Akhir Piala Malaysia:ATM Menang?
Assalamua’laikum.
Akhirnya. Namapun sudah perlawanan akhir…hehe. Tekaan ambe sekali lagi mengena. Tekaan ambe pasal mana-mana pasukan daripada kumpulan B akan masuk akhir dan menjadi juara Piala Malaysia, benar-benar menjadi kenyataan. Cuma, sayangnya tiada yang buat kontest khas macam kontest Bro Denaihati yang ini, “Euro 2012 Pilihan Lelaki Kacak”
ATM dengan gelaran Manchester City Malaysia sebab berbelanja cukup besar membeli pemain-pemain bertaraf bintang. Nama-nama besar seperti Hairuddin Omar, kembar Aidil, Rezal Zambry, Alex James dan Bruno. Pasukan ini adalah pasukan yang baru dibentuk tapi cukup konsisten tahun ni. Tengok tak separuh akhir ATM vs Lions XII? Ambe rasa, itu antara perlawanan separuh akhir terbaik yang ambe pernah tengok sepanjang aksi Piala Malaysia.
Esok penentunya. Bagi seluruh peminat bola sepak Malaysia, inilah saatnya untuk kita beri sokongan pada sukan nombor satu ni. Kalau hari tu, Malaysia baham Hong Kong 3-0, kemudian skuad Harimau B-21 kalahkan Thailand B-21, 1-0 (Harimau Muda A, jurulatih Ong Kim Swee) masuk akhir piala Jemputan VFF Newspaper Cup. Inilah saatnya kita sama-sama raikan kejayaan dua pasukan yang kita harap akan melahirkan lebih ramai bintang muda bola sepak.
Keputusan penuh jangkaan anda? Ambe ikut hati, ambe pilih Kelantan menang, tapi ambe nak tengok ATM lakar sejarah baru bola sepak Malaysia. Jadi, ambe pilih ATM menang 2-1 malam esok.
Satu lagi, harap peminat Kelantan dan ATM jaga disiplin masing-masing. Jangan mainlah laser, baling-baling botol air, baling-baling mercun….buat malu jer!
@hafizmd – Jangan lupa, Manchester United vs Stoke City malam esok pukul 10 malam…..hehehehe
tak sokong mana2 pasukan tapi tetap nak tengok juga sebagai peminat bola
Yeahhh..tu yg best tu..
tak tahu nak sokong mana hehhee
tp rasa kelantan menang… hehehe
hehe..ramai yg pilih Kelantan, tp ambe tahun ni nak pilih underdog =)
May the best team win! Kawe di Old Trafford malam nie 😀
hoho…mesti ada pemenang malam ni..
p.s-ambe terbang ke sana nanti…hohoho
yups,
harap mereka tak buat perangai macam budak2 sekolah bawah umur
Itulah harapnya…janganlah ada insiden tak best malam ni
Payah hendak ramal pasukan mana satu yang akan menang Piala Malaysia. ATM mahu mencipta sejarah dan Kelantan pula mahu menambah koleksi piala.
Gitulah keadaannya. Kelantan dengan misi treble dan ATM bermisi catat sejarah besar
alah,atm kalah la
aku sokong kelantan la
hehehe,tapi atm memang power, dari kelab tak kuat, tiba tiba jadi kuat la plak
bro melawat blog bi saya bro…
baru hari nie create
🙂
atm menang hee.. kelantan nak gak hooo..
ATM=Aku Tetap Menang…hohoho
Kelantan pasti nak jadi juara treble
saya sokong ATMMMMMMMMMM
hahaha..kelantan dah menang…kan2??
hehe…tahniahlah weh!
ATM=Aku Tak Menang…2-3
ehh biso demo punya pukulan…kawe setuju sgt2 bohhh..kreatif jugok demo dih.,..hehe
@hafizul,keh3…ada jer…lawak tp kreatif!
@Yusri, keh3…pandai bro..haha
kelantan udah menang!… hehehhe..
kalau kualiti permainan hebat mcm ini diteruskan dan dipertingkatkan, insyallah org pun akan bertambah ramai ke stadium dan peminat bola akan bertambah2…
pendapatan dema2 semua pun meningkat2 juga..
sampai penoreh getah di kampung sanggup bergolok gadai puasa 7 hari ni pergi ke stadium punya pasal! ahaks..
Setuju tu bang maza…mutu bola kita pasti akan lebih baik nanti
Pendapatan?lumayan jugak jadi pemain bola Malaysia sekarang ni..hehe
Tahniah kepada juara.. Hari ni mesin ATM di semua tempat tidak berfungsi. Hhehe
hohohho…terbaik!
malaysia menang wehh lawan vietnam. cayalah ong kim swee!
yes! takde 5 pemain utamapun, malaysia bleh menang lagi..patutlah coach OKS ramai yg nak amik…
Layan dua-dua game semalam, MU menang bergaya lagi..
hehe…ambepun sama…kalih2 tgk tv…hehe
tahniah buat kelantan.. 🙂
Tahniah juga pada peminat mereka
masih meriah post bro nie
nampak sangat piala malaysia nie impak yg besar
tahniah le kpda kelantan dan penyokongnya. tapi mlm tu mmg game yg menarik
Mmg menarik!