Feb 9, 2011

Kalau geli, jom tengok…

Asssalamua’laikum.

Lama tidak saya selitkan entri-entri bergambar, lebih-lebih lagi gambar haiwan dan serangga. Kali terakhir entri bergambar serangga ialah entri nikmati keindahan dan keajaiban serangga ini. Ada yang geli dan ramai juga yang memang cintakan gambar-gambar serangga. Lebih-lebih lagi kalau gambar diambil dekat-dekat.

Bila dah bosan, mulalah tangan gatal mencari itu dan ini. Hasilnya, saya kongsikan 3 binatang pelik yang baru ditemui pada tahun 2009 dan 2010. Kalau ada yang geli, jom tengok sama-sama. Hari ini, anda mungkin sudah boleh imun pada sesuatu yang selama ini anda geli dan kurang menyenangkan. Bukankah habis geli oleh geletek, habis rasa oleh biasa?

Amaran: Bersedia untuk gambar yang pertama!

1. Lintah T. Rex

"gambar lintah t rex gergasi dari hutan amazon"

  • Sepanjang 3 inci atau 7 cm. Memang sesuai sangat dengan gelarannya “Raja Lintah Hutan”.
  • Ditemui di Peruvian Amazon.
  • Punya deretan gigi yang besar untuk menghisap darah.
  • Kebaikan: Mesti pernah tengok kaedah rawatan lintah, minyak lintah tapa dan sebagainya – kalau jenis ini yang gigit kita, mahu kering kita dibuatnya!

2. Kelawar ‘Yoda’

"yoda bat vs jedi master captain yoda"

  • Dijumpai sewaktu ekspedisi di Papau New Guinea pada tahun 2009
  • Masih belum didokumentasikan secara rasmi sebagai spesis baru
  • Masih tiada nama rasmi – “yoda bat” agaknya sebab ada iras-iras Jedi Yoda tu agaknya!

3. Siput ‘Ninja’

"siput ninja vs siput babi"

  • Kenapa “ninja”? – sebabnya siput ini ‘mengorat’ dengan cara menembak “damak cinta” yang mengandungi kalsium karbonat yang sudahpun diselaputi oleh hormon. Macam ninja yang letak racun pada shuriken mereka (benda bintang tu…). Kena pada ‘mangsa’, terus lentok!
  • Dijumpai di gunung-gunung tinggi di Borneo, Malaysia.
  • Ekornya boleh memanjang 3 kali ganda berbanding panjang kepalanya!

Sungguh menakjubkan bukan? Walau habis air dilautan dibuat dakwat, pasti tidak cukup untuk menulis kehebatan dan kebesaran Allah SWT.

Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. (Surah Fushshilat : Ayat 53)

® hafizmd – nanti nak tanya anak….”kakak nak bela binatang tak?”…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

100 komen setakat ini

  • masih byk lagi yg kita xtau tntg alam ni..
    Blogger red One´s berkongsi entri terkininya ..Infographic – Fakta Mengejutkan Tentang Korea Utara

    • @red One, setuju…jadi sama2lah kita kenal Pencipta dengan kenal keajaiban penciptaan diri sendiri dan alam florafauna :D

    • @red One, mmg masih banyak yang belum diketahui kita terutama yang berada di laut dlm, sungguh indah ciptaan Tuhan… ader taman di dalam dasar laut, nk taw carile he2

      • @faizal, makin kita mencari…makin banyak yg kita tak tahu, dan makin banyak kita tambah ilmu..moge itu mendekatkan diri kita padaNYA…ameen

    • @red One, Jangan ingat semua pelusuk dunia telah dijelajahi. banyak lagi benda-benda kecil yang kita tak tahu
      Blogger Norasikin´s berkongsi entri terkininya ..Resepi Sos Cili Mudah dan Ringkas

      • sekarang lagi senang nak jelajah…tekan saja ke mana…kita akan dibawa secara maya….hehe

  • yakkkksss…mmg menggelikan..huhuhu.x suka.
    Blogger adele´s berkongsi entri terkininya ..Ads- Tawaran Tempahan Baju Korporat – SPOPOS Trading

  • Tapi kalau lintah kerbau kat hutan di malaysia, lagi mengelikan ni….

