Assalamua’laikum.

Sekejap tapi penuh makna. Alhamdulillah. Cuti Hari Raya Qurban beberapa minggu lalu, giliran beraya di kampung ambe di Kuala Terengganu. Gitulah kami dan banyak lagi pasangan yang ada dua tiga empat negeri untuk balik kampung. Memang best! Ikut giliran dan tak perlu nak bergaduh bertekak benda-benda macam ni. Itu semua buat hati jadi runsing dan boleh menyeksa saluran darah masing-masing.

‘Ikang Singgang’ & Budu

Tiap kali balik kampung, tak dok benda lain doh kami adik-beradik buat. Sesi bersembang, gurau senda, gelak ketawa, makan bersama, main bola sepak pantai. Itu antara yang menjadikan kami rapat adik-beradik. Lauk kami makan doklah mewah mana tapi memang lauk tak terkalah kami adik-beradik.

Ada ‘ikang singgang’, budu, pucuk putat. Nok sedap lagi, tambah petai sepapan dua. Sungguh, kambing mengembek dalam kandang pun dok dengor ‘starang baroh’. Ni kambing yang Ma ambe bela kat kampung. Kot ada yang nok tengok muka kambing kampung! hahaha….

gambar kambing kampung

Dalam kami berjimba berseronok, ada banyak kali jugok rasa rindu sangat-sangat kat arwah Abah. Nok-nok bila duduk ramai-ramai. Nampak muka Ma senyum lebih power dari biasa. Ambe tahu, jauh disudut hati Ma, Ma teringat kat arwah Abah. Kami pun sama, tiap kali bukak cerita pasal Abah, semua suara macam tersekat kat anak tekak. Rindu pada arwah Abah tak mampu diungkap dengan kata-kata. Kena lebih kuat berdoa untuk Abah tanda sayang kami.

Balik hari tu, dang jugoklah tengok ‘taman bunga’ Ma. Ma memang suka bunga-bunga ni. Ada bunga orkid, bunga alamanda, bunga raya, bunga kertas. Ada lagi, tapi ambe dok berapa ingat.

gambar bunga cantik

InsyaAllah, walau kami jauh di mata, kami tetap berusaha cari peluang balik kampung (Penang dan Terengganu) setiap 2-3 bulan sekali. Kami mencari peluang sebanyak mungkin untuk berbakti kepada mereka. Beruntunglah mereka yang masih ada ibubapa untuk berbakti. Ini yang perlu kita rebut selagi hayat dikandung badan.

Selagi boleh tengok, boleh peluk dan boleh dengar suara makayah kita, pakat-pakatlah balik kampung dan telefon selalu. Walau saat kami balik ke Terengganu sekejap, ianya akan tetap mekar dalam ingatan ni yang kami punya Ma dan adik-beradik yang paling berharga.

@hafizmd – Sekadar bebelan anak perantau. Sesiapa yang masih ada ibubapa, berusahalah untuk sentiasa berhubung dengan mereka selagi mereka ada untuk kita bersembang, bertentang mata dan peluk cium mereka. Ini peringatan untuk diri ambe juga.

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.