Ambil kesempatan atas 7 blogger ni…
Wooo…ni blogger mana pula yang diambil kesempatan ni???
Jangan salah faham yer…alkisahnya…semalam, aku baca dalam satu blog ni…katanya dia sedih, walaupun unique visitor blognya 1,000 sehari tapi sikit saja yang tinggal komen. Agaknya ramai yang singgah hanya di shoutbox tapi tidak meninggalkan komen.
Satu lagi tuan empunya blog, tiadalah sedih sangat, walaupun unique visitor blognya tidak sampai 100 sehari, tapi pasti ada teman bloggger atau pengunjung yang sudi tinggalkan komen. Gembiranya bila ada rakan blogger tinggalkan komen. Betul tak?
Jadi, aku fikir….kalau akulahkan….mana yang aku nak…ramai unique visitor atau banyak komen yang ditinggalkan?
Secara teorinya, bagi orang baru macam aku ni yang suam-suam kuku saja aktiviti bloggingnya…untuk dapatkan kedua-keduanya sekaligus dalam satu masa mungkin perlukan gabungan beberapa kemahiran atau jurus gaban z.
Salah satu elemen yang aku rasa cukup penting untuk kita dapatkan komen yang konsisten, tidak lain dan tidak bukan adalah TAHAP KERAJINAN berjalan-jalan (blogwalking) ke blog teman blogger lain.
Faktor lain seperti kemahiran SEO (untuk menarik traffik yang konsisten), terpaksa aku ketepikan sebab aku bukan seorang pakar. Kalau nak baca pasal SEO ni, aku cadangkan kita terjah blog blogger-blogger seperti Azuanrazi dan Ariffshah. Korek dan terus korek hidung blog mereka ni.
Jadi, aku dapati, memang ramai yang rajin blogwalking dan pada masa yang sama kerap tinggalkan komen mereka. Apa yang boleh aku katakan ialah kalau kita pandai mencari blog-blog yang tuan punya blog rajin BW, insyaAllah…pasti mereka akan buat kunjugan balas beserta dengan komen sekali. Meraka ni memang cukup sempoi dan agaknya sebati dengan pepatah “Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa“.
Maka, aku senaraikan 10 blogger yang kalau kita perhatikan, nama mereka ni mungkin ada di mana-mana saja di ruangan top commentator. Saya sertakan bukti sekali…hehehe…mungkin nama kamu ada sekali…
Kalau kita perasan, linkungan blogger yang rajin blogwalking dan tinggalkan komen ni adalah blogger yang sama yang ada disetiap blog teman- teman lain. Contohnya Pn.Suri. Beliau ada di blog Bro Jaz, Zik, Bro Kulanz, Tehr, blog aku ni dan banyak lagi blog-blog lain. Itu belum lagi teman blogger yang lain. Ramai lagi yang rajin, tapi tak sempat nak tulis. Kalau ada masa, boleh tinjau ruang teman mesra di bawah sebelah kanan blog ini…hehe..
Maka, kesimpulannya;
1. Kalau kita rajin ke blog-blog mereka, insyaAllah, komuniti yang sedia terjalin akan merebak (viral community) secara tidak langsung ke blog kita.
2. Kenalah rajin tinggalkan komen di blog teman blogger yang lain, tapi komen tu biarlah ada kualiti sikit dan isi..boleh?
3. Kena pandai mencari rakan komuniti blogger….banyak jenis blogger yang ada…jenis yang memang datang saja nk klik-klik, nak promote barang, macam-macam ada….betul tak?
4. Aku ada baca, paling kurang, tinggalkan 3 komen sehari diblog sudah cukup untuk ‘menonjolkan’ blog kita di mata pembaca lain…setuju tak???
5. Sekali lagi, kena juga amal pepatah Melayu “orang memberi kita merasa”…kan?
Nota 1: Sebenarnya, entri ni terpaksa aku peramkan dalam draft (bulan lepas) dan kerana urusan lain yang aku tak boleh elak, maka asalnya ada 10 blogger tapi terpaksa dipotong kepada 7 saja. Tak nak rugikan draft…hehe
Nota 2: Statistik di atas adalah berdasarkan bulan lepas dan hanyalah setakat 21 Oktober 2010..harap maaf yer…
® hafizmd – Apa yang aku tulis adalah berdasarkan pemerhatian atas blog sendiri dan juga melihat perkembangan teman-teman blogger yang lain. Hakikatnya, aku juga masih belajar dan berkongsi apa yang aku rasa mungkin boleh membantu orang baru macam aku ni…:D
den suka banyak komen. sebab seronok chat chat dengan blogger lain mengenai idea sesebuah entry yang kita bentangkan 😀
Setuju. Tu yg bestnya ada blog ni..hehe
ada juga blogger yang tak aktif sebab belajar dan kerjaya sedihkan
jika mereka masih ada saya rasa seronok sebab masing-masing punyai daya tulisan yang mengkagumkan
Blogwalking salah satu cara untuk kembangkan network… kalaudapat konsistenkan BW anda, in syaa allah, mantap blog anda nanti..
Terima kasih bro MB! Akan cuba utk kuatkan lagi promosi blog =)
Salam ,
Kita buat apa yang termampu …Saya leibh suka orang komen baru terasa post kita ada yang membacanya daripada yang singgah tak buat apa2
As salam, ada juga rakan blogger yg tak sempat nak komen =)
artikel yang sangat menarik, masuk akal sekali jika kita ingin mendapatkan traffic yang banyak harus rajin memberikan komentar yang berkualitas kepada sesama blogger, tidak hanya memberikan komentar yang singkat dan tidak ada komentar yang berarti. terima kasih sudah berbagi artikel yang bagus ini
Benar sekali. Memang wajar kita berkomentar di blog rakan2. Disamping mencari trafik, kita eratkan ukhwah =)
terima kasih singgah sini
Betullah bro..Mula-mula kawan buat Blog, kawan tak rajin nak blogwalking dan tinggalkan komen di blog mereka . Bila kita post entry bagai nak gila , kita tengok satu komen pun takde , kawan frust lah..So terus jadi pasif sekejap. Ini dah semangat balik .Tips yang sangat baik..
Terima kasih bro
Hahahah!
Terbaik …
Bab masuk blog orang, baca kemudian bagi komen tu mula-mula rajin jigak, tapi bila kekadang entri tak berkualiti dalam sesetangah blog membuatkan rasa bosan dan buang masa. Terpaksa memilih blog yang nak dilawati sekarang ni.
Komen kat blogger berkualiti dan komen kita dibalas oleh mereka lebih bagus rasanya sebab visitornyapun tentu yang berkualiti jugak.
Welcome to Visit Malaysia The Truly Asia TMM 2014. Trimas atas perkongsian mengenai Malaysia. Untuk makluman Tourism Malaysia Bakal mengadakan Sambutan Selamat Datang sempena TMM 2014 di 37 pintu masuk utama negara pada 1 Januari 2014 dengan persembahan muzikal kepada pelawat ke Malaysia. Kempen selama tiga hari itu bertujuan memaklumkan kepada semua pihak bukan sahaja pelancong malah rakyat negara ini mengenai pelancaran TMM 2014. Pendekatan seperti ini adalah untuk memeriahkan lagi sambutan TMM 2014 dalam menggalakkan kedatangan pelancong ke Malaysia Hootoh Blog The Truly Asia.