Terima Kasih Daddydee & Cik Tom

Assalamua’laikum.

Masih penat lagi menjengah rumah terbuka? Ke masih lagi demam lemang dan ketupat? Ambe dengan isteri dah habis demam walaupun malam tadi habis juga sebatang lemang. Entri ni khas untuk dua rakan blogger kita. Blogger Daddydee dan Cik Tom. Dua-dua dah selesai dengan acara giveaways masing-masing. Keputusanpun dah keluar. Deme (anda) menang ke?

Menang atau kalah, biasalah. Kalau nak buat ayat penyedap sikit, kalah menang adat pertandingan. Kalau tak berapa nak sedap, mengaku ajerlah deme kecewa. Kita semua mesti pernah kecewa. Takkan kalah giveawayspun ada yang nak tarik muka? Takdekan?

Usik dayang mengatih benang,
Benang kusut terlalulah susah,
Kalau tuan mengaku menang,
Biarlah saya mengaku kalah.

Alhamdulillah. Rezeki kalau dah tertulis, memang takkan tumpah ke mana. Ambe bertuah sebab menang dalam giveaways anjuran Daddydee.net dan juga blog Ciktom.com. Mula-mula dah menang sebab berjaya masuk giveaways (kalahkan sifat malas). Kedua berjaya dan bertuah pulak untuk menang. Tak kisahlah nombor berapapun. Terima kasih khas untuk mereka berdua dan tahniah atas kejayaan menganjurkan giveaways. Bukan senang nak anjurkannya. Betul tak?

Benarlah kata orang, “kalau tak dipecahkan ruyungnya, mana nak dapat sagunya?”. Senang cerita, kalau nak sesuatu, kenalah berusaha. Usaha kuat, dapat banyak. Usaha sikit, mungkin juga dapat banyak. Janji usaha dan doa. InsyaAllah.

@hafizmd – Raja Lawak Mega dah kembali?


Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.