Ayuh kembalikan tenaga yang hilang…

Sekembalinya saya dari cuti yang agak panjang, badan terasa sedikit lesu dan tidak bertenaga. Mungkin ketiadaan isteri dan anak-anak di sisi sedikit sebanyak mempengaruhi dan meningkatkan kadar kelesuan ini. Andai diikutkan hati, nak saja terus bercuti lama-lama, tapi apakan daya, kerja dan tanggungjawab wajib diteruskan di sini.

Saya pasti kita semua selalu rasa penat, letih dan lesu. Apatah lagi selepas penat mengadap timbunan kerja sepanjang hari. Balik rumah, hanya bantal dan tilam yang kita bayangkan. Kalau ada anak isteri, mungkin layanan juga sedikit terjejas. Maklumlah, badan penat dan minda juga letih.

Ada rahsia ke untuk kembali bertenaga dan segar keesokan harinya? Saya kongsikan 5 cara untuk kembalikan tenaga yang hilang.

1. Sarapan pagi – Betul! Jangan suka tinggalkan sarapan walau sesibuk manapun kita. Ambillah secawan susu, sekeping roti bakar atau telur separuh masak. Barulah momentum tenaga kekal sepanjang hari!

2. Minum air masak banyak-banyak – Jangan lupa bawa bekal air kosong. Jangan malulah! Kalau malu, kita juga yang nak kena bayar nanti di kedai. Sumber air yang konsisten membuatkan kita lebih fokus, boleh kurangkan sakit kepala dan masalah pencernaan.

3. Makan lebih folat – Apa bendanya folat ni? Senang cerita, lebihkan makan sayuran hijau kekacang,jus oren dan bijirin. InsyaAllah, kita lebih cergas dan ceria.

4. Makan snek – Jajan ke ni?Bukanlah. Snek ringkas seperti biskut yang ada kandungan bijirin adalah baik untuk kawal kandungan gula dalam darah. Boleh diambil antara waktu makan. Jangan asyik nak makan cekedis Tweetis saja!

5. Uji minda – Bagus untuk kita sesekali cuba permainan ni untuk pastikan minda kita kekal aktif, sihat dan kuat. Contohnya;

  • Sebut 20 perkataan bermula huruf B dalam masa 30 saat – cepat sebut dari sekarang…hehehe
  • Cari perkataan lawan bagi perkataan berikut dalam masa 30 saat: Besar, gemuk, gembira, tenat, cuai, buka, gagal, lemah, suka, sayang…..tetttt…masa dah tamat!

Macam mana? Harapnya, sedikit sebanyak memberikan kita idea dan cara untuk kembali segar dan aktif. Barulah apa jua kerja yang kita lakukan lebih berkualiti dan dijamin puas hati!

Kalau anda penat dan tidak bertenaga, apa yang dilakukan selain tidur? 😀

® hafizmd – senyum sendiri sambil baca SMS daripada isteri tercinta…mood ceria dan minda kembali bertenaga!

Sumber: Majalah Mingguan Wanita Bil. 1178