Viral Analisis Alexa Edisi Blog Hafizmohd.com
Assalamua’laikum.
Viral Analisis Alexa Edisi Blog Hafizmohd.com. Ia memang semakin menjadi-jadi. Viral analisis Alexa sudahpun hinggap di beberapa blog utama. Kata orang, untuk menjadi antara yang berjaya, kenalah kita ikut jejak langkah mereka yang sudah berpengalaman dan berjaya. Jadi, ambe pun ambillah kesempatan ni untuk menyiasat sendiri Alexa blog hafizmohd.com ni. Kalau bukan tuan punya blog yang siasat, takkan nak upah orang lain? Inilah edisi siasat untuk ‘Viral Analisis Alexa’ blog hafizmohd.com.
1. Ambe terus rangkumkan dalam satu gambar.
2. Berdasarkan statistik Alexa ni, ramai pengunjung adalah wanita yang berusia dalam lingkungan umur 35-44 tahun. Apa yang boleh dipelajari?
3. Mungkin niche blog ini perlu lebih ditumpukan kepada kumpulan sasaran sekarang. Lebihkan entri-entri yang sesuai dengan mereka. Ia juga membantu dalam menjenamakan blog kita dengan niche yang tertentu.
4. Apakah ambe perlu kurangkan entri sukan? Payah jiwa ni nak berpisah dengan sukan Malaysia terutamanya bola sepak. Jadi, niche sukan akan kekal. Peace!
5. Dari mana pengunjung datang ke blog kita dan ke mana pengunjung pergi selepas singgah di blog kita. Apa yang perlu ambe buat? Teruskan momentum sedia ada dan tambahkan lagi backlink berkualiti di blog rakan-rakan. Ada manisnya!
6. Target Alexa (azam awal tahun 2013) untuk capai bawah 200k sudah dicapai. Maka ambe sedang cuba untuk dapatkan bawah 100k dalam masa 2-3 bulan ni. Alexa Malaysia baru saja bawah 1k, harap dapat turunkan lagi walaupun ambe perhatikan agak liat ranking Alexa Malaysia nak turun. Usaha!
7. Untuk menambat pembaca supaya membaca dalam tempoh yang lama di sini, ambe kena selitkan juga entri isu semasa yang sentiasa menjadi buruan tapi pasti ianya bukan entri tentang artis, drama mahupun filem. InshaaAllah.
8. Analisis sebegini memang menjadi viral bila blog hebat seperti Denaihati.com & Kujie2.com turut sama keluarkan entri analisis beserta tips terbaik mereka. Termasuk yang paling awal bercerita tentang Alexa ialah ketua cendol Banting, En. Titan. Boleh terjah entri mereka di bawah;
9. Kalau blog anda juga ada buat analisis Alexa ni, silalah tinggalkan link di kotak komen, dan ambe akan masukkan link anda di atas untuk rujukan bersama.
@hafizmd – Viral Analisis Alexa Edisi Blog Hafizmohd.com. Alexa pun macam kita, ada pasang surutnya =)
Kalau boleh dapatkan kumpulan umur 18-24 tahun.
Itulah. Ada jugak usahakan utk ke arah itu.
Ke bro AB ada resepi rahsia?
cam ner link nk buat cam entri bro ni? pi web site alexa
@suri,betul tu…sila ke alexa.com dan masukkan nama blog suri
sy dah msuk web tu tpi tak dpt pun maklumat dari segi audience snapshots tu huu..
@suri, cuba tekan butang details…pastu scroll bwh sikit sebelah kiri ada benda2 tu..
goodluck!!
saya hari tu hampir turun bawah 1K untuk MY tapi dah tak update terus jadi 2k..HAHA
thanks cikgu!
ranking MY ni mmg cepat betul turun naik..huuh
ni pun blog geng makcik makcik ni.,. haha. teruskan usaha. moga tercapai apa yg diazamkan..
hahaha..biasalah…dah jd pakcik dah ambe ni..hahaha
wau power bro…
aku pun nak target alexa bawah 200k gak la tahun nie
Cantek. Kita pakat usaha sama-sama
tq bro dari 2 juta dah jadi 900k dah…
🙂
cantek…ambe nampak potensi besor dalam blog berliku.com…teruskan bro!
serius blog sy pernah dpt tempais dari mereka2 juga 😉
Tempias yg amat berharga
analisis sebegini secara tak langsung dapat bantu kita mengenai kehendak pembaca blog kita kan….
Betul tu bro. Bolehlah plan nak tulis entri apa..hehe
kira baik la tu bro..maybe sebelum akhir tahun boleh dpt lagi baik nie..:) apa2 pun tahniah bro…:)
Thanks bro. Hajatnya nak dapatkan bawah 100k dan Malaysia bawah 500…
Mula2 bard mmg dah plan nak buat gak entri macam ni. Tapi bila tengok result alexa, terus rasa down. Merudum sangat2 prestasi blog sekarang. Dah lama gak tak aktif sangat dengan blog. Tu la jadinya.
