Menulis Biar Bersungguh!

Assalamua’laikum.

Mengarang mahupun menulis. Keduanya sangat dekat dengan aktiviti kita sebagai seorang blogger. Blogger rajin pastinya setiap hari akan diterbitkan satu entri. Tak kisahlah demi kepuasan diri, memperbaiki kedudukan Alexa mahupun memperkemas jurus SEO. Ramai blogger yang ambe baca coretannya, mereka mampu mengorak langkah lebih jauh dalam bidang penulisan. Ada yang pernah terima tawaran untuk menulis di produksi tertentu, malah ada juga yang berjaya menerbitkan novel mini hasil karya sendiri. Memang mengujakan. Betul tak? Ambe percaya, mereka antara yang tergolong dalam spesis blogger, “menulis biar bersungguh!”

Bersungguh lagu mana lagi? Dua entri sehari masih tak bersungguh? Seminggu ada 14 entri. Sebulan sudah ada 60 entri! Wow, gila kentang! Ambe memang angkat bendera putih. Apa yang ambe maksudkan dalam bersungguh ialah cara kita menulis.

Ambe tahu, ramai blogger yang memilih untuk menulis cara yang amat santai. Yakni bukan bahasa skema. Terpulanglah. Itu hak masing-masing. Cuma ambe nak didik diri sendiri tentang 4 teknik mengarang entri dengan baik. Moga-moga entri ambe akan lebih menarik dan tidak “separuh masak”.

  1. Tahap pertama: Taip apa saja yang terlintas di fikiran. Kiranya sesi luah idea dan perasaan.
  2. Tahap kedua: Susun balik setiap idea. Mana yang depan, mana tengah dan penutupnya. Buang idea yang tak perlu (proses “kill your darling”) walaupun kita suka. Buat rujukan tambahan jika perlu.
  3. Tahap ketiga: Ubah susunan@jalan cerita entri kita supaya ia nampak licin dan menarik. Ada feel gitu.
  4. Tahap keempat: Masanya untuk betulkan ejaan, tanda baca, pola ayat, fakta, paragraf, spacing dan lain-lain.

Senang? Mudah? Payah? Anda tentukan sendiri. Kalau tak dapat sampai tahap 4 pun, sampai tahap keduapun jadilah. Ambe risau kalau kita karang entri hanya ditahap pertama, semuanya diluah (penuh beremosi). Takut-takut entri kita akan merosakkan diri dan pembaca.

“Saya tidak faham kenapa ramai orang tidak mahu bekerja susah sedikit untuk melakukan kerja dengan lebih teliti dan bersungguh-sungguh” – Hj. Muhammad Zakaria, Master Trainer, Pusat Latihan Sri al-Ain

Ambe terpana sebentar membaca entri Bro Shraqs, “Apa Dan Siapa Yang Menginspirasikan Anda Untuk Berblog”. 

@hafizmd – Ambe nak elak “Umpan seumpan, kail sebentuk” – Melakukan sesuatu usaha tanpa persediaan yang cukup. Ambe tetap pembaca setia blog anda walaupun bukan bahasa skema =)

Rujukan: Hj. Muhammad Zakaria, Solusi #21