  • Salam…
    Lintah bukan saha geli, takut pun ada sbb dia hisap darah…
    Blogger iza´s berkongsi entri terkininya ..25 Fakta Tentang Iza Teratak Usang

    • As salam,
      hehe…kadang2 geli juga..tapi masa kanak2 dulu, siap main2 pintal lagi..huuuh

      • @hafizmd, Dah besar baru ada rasa geli macam saya jugak. Bestnya tarik lintah tu sampai sedepa
        Blogger Norasikin´s berkongsi entri terkininya ..Resepi Sos Cili Mudah dan Ringkas

        • hehe…masa kecil2…semua binatang kena ligan…hahaha…dah besar…malu2 pula yer..

          jangan…kesian dia.. :p

  • Tengok tak geli.. makan GELI ehhhh…

    • @Ismail N, tak llu nak makan pas tgok pic ni hee…

      tapi nape tak der ulat bulu..atau ulat beluncas…toi..toi..toi!!!

      • maaf yer suri kalau dah ganggu selera makan… :D

        ulat ek..sbb ulat bulu ngn beluncas dah byk kat belakang rumah…heeee

    • oooo…semuanya tidak boleh dimakan yer…hehe

    • @Ismail N, Hafis tak de cerita la pulak khasiat lintah goreng ni.
      Blogger Norasikin´s berkongsi entri terkininya ..Resepi Sos Cili Mudah dan Ringkas

      • lintah goreng ek…hehe..ada yg kata bagus dibuat rawatan muka..entah betul tidak… :D

  • Ingat siput babi tu yang baru dijumpai tapi rupanya siput ninja. Huhu.. Best la nama dia, rasa mcm nak bela sepasang siput ninja.
    Blogger Idea Lampu´s berkongsi entri terkininya ..Pemenang Kontes Kecil Selamat Datang IdeadanLampu

    • siput babi tu kita dah biasa jumpa belakang rumah…yg siput ninja tu belum pernah tgk lagi…hehe

      nak bela…adeh…mmg orang kate uniklah belaan ni..keh3

      • @hafizmd, haiwan exotic mesti tak boleh bela. Takut pupus. pegi la panjat gunung. Mana la tau jumpa boleh bg kawan2 sorang sekor
        Blogger Norasikin´s berkongsi entri terkininya ..Resepi Sos Cili Mudah dan Ringkas

        • memang salah kalau bela haiwan yg dilindungi ni…hehe..jadi, kalau rajin panjat@masuk keluar hutan…insyaAllah jumpa haiwan pelik2 :D

  • lintah erk… tak suka… dulu suka turun sawah tapi nasib suri baik jadi budak baik tak pernah kena ggit pun heee

    • lintah kesian kot nak gigit…hehee

  • no 2 pic tak berkenan..erm.. sb suri tak berapa suka tgok muka cam tu..

    p/s:klu g kedai cina mesti ada temapt sembayang mereka ada patug yg misai pjng tu..erk..suri tak suka tgok..klu masuk kedai tu cpt2 bli brg pastu klr..rasa cam hantu patung tu sdg perhatian kita plk..

    serius mmg tak suka hiii

    • alamak…maaf yer…tapi itulah rupa sebenar yoda bat…kalau kelawar biasa..lebih kurang sama juga, cuma ‘tanduk’nya tidaklah nampak camtu…

      pssst…saya kalau patung2 tuh…buat derk jer :D

    • @suri, Anak saya langsung tak mau dekat dengan patung mcm tu. Nak lalu sebelah pun tak mau. Tak tau la apa yg dia nampak
      Blogger Norasikin´s berkongsi entri terkininya ..Resepi Sos Cili Mudah dan Ringkas

