Separuh Akhir Hoki Piala Asia Malaysia vs India!

berita sukan hoki malaysia

Assalamua’laikum.

Misi tak terkalah Hoki Piala Asia. Skuad Hoki Malaysia belum pernah ke perlawanan akhir sejak tahun 1982. Paling hampir pun, kita pernah ke separuh akhir, 2007. Malam ni, pasti menjadi satu misi paling besar tahun 2013. Layak ke akhir dan seterusnya mampu menjadi juara buat kali pertama dilihat cukup berat namun tak mustahil. Ranking Malaysia dan India hampir sama. Peluang 50-50.

Live streaming Malaysia vs India, 30 Ogos 2013

Untuk link live streaming (9.45 malam) –> Malaysia vs India (pilih saluran hockey)

India tak pernah gagal ke Piala Dunia, mereka mesti jadi juara untuk layak ke Belanda tahun depan. Tekanan pasti dilihat lebih kepada pasukan India ditambah bermain di depan peminat hoki Malaysia. Oh, rindunya nak tengok hoki!

  • Pertemuan terakhir Malaysia vs India berkesudahan seri 2-2.
  • Rekod jaringan pasukan India dalam kejohanan ni cukup terbaik. 19 jaringan, 1 bolos!
  • Rekod jaringan Malaysia ialah 15 gol, 8 bolos.

Nampak tak? Beza jaringan dan bolos pasukan India cukup menggerunkan. Banyak jaringan pasukan India adalah hasil pukulan sudut penalti. Masalah di bahagian pertahanan Malaysia dan “leka” di awal perlawanan diharap tak berlaku malam ni.

Ayuh, kalau anda berada di sekitar Ipoh, jangan lupa ke Stadium Hoki Sultan Azlan Shah malam ni untuk memberi sokongan padu kepada skuad hoki Malaysia. Siaran langsung di Astro Arena 801.

Keputusan: Malaysia 0 vs India 2

@hafizmd – Malaysia vs India. Hoki kembali mengaum di pentas dunia!