Bab down tu satu hal jugak Bard. Alexa ni naik turun jer..tu yg resah tuh..hehehe
blog masih baru. so, analisis alexa tak berapa detail..hurmm
lama nanti, oklah bro..
hoho..lebih kurang juga cam blog aku ni. ramai makcik-makcik datang. haha
hahaha…blog lelaki kacak mmg camtulah..hohoho
ahhaaaaa… ramai dah buat analisis macam nih.. baguss
ikut sifu-sifulah ni..hehe
ingat nak buat jugak viral analysis nie,,,
elok juga tu bro hp, nanti ambe boleh tempel kat entri ni..
blog aku juga ramai pengunjung wanita
tak tahu apa yang mereka berkenan
carik pantun utk sms suami masing-masinglah tuh..hehe
rasanya kawanpun ada buat seperti artikel dibawah ini, hehe
Tapi macam mana kita nak tahu selepas dari tempat kita dia orang kemana
cantiklah…inshaAllah ambe update entri ni…
yg tu bro klik butang clickstream tu..
blog gua pun ramai pengunjung wanita tapi umur masib bergetah lagi. alexa global dah kurang dari 200k. alexa global pernah kurang dari 1k, tp dah lebih balik 1k.
kena buat kaji selidik dan usaha lebih ni
blog ladfe antara blog yg ambe cukup kagum dgn kecepatan ranking alexanya turun…terbaik bro
wah tahniah semakin hebat…
biasa2 jer bro..
terima kasih
Golongan makcik2 agaknya yang ramai datang ni kan bro.. Hehe..
nampaknya camtulah…
makcik2 yg kiut =)
tahniah aras pencapaian yg baik bro
bgs dapat analisis penuh, boleh rancang dan perbaiki kelemahan
mck dtg pun x pa, janji pembaca,, huhuh
terima kasih bang sop.
nak kena belanja cendol makcik2 ni..hehe
saya rasa malas nak siasat semua ni..rasa kecewa dengan kekasih hati alexa..asal blog tak update, merajuk..asal blog tak buat BW, merajuk..jenuh la nak pujuk selalu..haha..tahniah ranking alexa blog bro dah semakin mantap..teruskan usaha dan ambil la tempias blog-blog otai..saya tengok bro dah makin mantap bersama blog DH..adakah ini termasuk dalam target bro untuk tahun 2013?hehe..tahniah2..
hoho..ambe gitu jugok bro, kalu tgk hari2 alexa ni, mmg naik hantu jugoklah..tp wak rileks sudohlah…hahaha
alhamdulillah..ambe doklah rancang tp adalah sikit2…
terima kasih bro pk bagi motivasi!
tahniah bro
makin menjadi ni 🙂
Blog ni diminati geng makcik2 gak ler…
Tapi nampak macam pengomen tegar dikuasai golongan lelaki… makcik2 malu-malu nak tinggalkan jejak kot… 😀
Makcik2 datang baca jer..hehe
Makin power tu…Insya-allah target yg di buat tu akan tercapai..
alhamdulillah…moga2 tercapai..baru lebih seronok… =)
semoga blog ini akan melangkah jauh dan menjadi blogger utama di Malaysia juga
cantik juga ranking tu. tahniah.
lepas habis contest sy itu hari, ranking jatuh balik… kalau tak dah cantik bawah 1k…
data Alexa tak lengkap, jadi kita tak boleh letakkan kepercayaan kepada data-data yang dikeluarkan olehnya. Alasannya mudah, Alexa sendiri sebenarnya tak tau siapa dan apa jantina orang yang melawat ke dalam blog kita melainkan…. ingat! Melainkan pelawat tersebut sudah mengisi data dalamnya atau mempunyai alexa toolbar. Dan kebanyakan mereka yang mengisi data tersebut adalah dalam kalangan blogger. So kita boleh target audiens yang kita nak daripada pengiraan mudah ini.
Satu lagi tajuk dan kata kunci! Perhatikan pola umur yang akan ditakrifkan oleh alexa, kebanyakan target audiens dicategorize mengikut pilihan kata kunci yang menjadi hot keywords blog tersebut.
Last sekali, alexa ranking bukan penentu populariti blog. Macam yang pernah saya tulis dalam blog saya tu.
1. Setuju. Mmg tak lengkap cuma bolehlah dibuat sedikit pemerhatian utk kebaikan blog.
2. Itu mmg pasti. Macam yg selalu MM huraikan dalam entri2 seo…terbaik!
3. Setuju jugak. Ranking alexa hanyalah nombor bukannya bererti popularati sepenuhnya mahupun kualiti =)
Thanks MM berkongsi idea. Best!