Mampukah Malaysia Tewaskan Yaman Malam Esok?

Assalamua’laikum.

Siaran Langsung Malaysia vs Yaman | Live Streaming. Mampukah pasukan Harimau Malaya menewaskan Yaman malam esok? Mengikut ranking terkini FIFA, Malaysia seolah-olah ada kelebihan. Namun, skuad Yaman yang dikendalikan oleh jurulatih Belgium pastinya memiliki corak permainan yang mungkin hampir sama dengan pasukan Arab Saudi. Kelebihan fizikal nyata milik pasukan Yaman. Maka, apa kelebihan yang tinggal untuk pasukan kesayangan kita, Harimau Malaya?

1. Siaran Langsung Malaysia vs Yaman pastinya di saluran Astro Arena 801, jam 8.45 malam.

2. Live streaming boleh didapati di pautan berikut –> Layan live streaming Malaysia vs Yaman.

3. Barisan pemain pasukan Harimau Malaya Malaysia vs Yaman malam esok (pilihan ambe);

  • Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat
  • Pertahanan: Aidil,Fadhli Shas, Asraruddin, Mahalli
  • Tengah: Safiq Rahim, Badri Radzi, Wan Zack, Ashaari
  • Penyerang: Nor Shahrul Idlan, Khyril

4. Coach Rajagobal nampaknya mungkin akan mengunci mulutnya untuk memberi tumpuan dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015. Kenyataan panas beliau tentang kehadiran pemain import yang merencatkan prestasi pemain penyerang seolah-olah beliau menempelak polisi FAM. Mungkinkah dia juga bakal diambil tindakan kerana mengkritik FAM?

5. Isu kekurangan penyerang yang benar-benar tajam seolah-olah menidakkan kebolehan pemain penyerang yang beraksi dengan baik dalam saingan Liga Malaysia. Apakah pemain penyerang seperti Fauzi Roslan wajar diketepikan?

6. Corak permainan ‘one-touch football’ juga menerima kritikan Prof. Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Kata beliau, ia menyebabkan kreativiti dan skill pemain kita terbatas. Baru nak kawal bola, dah kena passing. Ambe tak kisah, janji bola masuk gol lawan!

7. Apa kelebihan Harimau Malaya? Sudah pasti kepercayaan kita kepada mereka. Berikan sokongan padu tatkala mereka turun berjuang esok. Kalah menang pastinya ada permainan. Penyokong pastinya mengharapkan mutu permainan yang menarik. Menang itu bonus!

@hafizmd – Siaran Langsung Malaysia vs Yaman | Live Streaming. Selamat berjuang untuk Harimau Malaya. Peluang untuk layak masih terbuka luas!