      • hanya anak2 saja yg tahu… :D

  • ini baru sikit yg dikupas… nak diikutkan byk lagi kejadian Allah Ta’ala yg pelik terdapat di muka bumi ni… Kuasa Allah memang tiada tandingannya…
    Blogger intankuterpilih´s berkongsi entri terkininya ..Awal Kandungan Anak Ke-2

    • Memang tiada tandingan dan bandingan…sama2 kta mencari pencerahan jiwa… :D

    • @intankuterpilih, Manusia sibuk nak tahu apa yg ada kat angkasa, rupanya kat bumi masih ada banyak lagi yang perlu dikaji
      Blogger Norasikin´s berkongsi entri terkininya ..Resepi Sos Cili Mudah dan Ringkas

      • betul tu…kita kadang2 lupa pada yg ada dekat dengan kita…hehe

  • Di akhir zaman ini semakin banyak benda-benda pelik yang dijumpai yang mana telah menunjukkan akan kebesaran dan kehebatan Allah,Tuhan pencipta dan pentadbir sekalian alam.

    • Subhanallah…itulah tanda bukti kewujudanNYA…Allahuakbar!

  • Assalaamu`alaikum hafiz,
    sejujurnya saya bukanlah seorang wanita penggeli apa lagi dengan hanya melihatnya melalui gambar. Cuma gambar yang ke-2 cuma menarik minat saya kerana saya belum pernah melihatnya. Kejap lagi nak tanya pakcik google pasal kelawar tue.
    Blogger Mama Murai´s berkongsi entri terkininya ..Gaji minimum- tolong jangan laksanakan

    • Waa’laikumussalam MM,
      Bagus tu MM. Ramai yg tidak suka@kurang senang dgn gambar2 sebegini..hehe..tapi takkan kita mahu tgk apa yg kita suka saja… :D

      Yg kedua tu, mmg masih dalam kajian lagi rasanya, penyelidik masih lagi mencari kembali spesis yoda bat ni…

      pssst…kalau ada jumpa yg lebih menarik, bolehlah MM kongsikan yer…

  • ganasnye lintah t.rex tuh! err
    Blogger BulanPurnama´s berkongsi entri terkininya ..Cinta Maggi

    • Sebab ganaslah dinamakan sempena dinasour t rex tu…hehe

  • wow gigi dia ke tu? camner rasa kalau kena gigit ek
    Blogger etomyam´s berkongsi entri terkininya ..SEO Tips- Trafik Konsisten VS Trafik Segera

    • adeh…mmg berbekas yg lebih besar berbanding lintah yg biasa kita tgk tuh…uuuu

  • banyak lagi binatang pelik yang kita belum jumpa lagi..huhu
    Blogger fitri´s berkongsi entri terkininya ..Jom Ketahui Umur Sebenar Anda!

    • betul3…masih banyak keajaiban alam yg perlu kita terokai dan pelihara serta pulihara…

  • mengorat dengan cara menembak
    hehe
    memang dah pasti kena tu

    • hehe…bila kena, mesti terus lentok…’nakal’ betullah siput ninja ni… :D

      • @hafizmd, sekitar rumah aku hanya ada siput babi je

        • @tehr, samalah…tapi kat kampung..kat bandar ni..lama dah aku tak tgk siput babi..lain2 spesis yg hmpir ngn babi adelah… :D
          Blogger hafizmd´s berkongsi entri terkininya ..Kalau geli- jom tengok…

  • Salam Bro.

    Sungguh hebat ciptaan Allah. Ada pengajaran untuk mereka yang menghayatinya.

