Email daripada PM untuk aku…

Dalam 2-3 minggu lepas agaknya, saya ada melayari laman web 1Malaysia. Kalau tak silap, sebelum pembentangan Bajet 2010/2011. Antara banyak paparan di blog beliau itu, ada satu paparan yang menarik perhatian.

Beliau merancang satu majlis makan malam 1Malaysia untuk rakan-rakan online. Maka, ramai juga yang menyatakan keinginan untuk bersua muka dengan beliau secara face to face. Disebabkan keterujaan tu, saya menggatalkan tangan untuk turut sama mendaftarkan diri dengan harapan dapatlah berjumpa beliau dan mana tahu, ada soalan cepu emas yang boleh saya kemukakan nanti. Masa daftar hari tu, memang saja daftar, taklah menyimpan hasrat yang besar untuk dipilih memandangkan memang ramai yang turut sama mendaftarkan diri.

Minggu berganti minggu, alih-alih hari Khamis minggu lepas, satu email yang menggunakan nama Najib Razak tiba dalam kotak email.

“Eh, ni email PM ni…takkan aku….’

"majlis makan malam 1malaysia bersama perdana menteri"

Betullah. Saya dan tetamu (nama dirahsiakan…hehehe) sudahpun terpilih untuk ke majlis makan malam 1Malaysia. Waaa…ini memang satu peluang yang terbaik untuk saya bertemu mata dengan orang nombor satu Malaysia. Siap dapat tanya satu soalan lagi. Ini sudah bagus! (Saya pernah melihat beliau dalam jarak yang agak dekat, tapi masa tu, beliau masih lagi belum menjadi Perdana Menteri)

Malangnya, berita semalam yang mengkhabarkan beliau ada simptom cacar air (chicken pox) lepas balik dari Hanoi menjelmakan satu lagi email pagi tadi. Antara isi kandungan email;

Dukacita saya memaklumkan bahawa Majlis Makan Malam 1Malaysia yang dirancang untuk hari Jumaat, 5 November ini terpaksa ditangguh atas sebab kesihatan. Buat masa sekarang, saya dinasihatkan untuk berehat di rumah dan tidak menghadiri sebarang majlis atau acara rasmi. Segala kesulitan yang dialami sangat dikesali.

Maka, harapnya beliau cepat sembuh dan kembali sihat seterusnya mampu memberi khidmat yang terbaik buat rakyat marhain ni. Berehat dulu yer Dato’ Seri.

Kalau teman blogger diberi peluang, apa satu soalan untuk PM?

® hafizmd – Ada banyak juga peluang kalau kita betul-betul pandai beronline….setuju???