Assalamu’laikum.
Jadual & Siaran Langsung Liga Super 1&2 Mac 2013 Astro Arena 801. Perlawanan tumpuan malam ni pastinya melibatkan pasukan teratas saingan Liga Super Malaysia iaitu pertembungan ATM vs Pahang. Pahang yang segar dengan kemenangan besar dalam saingan Piala FA minggu lalu pasti akan berusaha untuk merampas takhta Liga Super. Ayuh, saksikan jadual perlawanan Liga Super Malaysia 1 & 2 Mac serta siaran langsung di Astro Arena.
1. Siaran Langsung Liga Super Malaysia Mac di Astro Arena 801
Ada 4 perlawanan yang bakal disiarkan secara langsung (live) iaitu;
- ATM vs Pahang. 1 Mac 2013. 8.45 malam.
- KL Felda United lwn Lions XII FC. 2 Mac 2013. 4.45 petang.
- Johor Darul Takzik vs Negeri Sembilan. 2 Mac 2013. 8.45 malam.
- T-Team vs Selangor. 5 Mac 2013. 4.45 petang.
2. Live streaming Liga Super Malaysia?
Saya baru saja berjinak-jinak dengan live streaming bola sepak Liga Super Malaysia. Anda boleh cuba saksikan live streaming Liga Super di sini;
- Live streaming ATM vs Pahang, Felda United vs Lions XII, Johor DT vs N.Sembilan. Anda pilihlah channel yang disediakan di laman tersebut. Pastikan ada tahu waktu sebenar perlawanan (waktu Malaysia).
3. Perlawanan lain Liga Super Malaysia;
- Kelantan vs Perak. 1 Mac 2013. 8.45 malam.
- PKNS FC Selangor vs Terengganu. 2 Mac 2013. 8.45 malam.
4. Isu Fakri Shaarani pulang ke Malaysia nampaknya sudahpun reda berikutan penjelasan kenapa beliau pulang. Isu gaji dan soal jaminan karier mungkin menyebabkan beliau terpaksa mengambil jalan pulang ke Malaysia. Noktah. Selamat maju jaya kepada Fakri!
5. Terkini, Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) didenda RM50,000 atas 3 kesalahan isu keselamatan. Nampaknya, ada kes yang sangat cepat diselesaikan, ada pulak kes lambat benar diselesaikan. Mungkin masih kumpul bahan bukti. Noktah.
6. Nampaknya ada lagi pemain Liga Super yang kurang berdisiplin contohnya insiden pemain yang nampak sengaja memijak pemain lain. Harap FAM juga cepat mengendalikan kes disiplin melibatkan pemain.
@hafizmd – Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super Mac 2013 Astro Arena 801. Kenapa tiada siaran langsung saingan Liga Perdana?



{ 27 comments… read them below or add one }
seperti biasa aku sokong harimau malaya…
wakkaka, gomo gomo
Baca entri terkini Blogger topijerami90´s: Biodata Zizan Raja Lawak
gomo kelate gomo lah ni..hehe
peteh ganu peteh macam mana plak?haha
Baca entri terkini Blogger topijerami90´s: Pendaftaran Peperiksaan SPM Dan SPMU 2013
@topijerami,hehe..peteh ganu peteh ttp di hati…hehehe
tarak astro cam mana mau bikin.bikin piring kt dapur bt piring astro blh ka?
Baca entri terkini Blogger suri´s: Pengalaman Bersama Mr White
Boleh tu suri, tp kena minta en abang belikan lagi satulah…hehe
tahun nih Pahang boleh tahan hebatnya yer…
Baca entri terkini Blogger papa mifz´s: Tempat Makan Best di Pulau Langkawi
Pahang antara pasukan pilihan tahun ni. Hebat sbb byk kali bergantung pada pemain tempatan sepenuhnya
Jom ramai-ramai tengok live kat astro arena.
Baca entri terkini Blogger hatiputera´s: Live Streaming Johor Darul Takzim vs Negeri Sembilan
hari ni super sabtu..dua game live
kelantan seri lagi malam tadi
huhu
makin resah pulak rasa
Baca entri terkini Blogger TehR´s: Pantun Bulan Mac
nampaknya kelantan semakin tertekan
dulu waktu masih belum ada astro saya sering tengok sepakbola Malaysia kat TV3 atau TV1 sekarang astro tak trjangkau lagi
Baca entri terkini Blogger munir ardi´s: Menerapkan SEO Untuk Pemula Seperti Saya
kalau internetnya laju, boleh dicuba live streaming
kdg2 ada juga livenye di rtm1
zaman skrg, di mana2 pun boleh tgk bola.
Baca entri terkini Blogger Leeza dayasari´s: Penulisan Ulasan Nilai:Bahagian C (UPSR)
dunia mmg terasa dekat..
tanda kiamat semakin dekat
memang kena rombak fam bagi kepada mereka yg tau pasal bola..
Baca entri terkini Blogger hafiz´s: Live streaming Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs Negeri Sembilan
kalau rombak, mmg mcam lambat lagilah
hehee akhirnya JDT berjaya memimpin liga buat kali pertama…
Baca entri terkini Blogger padin´s: Nike Mercurial Veloce FG
Semangat jdt mmg lain macam…byk kali doh kene gol dulu, tp dapat jugok menang…
Adoiii bila la saya nak ambil ruang ni..nak cerita jugak hal-hal bola sepak dalam blog..hehe..susah jugak kalau dah tak minat nih..emmm…
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Top Komentator Februari 2013 Pondok Kecil
jangan ditebeng pakse diri kalu dok minat…nanti merana…haha
Baca entri terkini Blogger yusri´s: Keputusan Rasmi Peperiksaan Radio Amatur (RAE) 2012-2
@Yusri, betul sgt tuh boh…kalu ditebeng dikate menebeng pulok..hehehe
@hafizul, boleh acu cuba test dulu, kalau dok tebeng dok tahu, tapi br yusri pesan siap2 doh tu..hehe
Hahahaha..nanti la ambe ada kekuatan untuk terima kritikan, ambe tulis..kalau dop cuba dop tahu..mana tahu sekali cuba seronok tak terkata..hehe
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Pendapatan Pertama Dari Panduan Baju Kurung
Pahang handal
sy org Pahang dan sy bangga
Baca entri terkini Blogger syaifuddin alias´s: Genting Highlands : Dari Genting Skyway
Pahang nampaknya boleh berbangga setakat ni..mmg power!
Ambe tumpang boleh? =)