Tiba-tiba Bercuti…

Assalamua’laikum.

Tiba-tiba Bercuti. Tajuk memang santai. Macam tulah jugak perjalanan kami dari Selangor ke kampung halaman isteri di Permatang Pauh, P. Pinang. Tiada perancangan rapi dibuat, tiba-tiba hati kuat untuk mengajak isteri pulang ke kampungnya. Mungkin ada beberapa perkara yang telah menyebabkan ambe meng’kedepankan’ perancangan untuk balik kampung.

Alhamdulillah. Perjalanan memakan masa hampir 5 jam setengah termasuk berhenti solat dan makan sebentar di hentian Bukit Gantang. Bagi rakan-rakan yang biasa singgah di hentian samada di Tapah, Sg. Perak dan Bukit Gantang pasti teringat pada deretan kedai buah. Buah jambu batu antara pilihan ambe untuk dibawa pulang sebagai buah tangan untuk keluarga.

tempat makan sedap di kepala batas pulau pinang photo tempatmakansedappenang_zps0638253e.jpg

Aktiviti biasa kami kalau balik kampung antaranya ialah pekena daging bakar Pak Din. Udang kat atas tu antara deretan menu yang terhidang kat kedai Pak Din Ikan Bakar, Kepala Batas. Kalau anda bercuti ke sini, ni mungkin tempat makan tengahari yang wajib anda singgah! “Rimau menangis” menunggu anda di sini.

Ambe sebenarnya merancang untuk balik kampung pada bulan Mei nanti. Namun, ambe berfikir kenapa perlu ditunggu bulan Mei? Sekarangpun boleh balik. Kerja di pejabatpun dah selesai, anak-anak tengah cuti sekolah. Inilah masanya. Ambe tak nak tangguhkan benda baik. Apatah lagi dapat menatap wajah ibubapa di kampung. Paling tidak, dapat juga mengubat kerinduan pasa arwah Abah bila menatap wajah ayah mertua.

Jadi, kalau korang masih lagi punya mak dan ayah di kampung, tak perlu fikir panjang-panjang. Luangkan masa untuk balik dan berjumpa mereka selagi tangan dan pipi mereka masih boleh kita cium. Paling tidak, telefon tanya khabar mereka. 

Dahlah, ambe kalau tulis bab mak ayah ni, mulalah rasa sebak tak tentu arah. Satu lagi, jangan lupa update blog masing-masing dan like blog ambe ni, hahahaha. Nanti ambe terjah balik blog anda yer. Kasi komen baik punya!

@hafizmd – Tiba-tiba Bercuti. Memang seronok bila dapat balik kampung.

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.