Malaysia vs Palestin:Perlawanan Amal Antarabangsa

Assalamua’laikum.

Malaysia vs Palestin:Perlawanan Amal Antarabangsa. Inisiatif yang wajar diberi pujian. Perlawanan amal kali ni menemukan antara Malaysia dan Palestin. Negara Palestin yang sentiasa dekat di hati kita. Ayuh kita semarakkan persaudaraan kita tanpa batasan! 

1. Objektif Perlawanan Amal Antarabangsa Malaysia vs Palestin

2 objektif utama perlawanan amal ini ialah untuk mengisi tabung;

  1. Tabung Rakyat Palestin
  2. Tabung Wira Lahad Datu

2. Pastinya ini juga menjadi medan terbaik untuk skuad Malaysia memperkemas corak permainan. Malam ni, Malaysia tanpa kelibat beberapa pemain utama seperti Mat Yo dan Wan Zack (telah berlepas ke Jepun untuk beraksi dengan Liga 3 Jepun).

3. Apakah taktikal 4-3-2-1 kali ni mampu memberi tentangan yang lebih berkesan kepada pasukan Palestin yang mempunyai ranking FIFA yang  lebih baik berbanding Malaysia?

4. Jangan sesekali kita lupa untuk terus mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin dan berusahalah untuk membantu seterdaya kita.

5. Perlawanan ini pasti bukan sekadar perlawanan biasa! Ia lebih dari itu.

@hafizmd –Malaysia vs Palestin:Perlawanan Amal Antarabangsa. Untuk menyumbang Tabung Aman Palestin, terus ke enti ini –> Tabung Demi Palestin