    Rasa bangga dengan binatang yang ke-3 tu sebab ianya dijumpai di gunung-gunung tinggi di Borneo, Malaysia. Cara pikatnya juga menarik. Hehe. :D
    Blogger Hadi Rofiee´s berkongsi entri terkininya ..Semangat yang hilang

    • As salam bro hadi,
      Terbukti kehebatanNYA. Tinggal kita berfikir dan menghayatinya saja :D

      Itulah…sebab itu juga aku masukkan makhluk tu…kalau ikut, ada lagi 7 binatang pelik yg lain…

      Cara memikat yg penuh ‘paksaan’ tu bro…keh3

  • Banyak fauna dan flora di Malaysia kita semua belum habis explore lagi
    Blogger akubiomed´s berkongsi entri terkininya ..Tip blog cara kecil saiz gambar dengan Smush it

    • Betullah bro…teringin utk mencebur diri dalam aktiviti camping…hehe

  • (mmg penggeli tapi gatal nak tengok!!)
    Blogger tips-kurus´s berkongsi entri terkininya ..macam ba alif ba ya !!!!

    • haaa..berjaya juga…sebab itu tajuknya jom tengok kalau geli…hehe

  • kenapa ya ramai yang geli dan takut dengan lintah.. dia tak bersalah pun..hehe..
    Blogger zik´s berkongsi entri terkininya ..Keputusan terkini malaysia vs Hongkong 2011 Perlawanan persahabatan

    • sebab manusia punya perasaan…cumanya tahap kegelian itu mungkin tidak sama…

      apa2pun…memang lintah tidak bersalah…apatah lagi ibu lintah :D

  • Betul tu..
    Blogger anif´s berkongsi entri terkininya ..TP-LINK 3G-375G Wireless N Router Model TL-MR3420

    • Nak buat macam mana bro…bukan salah lintah…tapi kita yg geli…hehe

  • menarik tengok kelawar dan lintah t-rex tue…hehe,

  • lintah tu buat aku geli derrr..uwek!! hhuhuhu…
    hidupan di laut dalam lagi menarik bro. n unik..

    • @Amry, aku geli sikit2 jer..hehe

      mmg dalam laut lagi unik…ade 2 gambar binatang unik yg baru dijumpai dalam laut..tapi aku tak kongsi pula.. :D
      Blogger hafizmd´s berkongsi entri terkininya ..Kalau geli- jom tengok…

  • wow.. baru tau aku kelawar tu benar2 wujud …
    biar betik???
    selalu jumpa lukisan menatang nih.. ingatkan ada dlm tv…sbb aku x minat tengok tv aku pun buat2 x tau je.. ingatkan suka2 ja reka menatang tuh.. hahaha.. :)

    • @MDHAFiZ.NET, itulah…aku ingat main2 jer..tapi penyelidik yg jumpa tu dapat tgk sekejap jer..dan agaknya ekspidisi mencari yoda bat masih lagi dijalankan…

      mklumlah macam master yoda star trex daaaa :D
      Blogger hafizmd´s berkongsi entri terkininya ..Kalau geli- jom tengok…

  • Kenape yek, aku tak merasa geli langsung? mungkin sbb aku dh biase main kot ngan binatang ni. Peace bro.
    Blogger zul´s berkongsi entri terkininya ..Search Nama Sendiri Di Internet

  • w/pun geli pasti ada yang sanggup utk memakannya demi survival…

  • Insya-Allah akan saya beritahu. Oh.. Kelawar Yoda ditemui bersama 200 lagi spesies baru. Tapi kadang-kadang, saya rasa pelik juga, kenapa baru sekarang ianya ditemui? Macam ada konspirasi disebaliknya pula kan? Cuba bayangkan kalau spesies-spesies baru ini sebenarnya bukan baru dijumpai, sebaliknya hasil mutasi dan perubahan gen oleh saintis barat. Tak mustahil :)

    • @Mama Murai, Perkara2 sebegitu sememangnya tidak mustahil utk dilakukan…tapi saya lebih yakin yg memang wujud spesis baru yang masih belum dijumpai…maklumlah…banyak lagi tempat dan hutan2, lautan dalam yg baru saja boleh diterokai dengan teknologi terkini.. :D

  • kalau dilot pun xnak bela binatang mcm tu..lg2 lintah..tgk pun dah geli..=)

