

Entri Terkini Terus ke Email

3 Blogger Sensasi


Photobucket Photobucket Photobucket

5 Ulasan Terkini

  • bardboo: berapa umur kakak ni? bestnye melayan anak bila dah keletah bercakap...
  • bardboo: rumah ni di area mana?
  • b3njy: Kalau anak dah ramai, boleh tubuh tim bola tu :D
  • b3njy: Rumah ni tentu kacak satu ketika dulu … betul tak titan ?
  • b3njy: Uiksss ! … apapasal jadi macam tu … kena langgar garuda...

1 Papan Iklan


Kategori Entri

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin