Kalau geli, jom tengok…

Asssalamua’laikum.

Lama tidak saya selitkan entri-entri bergambar, lebih-lebih lagi gambar haiwan dan serangga. Kali terakhir entri bergambar serangga ialah entri nikmati keindahan dan keajaiban serangga ini. Ada yang geli dan ramai juga yang memang cintakan gambar-gambar serangga. Lebih-lebih lagi kalau gambar diambil dekat-dekat.

Bila dah bosan, mulalah tangan gatal mencari itu dan ini. Hasilnya, saya kongsikan 3 binatang pelik yang baru ditemui pada tahun 2009 dan 2010. Kalau ada yang geli, jom tengok sama-sama. Hari ini, anda mungkin sudah boleh imun pada sesuatu yang selama ini anda geli dan kurang menyenangkan. Bukankah habis geli oleh geletek, habis rasa oleh biasa?

Amaran: Bersedia untuk gambar yang pertama!

1. Lintah T. Rex

"gambar lintah t rex gergasi dari hutan amazon"

  • Sepanjang 3 inci atau 7 cm. Memang sesuai sangat dengan gelarannya “Raja Lintah Hutan”.
  • Ditemui di Peruvian Amazon.
  • Punya deretan gigi yang besar untuk menghisap darah.
  • Kebaikan: Mesti pernah tengok kaedah rawatan lintah, minyak lintah tapa dan sebagainya – kalau jenis ini yang gigit kita, mahu kering kita dibuatnya!

2. Kelawar ‘Yoda’

"yoda bat vs jedi master captain yoda"

  • Dijumpai sewaktu ekspedisi di Papau New Guinea pada tahun 2009
  • Masih belum didokumentasikan secara rasmi sebagai spesis baru
  • Masih tiada nama rasmi – “yoda bat” agaknya sebab ada iras-iras Jedi Yoda tu agaknya!

3. Siput ‘Ninja’

"siput ninja vs siput babi"

  • Kenapa “ninja”? – sebabnya siput ini ‘mengorat’ dengan cara menembak “damak cinta” yang mengandungi kalsium karbonat yang sudahpun diselaputi oleh hormon. Macam ninja yang letak racun pada shuriken mereka (benda bintang tu…). Kena pada ‘mangsa’, terus lentok!
  • Dijumpai di gunung-gunung tinggi di Borneo, Malaysia.
  • Ekornya boleh memanjang 3 kali ganda berbanding panjang kepalanya!

Sungguh menakjubkan bukan? Walau habis air dilautan dibuat dakwat, pasti tidak cukup untuk menulis kehebatan dan kebesaran Allah SWT.

Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. (Surah Fushshilat : Ayat 53)

® hafizmd – nanti nak tanya anak….”kakak nak bela binatang tak?”…..