  • perghhh sekali tengok lintah t rex tu,
    ngeri gila hahahaha

    biar la darah kotor berkumpul banyak pon, seram wooo

    • @padin, gigi dia memang lebih berkuasa berbanding lintah biasa…

      akupun tak snggup nak tadah kaki kat t rex ni..
      Blogger hafizmd´s berkongsi entri terkininya ..Pok De dan cicak tokek…

  • Xde geli pun, biasa2 je, heheheh
    Sebenarnya byk lg ciptaan tuhan yg belum lg diketahui..
    Blogger aktechpage.com´s berkongsi entri terkininya ..HairilHazlanCom- Break The Rules- Think Out of The Box

    • kalau selalu main, memang tak geli dah bro..hehe

      betul tu, masih byk yg perlu kita kaji dan selami…mudah-mudahan dekatkan kita padaNYA

  • hoho…bestnya kalau dpt jumpa serangga di atas…kat malaysia mesti takdakan…haha
    Blogger Mohd Isa´s berkongsi entri terkininya ..Satu Gangsa Serta RM120

    • Di malaysia, siput ninja tu ada… :D

  • aku paling suka kelawar Yoda tu.. :D

    Ps: Ni hasil Mutasi atau memang dah lama wujud ni Fiz ?
    Blogger dnoBiz´s berkongsi entri terkininya ..Amalan Harian – Mudahnya mendapat Rahmat- kenapa kemurkaan yang dikejar

    • menarik sbb nak sama ngn master yoda tuh… :D

      tak pasti bro…tapi aku rasa mungkin hasil evolusi@mmg spesis baru yg baru dijumpai…maklumlah…hutan amazon tu luas sangat…hehe

  • wahh..siput ninja, kelawar yoda. pelik ni, pelik..
    Blogger penhitam´s berkongsi entri terkininya ..2 famous reason why student try to kill themselves

    • nama pun dah pelik…rupanya pun pelik juga :D

  • habis geli semua aku tengok gambar.
    rasa nak makan hari ni terus hilang selera.hee..
    Blogger Ali ridha´s berkongsi entri terkininya ..Hari Kekasih 2011 sambutan kemenangan Kristian

    • hehe…geli sikit jer ni…boleh makan habis sepinggan dua…keh3

  • dari kecik smpai la ke besaq pajng..aku sangat geli dengan lintah dan pacat huhu! ntah nape fobia semcam je dengan depa ni
    Blogger aimannajmy´s berkongsi entri terkininya ..Testing Roland VDrum TD3 dan rakam guna Canon 550D

    • hehe…agaknya ada pengalaman kot kena gigit dgn lintah@pcat masa kecil2?

  • terlalu byk kehidupan yg berada disekeliling kite nie…tgk gmba2 nie, rase geli lak…hehe

    • betul…cuba bayangkan kalau kutu tu besar…mau geli gelaman kita…hehe

  • pelik ke kalo aku tak rasa geli? tapi aku rasa cool sangat lintah ninja tue.. kaler die lawa.. cam ninja tetel plak..
    Blogger samanosuke_04´s berkongsi entri terkininya ..Graduan Russia Jadik Doktor Sampah

  • Salam, Kelawar Yoda? Betul ke wujud serangga/haiwan ni?

    Betul la. memang ada byk lagi kejadian/hidupan alam ini yang kita tak tahu kewujudannya. tq 4 info
    Blogger mekar´s berkongsi entri terkininya ..Waspada bila masuk hutan !

    • As salam. Setakat ini, itulah nama yg diberi. Betul wujud atau tidak, rasanya saintis masih lakukan pencarian dan ekspedisi pencarian.

      Memang banyak sangat, Subhanalllah!

  • macam-macam ada kat dunia ni…

    • Macam-macam ada…tinggal kita nak faham atau tidak aja

Tulis komen untuk entri ini.

CommentLuv badge

Papan Iklan


Kategori Entri